PERISTIWA ISRA' & MIKRAJ PADA 27 REJAB
Alhamdulillah, bila tiba nya Isra' Mi'raj, secara tak langsung kita aware yg Ramadhan semakin hampir.
Apa kata kita mulakan perjalanan ke Ramadhan dgn memahami peristiwa Isra' Mi'raj spt digambarkan di infografik di atas.
Semoga kita dpt meningkatkan akidah dan cinta kita kpd Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Solat umpama sebuah perjalanan Israk Mikraj. Umpama mengambil iktibar kisah perjalanan Rasulullah saw melalui lapisan langit sehingga mengadap Allah Rabbul Jalil.
Betapa hebat dan beratnya, pentingnya amanat SOLAT sehingga Rasul saw dibawa menerima amanat tersebut Mikraj mengadapNya. Dan betapa cintanya Rasul saw sehingga beliau berusaha turun naik berulang kali memohon dikurangkan solat sehari semalam dari 50 waktu kepada 5 waktu kerana baginda saw tahu agaknya yang 5 waktu pun tidak mudah untuk didirikan di kalangan umatnya.
Semoga Allah swt berikan kita kekuatan dan istiqomah dalam mendirikan solat 5 waktu sehari semalam serta solat2 sunat yang lainnya.~
No comments:
Post a Comment