make it simple and nice!

Friday, July 27, 2012

Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq & Yana

assalamualaikum wbt....

hye ualll.... ape khabar?
ni ade cerita hangat baru baru ni....lately video tu memang femes kat FB. sampai 250K viewer dah...

at last 3 days, nur ade masa dan tengok video tu...

kat youtube ::: Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq & Yana.





mak ai...bile tengok video tu, terasa majlis tu sangat meriah. dengan tema merah putihnye... khemah siap berbelon belon... dalam 3 minit cam tu baru la masuk gmbar pengantin... rase lucu plak tgk budak yang terlalu muda... tapi dua kali pandang rase kiut... kah kah kah..kiut ke?

erm... buat pasangan muda ::
kahwin lah jika tu yang terbaik, sy doakan kalian bahagia sehayatnye.... korang buktikan la pada orang lain yang korang mampu jadi spt pasangan lain. muda tak semestinya bercerai berai... sedangkan org yang kawen tua pon banyak bercerai...
org tua pon banyak buat maksiat.... org tua pon pukul pasangan dan anak anak.. not every one la...

pendek kata... manusia tu tak semua nye terlalu perfect...

ni sekadar renungan::

Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri, antaranya ialah:

1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

4) Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

ahlan wa sahlan ramadhan. selamat berbuka uallll

No comments:

Post a Comment