make it simple and nice!

Saturday, June 30, 2012

last entry untuk JUNE

ha... sebabkan tak tahu nak buat ape lagi dah hari ni...
so nur plan nak buat last entri untuk bulan June.... hah... tapi tak tau la betul ke tidak...
mane la tau, tub tub ptg or malam ni ade lagi satu dua tiga entri plak... wallahualam....


ha... so.. untuk entri ni... nur nak cakap pasal cadangan yang nur utarakan kepada HR nur.
Ms Rohaya Manaf, si HR comel yang single-mingle.

kalau nak tahu, Nur cadangkan untuk buat Family day kat lua... khas untuk Staff CJ dan famili...
tapi anda semua paham-paham la yer... kos tinggi tau kalau nak jalankan bende sebegini.... so, untuk cut cost..nur cadangkan kite wat famili day sukan air dekat GOLD COAST MORIB (GCM)... so family semua boleh join... lagi pon, tempat ni dekat aje dengan HQ & sekitarnye... so, tak perlula keluarkan cost untuk penginapan...sbb selepas tamat acara, semua boleh balik...dan bagi sesiapa yang mahukan penginapan, boleh la check in sane dgn kos sendiri. lalalala....

so, pagi tadi nur dah call Senior Manager Sales Marketing GCM... Ms Zell Oswald name dia..
orangnye dari pengamatan suare, nur rase dia cm garang... tapi tak tahu la disebaliknye, nur pon belum penah jumpe dia lagi...

mase call tu, nur ricky ricky la harga...
harga nya boleh tahan la... mungkin sebab tempat tu baru la kot...
Dewasa: RM35
Kanak-kanak: RM25

korang semua nak tengok tak pic GCM?
mari la kite same same berangan dulu k... belum tentu dapat pergi lagi....

Tuesday, June 19, 2012

RM188 Gold Coast Morib

Assalamualaikum wbt.

Hye semua…ape kabar anda d sana?

Nur ucapkan semoga semua sihat-sihat selalu…

Dan bahgia disamping keluarga…

Hari ni macam tak tau nak buat entri ape…

Sbb tak ada idea la…

Adoyai…



Erm…semalam opismate nur ada ajak bercuti…dia saja nak bawak anak jalan-jalan. ade la kitorang bincang sikit-sikit

Pasal percutian tu… dia cadangkan GOLD COAST MORIB..

Ha….sbb skrg mmg banyak murah wooo…. Harga promosi… RM188 je taw daripada harga asal RM664…

Mcm mcm kelebihannye. Diantaranya:

- 2D1N Accommodation for 2 persons in a Gold Coast Morib Studio Suite with a Private Bath & Jacuzzi

- Buffet Dinner for 2 persons

- Water Theme Park Admission Tickets for 2 persons

- Buffet Breakfast for 2 persons



Amacam…teruja tak kawan kawan? Ha…

Nur dan geng pon teruja, Cuma tak tahu bile masa yang sesuai nak booking…sbb dalam mase terdekat ni fully booking.



Nak ke? boleh la PM utk tanye k… hahahaha…bukan sekadar entri

adiossss

Monday, June 18, 2012

LAGENDA BUAH NAGA

assalamualaikum wbt semua....
erm...dah malam ni baru ade mase nak hapdet blog nur ni...
perkongsian untuk malam ni....ha.....
baru baru ni nur selalu bace kisah misteri kat satu forum ni..... byk gile cerita seram kat stu.... tp skrg ni...nur xnak cerita kisah seram... nur nak cerita satu kisah yang nur rase sume bile bace... nur rase mcm suweet suweet gitu certa tu....
tgk tajuk nye dah tau ape ceritanye... nur tak pandai bercerita...
jadi nur copy paste jer cerita nye kat sini yep... jangan marah yer....


KISAH LAGENDA ASAL USUL BUAH NAGA




Masihkah kengkawan ingat tentang janji ilah ingin berkongsi kisah lagenda mistik mengenai buah naga....pasti ada dikalangan kengkawan yang meminati rasa buah naga....dan pasti ada tertanya -tanya kenapa rupa dan bentuk buah naga seperti begitu..dan kenapa isinya berwarna merah ungu dan putih walaupun kulitnya seolah 2 sama bentuk dan warna iaitu merah . merah sama dan kuning.



begini kisahnya..



Pada zaman dahulukala,dunia ghaib dan dunia manusia boleh berhubung dgn mudah ..malah ada diantara mereka yang dapat berhubung , malah berkahwin dengan rakyat dari dunia luar iaitu dunia ghaib atau lebih dikenali dunia kayangan...dimana pada masa ini jarak dunia kayangan dengan dunia manusia tidak lah terlalu jauh seperti masa sekarang...



salah satu daripadanya mengenai kisah seorang puteri kayangan yang telah jatuh cinta dengan seorang pemuda daripada dunia manusia. dan paling ironinya puteri ini adalah daripada keturunan naga...tetapi ada tragedi sedih yang berlaku..kesan drpd percintaan sejati mereka.....dan sahabat semua inilah kisah cinta naga yang tak pernah diceritakan di dunia manusia tetapi sangat gah dikalangan dunia ghaib...( Bismillahirohmannirrohim ...Wahai angin..sampaikan pesananku kepada hamba Allah disana..kisah yang ilah titipkan ini buat sahabatku disini...ikhlas hanya untuk dibuat teladan dan panduan)



Begini kisahnya:



Disalah satu kerajaan kayangan , dimana diketuai oleh maharaja yang mempunyai kuasa sakti naga yang sangat gagah dan perkasa..negara dan rakyatnya hidup ,aman dan makmur didalam tanah jajahannya. Maharaja tersebut mempunyai sembilan puteri yang sangat rupawan dan setiap mereka mempunyai keistimewaan masing-masing..dan antara sembilan beradik ini, puteri bongsu yang paling jelita dikalangan mereka...



Maharaja amat menyayangi puteri-puterinya terutama yang paling bongsu kerana puteri bongsu bukan sahaja rupawan tetapi bijak dan tangkas dalam ilmu peperangan dan cekap sebagai seorang pemimpin. Bukan itu sahaja, puteri bongsu juga mempunyai haruman yang unik dan sangat wangi dan akan bertambah kuat pada waktu malam. dan barangsiapa yang terbau haruman tersebut nescaya akan akan jatuh cinta dan kasih kepadanya ..ditambah dengan paras rupa yang rupawan..bisa mengoncang hati yang memandang.



Demi mengelakkan , perkara yang buruk maharaja telah menitahkan puteri bongsunya memakai pakaian dibuat daripada sisik kulit naga emas untuk menyembunyikan haruman tersebut kecuali diistana sahaja boleh dibuka.



Sehinggalah,tiba masanya puteri bongsu menamatkan zaman bujangnya dan maharaja telah memilih jodohnya dengan salah seorang putera kayangan , namun tuan puteri menolak lamaran putera kayangan tersebut sehingga membuatkan maharaja murka lalu dibuangnya tuan puteri ke dunia manusia .manakala, putera kayangan tersebut tidak putus asa dan cuba mencari kembali puteri bongsu di dunia manusia tetapi gagal.



di dunia manusia inilah tuan puteri bongsu telah menjumpai cinta sejati, dimana dia telah ditemui pengsan di tepi sungai dengan hilang ingatan oleh sepasang suami isteri lalu dijadikan anak angkat di sebuah kampung kecil. dan disini bibit percintaannya bermula.



pakaian yang dibuat daripada sisik emas bila tiba didunia manusia telah mengecil dan telah menjadi satu sisik sahaja dan melekat di tengah dahinya, bila dilihat seperti batu berbentuk sisik berwarna emas akan memancar2 bila terkena cahaya matahari..semakin panas semakin bercahaya sisik emas kecil yang melekat didahinya....dan selagi dia belum memiliki anak selagi itulah sisik emas itu melekat, dan selagi itulah kesemua rakyat kayangan keturunan naga termasuk putera kayangan tersebut tidak akan dapat mengesannya melalui haruman badannya kerana ditutupi oleh sisik naga tersebut.



dipendekkan cerita , tuan puteri akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya, tanpa diketahui yang baginda adalah waris takhta kerajaan kayangan naga. Manakala maharaja pada masa ini , sudah meningkat usia dan mulai menyesali tindakannya menhalau puteri bongsu daripda kayangan dan mulai cuba mencari kembali tuan puteri tetapi gagal..puas dicuba kesemuanya kuasa sakti mencari bau haruman badan anakandanya namun gagal,



manakala , didunia manusia , cinta tuan puteri dan suaminya semakin kukuh apabila tuan puteri mulai mengandung, dan dalam tempoh mengandung itu, sedikit demi sedikit sisik emas yang melekat ditengah dahinya mulai retak , dan pada masa ini sedikit demi sedikit tuan puteri mulai mengingati asal-usulnya. Ini membuatkan tuan puteri semakin sedih dan sayu kerana mulai marasakan kehadiran naga yang sentiasa terbang pada waktu malam mencarinya , namun gagal kerana harumannya gagal dikesan oleh naga tersebut.



dalam tempoh itu juga ,puteri bongsu perlahan2 mengasah kuasa saktinya sedikit demi sedikit ,demi keselamatan anak yg bakal lahir dan suami tercinta..waima puteri bongsu juga mulai bersedia berperang dengan ayahandanya sekiranya maharaja mengancam keselamatan suaminya dan anaknya nanti.



manakala suaminya masih tidak mengetahui , yang isterinya adalah keturunan naga kayangan , setiap hari selepas pulang mencari rezeki , si suami melayan tuan puteri dengan penuh kasih sayang, semua kerja rumah dilakukan terutama bila tuan puteri sudah sarat mengandung.



masa melahirkan sudah tiba, pada malam itu, petir dan kilat sabung -menyabung diluar semasa saat melahirkan sudah tiba, saat anak yang dikandung keluar daripada perut dan mulai menangis kuat, saat itu sisik emas yang sudah retak itu terus pecah berkecai dan berpusing di udara dengan laju....sambil mengeluarkan cahaya api keemasan dan terus terbang ke langit dan hilang begitu sahaja....terus haruman badannya yang selama ini tersembunyi mulai keluar sehingga memenuhi kawasan yang berhampiran.



pasa saat ini juga, tetiba kedengaran bunyi ngauman yang sangat kuat serta bebola api berterbangan disebalik awan, terus diserahkan bayi yang baru lahir itu kepada suaminya, dan bersedia menhadapi kemungkinan yang berlaku. Ini adalah kerana bunyi ngauman dan bola api tersebut datang daripada mulut naga maharaja..iaitu ayahandanya yang berjaya mengesannya melalui harumannya.



bila maharaja naga semakin hampir mendekati terus maharaja terbang mengelilingi dikawsan rumah tuan puteri sambil disaksikan oleh suami, terkejut bukan kepalang sisuami melihat naga yang sangat besar dengan sisik emas berkilauan terbang berlegar2...lantas ditanya oleh tuan puteri, akan berubahkah cintanya sekiranya dia bukan manusia, terus dijawabnya suami cintanya kepada tuan puteri sangat agung dan bukan berdasarkan rupa.



dengan titisan airmata, terus tuan puteri berkata"kanda lihatlah sebentar nanti akan diketahui siapa adinda dan diluar itu adalah ayahanda adinda, terima kasih kerana memberikan peluang adinda menikmati cinta sejati walaupun sekejap sahaja. .yakinlah cinta adinda hanya untuk kanda....setelah selesai bercakap terus tuan outeri menggunakan kuasa saktinya menukarkan dirinya menjadi seekor naga yang sangat besar dengan diekornya terdapat cahaya berbentuk bintang warna merah ungu...



pabila maharaja melihat tuan puteri terus dititahnya tuan puteri pulang ke kayangan , namun begitu tuan puteri enggan dengan alasan suah menemui cinta sejatinya . Maharaja menjadi semakin murka bila melihat cinta sejati anakandanya adalah datang drpd dunia manusia dan dicubanya melontarkan api kerarah suami dan anaknya, namun berjaya dihalang oleh tuan puteri bongsu.



Tindakan puteri bongsu semakin menyemarakkan kemarahan maharaja, lantas menyerang ke arah tuan puteri bongsu, maka berlaku pergaduhan hebat diantara anak dan bapa selama tujuh hari tujuh malam dilangit. Sementara, sisuami dan anaknya setia mengekori daripada bawah , melihat dengan linangan air mata. Kasih dan cinta sisuami tidak berubah walaupun tuan puteri sudah bertukar rupa..semakin mendalam cintanya bila melihat bukti cinta tuan puteri kepadanya iaitu wajah anaknya yang baru lahir dengan kulit putih gebu sepertinya dan rambut kuning keemasan seperti tuan puteri..



tetapi akhirnya tuan puteri bongsu gagal dalam pertarungan sengit dengan maharaja naga, air matanya yang gugur memenuhi gaung yang dalam sehingga menjadi kolam yang penuh,merayu2 puteri bongsu kepada ayahandanya agar melepaskannya demi kasih dan cintanya kepada suami dan anaknya, namun tidak diendahkan oleh maharaja naga. sehinggalah si suami berteriak di bawah dengan mengatakan dia sanggup berbuat apa saja demi cintanya terhadap tuan puteri bongsu waima nyawanya tergadai .



Bila mendengar kata2 suami anakandanya, terus maharaja terdiam dan akhirnya mengakui cintanya terhadap anaknya memang ikhlas, namun begitu, diterangkan kepada sisuami bahawa keturunan naga tidak boleh bersatu dengan manusia, akan memudaratkan dunia manusia dan dunianya, terutama sekiranya ada zuriat dengan manusia , perlu dipisahkan dengan segera .


dan hatinya semakin sayu dan lembut, bila melihat sisuami bersusah payah memanjat badan naga anakandanya dengan dikendongnya anak yg baru lahir tanpa rasa takut melihat rupa paras tuan puteri yang sudah bertukar rupa.Malah bila sudah tiba dimuka naga anakandanya, terus sisuami mencium wajah isterinya tercinta bertalu2 tanpa rasa takut an segan.

melihat itu, terus maharaja berkata sambil bergenang air matanya "anakandaku, ada satu cara kesaktian yang membolehkan anakanda bersama dengan suami dan bayi anakanda tetapi bukan sebagai manusia dan bukan sebagai naga, sebaliknya akan menjadi sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia alam ghaib dan dunia manusia.....dan sanggupkah anakanda dan kamu wahai manusia menerima sebarang kesan yg menimpa. lantas dengan gembira mereka menjawab mereka sanggup menghadapi asalkan mereka terus bersama walau apa bentuk sekalipun .




terus maharaja berkata"anakanda ambilah tiga sisik emas ayahanda, kemudia dibakar dengan apimu, kemudiannya dihancurkan dengan kukumu, kemudian baca mentera saktimu itu dan dicampurkan dengan air kemudiannya diberikan minum kepada suamimu dan anakmu...setelah itu bakinya anakanda minum..."terus berhenti berkata maharaja kerana sebak didada ..kemudiannya disambung dengan linangan air mata " kemudian anakanda ambil satu lagi sisik emas ayahanda ini dan hiris bahagian ekormu sehingga cahaya api diekormu hilang .....sanggupkah anakanda berbuat begitu" ujat maharaja dengan linangan air mata....terus tuan puteri menangis dan mengangguk tanda sanggup....



lantas tuan puteri melakukan syarat yang diberikan , hancuran serbuk sisik emas menjadi warna kuning bila dicampurkan dgn air, diberikan anaknya dahulu minum, kemudiannya diberikan suaminya dan setelkah itu bakinya diminumnya....selepas itu terus tuan puteri menhiriskan bahagian ekornya sehingga cahaya api diekornya padam. serentak itu terus bahagian ekornya putus sehingga mengeluarkan darah berwarna merah ungu, sementara suami nya tetiba rasa kesakitan yang amat sangat didadanya dan pandangan nya kabur.



sisuami cuba mendekati tuan puteri, tetapi hanya sempat menyentuh ekornya sahaja dan warna darah tersebut terkena sedikit .



sementara maharaja hanya melihat dengan air mata berlinang...diambilnya bahagian atas tuan puteri dibawa pulang ke dunianya dan sementara bahagian ekor tuan puteri ditanam berhampiran kubur suami anaknya.



dan sungguh menakjubkan ....setiap kubur tesebut mengeluarkan pokok berdaun menyerupai seperti ekor naga ...dimana bunganya akan mekar sekali sahaja pada waktu malam dgn mengeluarkan bau yang sgt harum...setelah itu akan diganti dengan buah berkulit seperti sisik .....dan inilah buah naga....sehingga kini mereka kekal bersama....dan memberikan manfaat kepada dunia alam ghaib dan dunia manusia.....



tuan puteri bertukar menjadi buah naga berwarna merah ungu, sisuami berwarna putih tetapi kulitnya berwarna merah kerana tersentuh darah tuan puteri..sementara anaknya berwarna putih dengan kulit kuning...



tetapi keturunan naga dilarang memakan buah naga buat selama2nya...

dan sehingga kini pokok naga subur berbuah selagi ditanam dikawasan yang panas dgn cahaya matahari.



THE ENDS...



sekadar berkongsi cerita kalau tak percaya ..tidak mengapa ..ilah tidak berkecil hati

******* petikan dari cari FOrum : pengalaman misteri VI ilahkhatibrani

Saturday, June 16, 2012

BOWLING tips

Berikut adalah lima petua cepat untuk membantu anda meningkatkan purata boling anda.

1. Gerakan & Graviti
semasa anda menghayun bola bowling, biarkan graviti melakukan kerja untuk anda. gunakan tangan dan otot untuk menggerakkan bola secara cepat. memanglah, tanagn kite tidak akan sekali terlalu konsisten sepanjang permainan... kalau terlalu konsisten, u dah boleh dikira sebagai jaguh dah tu... cuba untuk membaling denagn cara yang sama (ni amik la cara yg markahnya dapat banyak).

Membiarkan kawalan graviti buaian akan memberikan anda lebih konsisten kerana kuasa graviti adalah tetap tidak kira di mana anda berada. elok kita hayun 2 3 kali utk dapatkan tune. boleh ke stakat ni?

teruskan usaha anda secara konsisten... anda pasti berjaya..ahakzzz...


2. Membuat SPARES
Cara terbaik untuk meningkatkan purata anda untuk mencuba dan membuat SPARES setiap kali balingan. tu pon kalau bleh la... Banyak kali kita memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mendapatkan serangan tetapi kita lupa untuk mengamalkan SPARES.
Walaupun anda tak dapat STRIKE , anda masih boleh mendapatkan skor 190 jika anda dapat semua 9 mata dan SPARES. Markah akan bertambah banyak jika STRIKE & SPARE tu adalah berturut.
tgk markah kt bawah ni...




3. Membeli Bola Bowling
ha..ni bagi yang mampu la... sbb harga sebijik bola baru lebih kurang RM200 paling murah.
Terdapat dua sebab mengapa bola boling sendiri anda akan meningkatkan purata anda. Pertama sekali, blok coverstock dan berat dalam bola boling moden direka untuk merobohkan pin boling. lagi satu, bola boling itu selalunye, selesa kt tangan kite.. jari pon takde la sakit-sakit. kalau nak cari bola yg murah, cari la bola yg diperbuat dari bahan plastik.  seelok eloknya, cari la bola yg agak berat.... utk memudahkan pin tu jatuh semua...

kelebihan : anda akan mendapat markah yg konsisten, sbb anda guna bola yg sama untuk tempat main yg berlainan.
4. Menjadi Selaras
buat balingan secara konsisten. gunakan balingan dgn cara yang sama. ini akan menyebabkan anda yakin, bola akan terkena sasaran. anda pasti dapat menduga ape terjadi jika semuanya dilakukan konsisten.
cuba anda buat gaya membaling bola bowling didepan cermin,lihat dan perhatikan gaya... dan cube ulang - ulang gaya tersebut.. nanti kt boling centre, anda boleh la guna cara yang sama.

5. erm...simpan dan ingat semua nota dan ajaran berkaitan bowling ni...



itu saja...selamat menscore...Huhuhu

Friday, June 15, 2012

lagu semasa kegemaran nur

nur minat suara Jamal Abdillah.
ni lagu terbaru yang nur minat.
p/s: lirik lagu takde kaitan erk dgn nur... sbb nur sdg berbahagia dgn hubby nur... baru jap td dia text " i luv u so much" kt nur...
ha..kembang kejap... tu pon sbb hari ni besday nur...

so..bawah ni lirik lagu yg nur suke tu...




Lirik Bahagia Sementara – Jamal Abdillah

Tak pernah aku meraguimu kau menawanku

Hadirmu merawat sepi di ruang hati ini

Kau meyakinkan duka berakhir menjelma bahagia

Tapi mengapa kau pula pergi ketika kasih mekar



Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku

Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?

Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih

Di manakah keadilanmu kepadaku?



Berbeza benar pendirianmu

Berubah hanya sekelip mata

Mengapa kasih bahagia kita sementara



Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku

Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?

Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih

Di manakah keadilanmu kepadaku?



Berbeza benar pendirianmu

Berubah hanya sekelip mata

Mengapa kasih bahagia kita sementara



Kerana ini permintaanmu ku akur sahaja

Melupakanmu tak semudah itu

Kerna kau terlalu istimewa



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-bahagia-sementara-jamal.html#ixzz1xqZSKii5

how to create MEMOS from Microsoft Word

assalamualaikum wbt...

haha...tgk pada tajuk...agak omputih gitu... ha...kalau nak tau...ni request dari papa nur semalam... dalam tgh hari cam tu, nur tgk ade misscall dari papa... so, nur pon call semula...tanya kabar dan tanye kenapa... upenye, papa nak tanya.... macam mana nk create Memo guna Microsoft Word templete.

alahai..kacang je papa... so... lepas nur dah info kat papa...then papa dengan senang hati say Thank you kat nur... huhuhu... proud to be your daughter papa... so.. nur akan cuber listed kan cara nye k... sebijik macam yang nur ckp kt papa semalam.

how to create MEMOS from Microsoft Word
-----------------------------------------------------
1. Kita mesti la ade PC yang ade perisian Microsoft Word didalamnya.
2. open Word tu, pastu click new Document.
3. SO, dia akan show satu blank document, dimana dalam tu terdapat bayak pilihan dan perkara yang kite coleh buat.
4. kali ni kite nak buat memo, so kite pilih kat icon tempelete, kita pilih MEMOS.
5. right after kite click MEMOS tu, ada 28 pilihan templete untuk memos.
6. ha..pilih la yg mana sesuai dgn tajuk/isi memo kita.
7. ha...dah siap....nak tujuk contoh pon... nur tak reti nak upload kt entri ni...

Wednesday, June 13, 2012

kapal itu sangat besar

pic ni mase nur and geng ade lawatan naik kapal kt westport klang. tahun lepas kowt rasenye nur p sane... same2 dgn boss-boss SAMSUNG, member-member CJ + side member CJ. ramai yg pergi mase tu.... bff nur, miss Chu pon ade... best & syok time ni... maklum la..first time naik kapal...besar gile... jakunzzz style dah tme tu... Kapten kapal ni omputih... kapal ni masih baru... cantik & siap ade lift... hah... kapten owh kapten... tah berapa la gaji mu bawak kapal sebesar cenggini....