make it simple and nice!

Friday, October 7, 2016

NM - JENIS JENIS SENAMAN

Hye semua..

Assalamualaikum WBT.



Saja nak sampai kan sedikit ilmu.
Ada masa nanti, kita topup penerangan dan gambar.
Bawah ni setakat NM yg pertama:

1. SQUAT
2. PLANKS
3. BICYCLE CRUNCH
4. REVERSE CRUNCH
5. HIGH KNEES
6. LEG RAISES

Ini tak termasuk kami kena buat sprint tau.. lari lari lari dan lari..



CONTOH GAMBAR BERKAITAN

NM datang lagi

Assalamualaikum WBT

Coretan berkaitan NM lagi...


huhhh..
Tak sabar nak kena dera..
Mati la nakkkkk.
Rabu punya NM pon masih terasa kesannya..
Macam mana la daku nak teruskan 2nd NM ni..



Update :
-------
1 NM : 5/10 - Court Bola Jaring, Padang Sultan Sulaiman
2 NM : 7/10 - Court Bola Jaring, Padang Sultan Sulaiman

Thursday, October 6, 2016

NAK CARI TIKET FLIGHT AIR ASIA LAGI

hye Assalamualaikum WBT.


Tengok tajuk jer pon dah bole tahu apa niat nya.

Hurmm. 

Kita ada plan sama sama dengan MIL kita untuk ke Kundasang, Sabah. Yang mana kita perlukan tiket ke Kota Kinabalu.
Tapi sedang tercari cari tarikh yang sesuai dengan kami semua.

Plan nya 3 hari 2 malam, tapi takut plak rushing. 



Setelah habis study, tanpa promosi  paling murah kita boleh dapat RM89 sehala. 
MIL kita kata, murah dah tu. Sebab sebelum ni dia pergi kena dalam RM220 pergi balik. 
Kalau ikot kan nak g bulan 4 tahun depan, tapi banyak pula majlis kawan2 rapat MIL, terpaksa la postpone. 

Bulan 5 puasa, bulan 6 raya, lepas raya anak gadis MIL nak kahwin sorang. 
jawapan nya terpaksa la tunda lagi.

Anyway, kalau tunda pon tiada masalah.
Guna je TIP terbang murah bersama Air Asia ni.. huhuhu

cewahhh..


Adios...

zzz

TIP MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG AIR ASIA

Assalamualaikum wbt

Tiba tiba rasa excited nak meluahkan kat sini. Bukan apa, setelah beberapa kali terbang bebas dalam Negara, tak lama lagi nak terbang bebas ke negara jiran.

berhuhuhu jap..

Actually tiket dah booking ada 2.
1. bulan Nov 2016
2. bulan July 2017

excited nak cite sebab ada waiting list sayap merah.

First time naik kapa lterbang masa umur belasan tahun rasanya.. kalau tak silap diawal penubuhan air asia kt LCCT. Sekarang da sweet 30 dah.. lama tu... masa tu Flight ke Kota Kinabalu jer dah 2k sehala untuk 4 orang... kalau beli awal2, dapat la 2k in return untuk 4 orang. walaupon da start tambang murah, tapi tetap aku rase mahal..

Masa ni aku budak2 lagi, mana tahu perihal booking membooking ni.
Papa bawak jalan, anak2 ketawa riang. orang lain plak rasa kami ni anak orang berkemampuan, walhal papa berhempas pulas kumpul duit untuk bawa kami berjalan.


ok..
Back to basic, nak cerita cara dapatkan  tiket mampu milik.

  • MESTILAH PENGGUNA BERDAFTAR : senang kalau dah berdaftar, apa apa mesej dan promosi semua akan di emailkan pada kita - ni yang buat kita rasa sentiasa ingin terbang.
  • semuanya kita bole buat secara dalam talian.  bagus sebabnya kita bole perhatikan dan perimbangkan. boleh fikir dan pilih ikot kemahuan dan kesesuaian kita. aku beli kadang2 ikot murah bukan ikot time, tapi bila dapat best part, gabungan keduan dua nya.  - macam macam offer ada AA bagi.
  • Jangan terkejut dengan BANK CAJ. adalah dinasihatkan untuk kita guna kaedah direct debit , yang mana caj nya hanya RM4. kalau guna kad kredit RM30. mahal tau..dapat tiket RM10 tiba tiba caj bank kena RM40..naya wooo.. berhuhuhu la jawapnya
  • sentiasa alert dengan promosi AA sama ada di email, facebook atau pon hebahan instagrams
  • tolak insurans untuk jimat berbelas belas ringgit per kepala
  • tolak pemilihan seat walaupon ianya semurah RM6. petuanya masa nak check in tu, sila check in seawalnya untuk seat couple atau berkumpulan.
  • beli siap2 tambang bagasi secukupnya untuk elak caj per KG. adalah dinasihatkan anda memilih dan membuat kira kira.. contoh 20 kg berharga RM30, 40kg berharga RM100... baik anda pilik untuk ambil 20kg x 2.. melainkan anda memang terbang keseorangan (forever alone).. hahaha
  • sekarang terdapat banyak web yang memberikan kemudahan untuk mencari tambang murah. contohnya AIRPAZ/SKYSCANNER dan lain lain... gunakan la kemudahan pencarian ini. Dalam tu bukan hanya terdapat AA jer, bahkan seluruhan yang ada di Malaysia ni pon ada.

Setakat ni jer idea terkeluar, inshaallah kalau ada lagi.. akan dibuat penambahan.. 

JUM TERBANG

p/s: tazabar nak terbang bebas ke negara jiran
    : teringat penerbangan bersama mama papa, bersama parent in law, bersama adik ipar dan bersama  anak buah. dan yang paling kerap bersama yang TERSAYANG

NEXT MISSION - NM

Assalamulaikum WBT.

Hye semua.. ape bikin tu?


Just nak sharing, semalam dah start program NM sha dan kawan2 bersama TL kami..
Wow..memang sangat taf badan rasa.

Semalam kali pertama workout ( WO).
8.30mlm sampai 10.15 mlm - balik rumah terus flat habis.

Tapi best, banyak belajar benda baru.

Anyway doakan kami berjaya capai target kami ya kawan2.

Update : sakit badan dikemudian hari