make it simple and nice!

Friday, August 18, 2017

Cadangan Itinery SABAH OCT 2017 nanti

harap harap perancangan kami dipermudahkan!

*RABU- 11/10*
910 - Tiba di airport
930 - Pick up kereta
1000 - cari bahan sementara tunggu 1 trip lagi
1100 – Pickup 2nd group
1130 – Lunch – Anjung Perdana Tanjung Aru
1300 - Solat – Masjid bandaraya KK - Likas
1330 - 1st place - muzium negeri sabah (RM2)
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai Sudi Mampir
1430 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM10.60 / RM5.30)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – beli bahan masakan / sayur
1800   - Check in KIRAM VILLAGE
2000 – Dinner - masak/luar

*KHAMIS- 12/10*
630  - Mula - Breakfast Luar  
800 -  Ladang the / Pekan Kundasang  ** *pastikan singgah cari bahan * **
900 - Kg Luanti  Fish Spa (RM2)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - ** extra baju, extra rm **
1100 - Canopy Walkway (RM3)
1500 -  Desa cattle dairy farm (RM5) - Target kul 3 ( perah susu )
1600  - Memorial War  Museum (RM2)
1700  - Kinabalu Park (RM3) / Botanical Garden / Nature Gallery
1900 - Dinner – masak

*JUMAAT -13/10*
600 - Breakfast & check out to KK ( masak bekalan untuk pulau )
830 - Target sampai KK - Jesselton waterfront
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1530 - Snorkelling   end
1600 - Check  in NUSANTARA
1700 - leisure time
1930 - Pasar Filipina / Pasar krafttangan / Night food market – Hj Manja
1945 – Pasar malam Kampung air
2000- Todak waterfront/ Night food market/ocean seafood village  For Dinner

*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
930 - Pasar Filipina / Pasar krafttangan
1100 – balik kemas barang
1200 – Check out
1230 – lunch
1300 – Sinsuran – Manik murah
1300 – Pasar Buah Buahan Tempatan
Leisure  - Hard Rock CafĂ©
Leisure  - Tanjung aru

1930 – Departure

Pengalaman Laparoscopy + hysteroscopy D&C Polypectomy



Assalamualaikum wbt.

Hari ni rase terpanggil nak draft blog pasal pengalaman kita untuk buat kedua dua operation seperti kat tajuk ni… satu pengalaman yang tak mungkin dapat di lupakan. Inshaallah Kita  cuba ingat sebanyak mungkin detailsnya, almaklumlah dah 2 tahun berlalu...

Tanggal 12 Aug 2015.

Tarikh ni di arahkan warded.  Sepatutnya bole cuti tapi disebabkan Kita  tak tau akan di operate esoknya jadi kita  kerja sepenuhnya. Lagi pon kita belum buat serah tugas sebelum cuti. Jangkaan nya, kita akan cuti rehat utk 3 hari… hati gembira sebab mama datang dari kampong untuk teman, tapi dalam masa yang sama, sedih dan takut itu silir berganti.
Pukul 9 sepatutnya aku dah check in kat ward. Tapi sebab mama baru sampai, kami decide untuk pergi makan dulu, isi perut mama. Lepas makan terus gerak ke Hospital. Dalam hati Sedih rasenya sebab terpaksa menyusahkan mama untuk menjaga aku.

9.30PM

Siang tadi klinik dah call, inform malam nanti terus datang ke kecemasan area untuk register masuk warded ni kalau selepas waktu pejabat. Tiba kat kaunter tu, bagi nama dan mereka akan uruskan pendaftaran masuk dan penempatan. Masa jejak kaki ke Kecemasan ni pon dah start gigil dan kesejukan. Lebih pada takot sebenarnya.

10.30PM

Settle urusan pendaftaran, petugas bawak kami naik ke bilik yang didaftarkan. Hujung dunia biliknya, 527 kalau tak silap. Bersiap kemas2 barang dan simpan dalam locker. Zul balik untuk ambilkan toto dan bantal untuk mama. Tapi sementara tu, ada Nurse yang baik hati bagi selimut tebal untuk mama selimutkan badan. AKU? 1 malam tak tidur, memang jenis yang susah nak tidur kalau beralih tempat.


HARI YANG DINANTI……………….
Tanggal 13 Aug 2015

6.00 AM

 Pagi tu nurse datang hantarkan persalinan untuk masuk dewan bedah. Walaupon hanya hysteroscopy D&C  Polypectomy. Siap pesan tuk tanggalkan semua rantai dan barang logam dibadan. Masa ni da start cuak, tapi belum terdetik penyesalan lagi.. hahahah.. Jam 8 Pagi 2 staff datang untuk bawak kami. Dengan katil katil la ditolaknya. Selalunya kita tengok orang lain ditolak, tapi kali tu, kita sendiri merasai pengalaman ditolak. Debaran semakin rancak.

8.00AM

Sampai di kawasan Saringan(lupa nama), Mama Dan suami tak bole ikut dah. Sampai luar pintu tu ajer. Mama tengok muka anaknya da sayu. Mama pesan suh bertenang dan suruh baca zikir, selawat dan alfatihah. Petugas maklumkan, kita orang ketiga ke kedua tah. So kena tunggu. Tapi masa ni sangat menyesal . Kenapa?  Nanti kita ceritakan kenapa…inshaallah diakhir posting ni..
Bilik Saringan ni, Cuma tukar katil jer. Lepas tukar katil, kita dibawak ke ruangan menunggu. Sangkaan kita ruang menunggu tu la tempat nak buat procedure. Rupanya salah sangka. Ruang menunggu tu memang untuk menunggu dan ruang untuk doctor doctor berjumpa pesakitnya. First datang, mungkin pengurus operation, untuk ambik details dan history sikit. Kemudian datang plak pakar bius, pon sama. Dia terangkan procedure bius dan sebelum tu juga bertanyakan pasal history. Takot kalau kalau ada alergik. Sepatutnya yang dijadualkan hanya procedure hysteroscopy D&C  Polypectomy

AKU? Macam biasa, teruskan berzikir.

Kemudian tak lama tu pengurus operation tu datang sebut nama. Dan bagitau dah tiba giliran… Makanya ditolak la kita ke dalam bilik bedah ( Dewan Bedah – DB). Masyaallah, dalam DB lagi sejuk rupanya. Sambil sambil staff DB menyiapkan peralatan, Pakar bius plak jalankan tugas beliau. Mula dia bagi gas, sebelum tu pesankan gas ni berbau agak kurang menyenangkan.
Tak sampai sesaat, kita da nak terlelap. Masa tu nurse kejutkan suruh jangan tidur. Tapi tertidur jua akhirnya.

12.00PM

Kita sedar balik hanya apabila berada di ruang menunggu. Itu pon staff tu kejutkan. Tapi mata still taknak terbuka. Cuma rasa nak muntah jer, dan memang termuntahkan pon. Tu kesan ubat bius. Lepas da sedar tu, petugas yang mula mula ambil kat wad tu da bersedia untuk tolak balik. Masuk ke ruang saringan untuk tukarkan katil wad. Keluar dari bilik saringan, Nampak wajah Mama dan suami kerisauan. Perkara pertama yang keluar dari mulut mama, Lama nya. Dia teramat risau rupanya.
Sampai di wad, terus tidur untuk menghabiskan sisa sisa ubat bius yang teramat mengantuk tu. Sambil tu menunggu doctor datang.


4.00PM

Doctor datang untuk melawat dan memeriksa keadaan luka. Masa tu la doctor ceritakan yang dia telah menjalankan 2 procedure. Iaitu Laparoscopy + hysteroscopy D&C  Polypectomy. Patot lah lama kata mama. Dalam dewan bedah saja melebihi 3 jam. Doctor ada explain yang beliau sekali lagi terpaksa memanggil pakar bius. Masa drill di pusat, tali pusat kite berbelit. Kita pon tak pasti untuk ape pakar bius tu dipanggil. Mungkin sebab nak bius lebih kot. Hehehehe..Hasil daripada nya, polyp da dibersikan. Ovari kiri dan kanan juga telah di drill.

BERTERUSAN……..

Doctor check setiap hari pagi dan petang. Luka dipusat agak lambat untuk baik. Darah juga masih belum berhenti. Sepatutnya masih kena tahan lama lagi sebab pendarahan ni. Tapi atas sebab sebab tertentu. Terpaksa mintak discharge awal.

Claim:


Nak tau kenapa menyesal?

Hurm. Sebabnya ini pengalaman pertama, rupa ianya adalah seperti antara hidup dan mati. Boleh tak korang bayangkan… kalau tidur malam…kita masih boleh bermimpi kan? Tapi ditidurkan ni.. seperti langsung tak Nampak apa apa. Langsung tiada bayangan. KALAULAH… kita tak Berjaya disedarkan selepas pembedahan? Kita langsung tak terpikir, untuk mintak ampun dan maaf atas dosa dosa kita pada mama papa dan suami sebelum masuk DB. Kita langsung tak teringat perasaannya macam itu.

TAPI….


Pengalaman mendewasakan, atas pengalaman TERSEBUT. Kita takkan pernah terlupa pada KEMATIAN. Dan sentiasa perjuangankan untuk meRINGANkan KEMATIAN kita. Wallauhalam.. ( detik perubahan)