make it simple and nice!

Monday, January 15, 2018

MONEY CHANGER MURAH - LEMBAH KLANG

Salam January 2018..
Entry pertama dengan mood yang lebih baik!


Okey, kali ni aku nak cerita pasal jalan jalan cari Money Changer.

Hasil daripada pembacaan dari blog blog yang ada, majoriti kata Mid Valley rate cantik.
Ini adalah kerana Mid Valley adalah tempat tumpuan pelancong.

So semalam, kami terjah Mid Valley.

Punya la ramai umat manusia.. sampai nak berjalan pon laga baju..

Hasil tinjauan semalam telah mentafsir kan bahawasanya MID VALLEY + THE GARDEN mempunyai money changer yang termurah.

Tarikh Tinjauan : 14 January 2017
Tempat : Mid Valley dan The Gardens

Ikot susunan tau dan kat bawah tu ada gambar beberapa rate yang diambil.

1. Syarikat MS Ziaudeen Sdn Bhd - The Gardens
2. MV Forex
3. My Money Monster
4. Lucky - Ni yang aku beli semalam, pasal malas nak Q berjela jela panjang nya.

persiapan nak ke negara atok dalam gambar ni..


Ni ha.. Syarikat MS Ziaudeen Sdn Bhd - The Gardens. 
1 Juta Dong - RM178.30

MV Forex
1 Juta Dong - RM178.50

Tapi tak lalu nak beratur panjang, melainkan beli matawang yang mahal, impact besar.
Takat modal aku 1K tu je, aku Q kat Lucky Money changer. Jimat masa beratur, Jimat masa untuk  duit parking.

Lucky Money changer.
1 Juta Dong - RM179.50

Masa dapat rate SM Ziau, kami dah pon membeli. so kita berhuhuhu je la..
pastu dapat idea PM GROUP PEMBURU TIKET MURAH KAT Facebook.
Beliau pon bersetuju upload rate demikian, dan beberapa rakan FB yang lain turut memberikan rate harga. So aku senaraikan diantara rate yang terbaik!

Ni pon termudah juga : Galaxy Pacific Sdn Bhd. - IOI Puchong.
1 Juta Dong - RM178.50


IOI Mall Puchong.
1 Juta Dong - RM179.00

Aeon Mall Shah Alam
1 Juta Dong - RM180.00

Sebelum ke Mid Valley semalam, aku sempat singgah tanya rate Merchantrade Meru Klang.
Harga 1 Juta Dong = RM180.50, cuma nya dia tak ada stock Dong. Kena Order dan dalam quantity yang banyak.


# tinjauan aku merujuk kepada DONG.
# paling Murah 1Juta = RM178.30
# paling Mahal 1 Juta = RM181
# kebanyakkan mereka berikan Dong dalam Note 200000.


okey, itu saja untuk pagi ni...
adoussss...
sekian...

15-Jan-2018
9.51AM
Office