make it simple and nice!

Thursday, June 21, 2018

Sedih sangat!

Throwback kejadian semalam...

Assalamualaikum WBT.


Lately ni kerap sangat bangun malam, untuk buang air kecil.
Posisi katil plak tak membantu sangat... rasa susah nk turun naik..

Pikir Pikir banyak kali la jugak...
nak alihkan posisi katil supaya senang aku nak turun naik katil tengah tengah malam kalau nak kencing. Badan dan memboyot.

Si hitam manis tengah sibuk nonton TV la...
Panggil dia kejap, suh tolong tarik dan alihkan katil sesama.

Dia datang...

S: kenapa?
I : nak alihkan katil sikit
S: tak muat la.....
I : kita try la dulu.

bebel sedas dua...

S : kenapa tak tukar je tempat tido dengan abang?
I : (buat dono, sebab tempat dia aircond tak fokus direct )

kami pon start tarik sikit sikit.. aku satu penjuru, dia satu penjuru...

Tiba Tiba....


kaki aku tersepit bawah katil.
mula mula aku gelak gelak dulu...
bagitau kaki tersepit.
muka dia serius.
dia dengar, dia terus tarik semula..
rupanya lagi teruk kaki terseret...

dari gelak gelak tadi... 
dah bertukar pada nangis..
lepas tu dia mula gelak gelak. 
walhal baru jap tadi, cakap takkan nangis sebab taknak dia marah.

dengan air mata tu..
tarik semula katil ke posisi asal.
tahan sakit.
dia pon keluar sambung tengok TV.

aku off lampu, naik katil..
terus tido..


sekarang ni susah sikit nak lelapkan mata
tunggu dia masuk bilik, tapi dekat 12.30 mlm pon tak muncul.

tahan pedih bekas tersepit
last last tertido..


tak sedar pukul berapa dia masuk,
tapi tersedar dia gosok kaki tersepit tu, walaupon tak kena pada tempat sebenar yg tersepit tu.
sekurang2nya tau yang dia ada perasaan kasihan dan bersalah pada kejadian tersepit tu..

sedih jugak la...
dia jarang tunjuk perasaan kasihan dan kasih sayang dia..
tapi sejak nak dapat HZ...
banyak perubahan positif dia..

alhamdulillah..
syukur sangat.
   
mami HZ
~ sekadar meluahkan ~

Monday, January 15, 2018

MONEY CHANGER MURAH - LEMBAH KLANG

Salam January 2018..
Entry pertama dengan mood yang lebih baik!


Okey, kali ni aku nak cerita pasal jalan jalan cari Money Changer.

Hasil daripada pembacaan dari blog blog yang ada, majoriti kata Mid Valley rate cantik.
Ini adalah kerana Mid Valley adalah tempat tumpuan pelancong.

So semalam, kami terjah Mid Valley.

Punya la ramai umat manusia.. sampai nak berjalan pon laga baju..

Hasil tinjauan semalam telah mentafsir kan bahawasanya MID VALLEY + THE GARDEN mempunyai money changer yang termurah.

Tarikh Tinjauan : 14 January 2017
Tempat : Mid Valley dan The Gardens

Ikot susunan tau dan kat bawah tu ada gambar beberapa rate yang diambil.

1. Syarikat MS Ziaudeen Sdn Bhd - The Gardens
2. MV Forex
3. My Money Monster
4. Lucky - Ni yang aku beli semalam, pasal malas nak Q berjela jela panjang nya.

persiapan nak ke negara atok dalam gambar ni..


Ni ha.. Syarikat MS Ziaudeen Sdn Bhd - The Gardens. 
1 Juta Dong - RM178.30

MV Forex
1 Juta Dong - RM178.50

Tapi tak lalu nak beratur panjang, melainkan beli matawang yang mahal, impact besar.
Takat modal aku 1K tu je, aku Q kat Lucky Money changer. Jimat masa beratur, Jimat masa untuk  duit parking.

Lucky Money changer.
1 Juta Dong - RM179.50

Masa dapat rate SM Ziau, kami dah pon membeli. so kita berhuhuhu je la..
pastu dapat idea PM GROUP PEMBURU TIKET MURAH KAT Facebook.
Beliau pon bersetuju upload rate demikian, dan beberapa rakan FB yang lain turut memberikan rate harga. So aku senaraikan diantara rate yang terbaik!

Ni pon termudah juga : Galaxy Pacific Sdn Bhd. - IOI Puchong.
1 Juta Dong - RM178.50


IOI Mall Puchong.
1 Juta Dong - RM179.00

Aeon Mall Shah Alam
1 Juta Dong - RM180.00

Sebelum ke Mid Valley semalam, aku sempat singgah tanya rate Merchantrade Meru Klang.
Harga 1 Juta Dong = RM180.50, cuma nya dia tak ada stock Dong. Kena Order dan dalam quantity yang banyak.


# tinjauan aku merujuk kepada DONG.
# paling Murah 1Juta = RM178.30
# paling Mahal 1 Juta = RM181
# kebanyakkan mereka berikan Dong dalam Note 200000.


okey, itu saja untuk pagi ni...
adoussss...
sekian...

15-Jan-2018
9.51AM
Office