make it simple and nice!

Wednesday, November 30, 2016

TIP - TIP untuk perjalanan ke Bandung Indonesia

Assalamualaikum wbt..


Perkara perkara yang perlu anda buat sebelum.. semasa.. selepas.. jika melancong ke Bandung, Indonesia.

1. Tukar duit IDR siap siap diMalaysia kerana ianya lebih murah.
- Oct hingga Nov 2016 kadarnya lebih kurang RM325-326 bagi setiap 1JUTA IDR.
- Jika sekiranya korang terpaksa juga tukar disana. Aku suggest Money changer di dalam Pasar baru. Kalau tak silap aku terletak kat tingkat 3, betul2 dipintu masuk keluar parking aras 3. Money changer ni ambil RM330 untuk setiap 1 Juta. Dan dapat aku sahkan ianya adalah lebih murah berbanding tempat lain.



PT UNTUNG PRIMA YANG TERLETAK KAT TINGKAT 3 PASAR BARU LEBIH MURAH.

DOLARASIA MONEY CHANGER  PON MASIH BOLEH TAHAN, LEBIH RM 1 - 5 DARIPADA PASAR BARU MONEY CHANGER





2. Jika anda seorang kaki shopping, aku nasihatkan korang aktifkan pengeluaran antarabangsa. Kat sana ada maybank dan cimb jgk, merata jugak la ada. Cumanya setiap pengeluaran akan dicaj oleh pihak bank.  Depan hotel aku yg kedua pon ada 1 bangunan Maybank.
NAMPAK TAK ? SAMA JE DENGAN MAYBANK KAT MALAYSIA


3. Simkad.
-  Sudah menjadi lumrah orang sekarang, tak boleh nk move on tanpa internet kan? So aku cadangkan korang mintaknpak supir korang yg tunjukkan kedai.
Cadangan pilihan simkad aku sudah tentulah SIMPATI. MURAH DAN QUOTA BESAR DAN JUGAK LAJU. Ha, nampak tak aku promot mcm mana?
Nak tengok macam mana Simkadnya? Ni ha!!

Murah gila..
IDR68K untuk 12GB Okey?
Bersamaan dengan RM23 je weh..
Download macam macam pon masih tinggal 9GB lagi



4. Ubat
- Kita mungkin tak biasa untuk telan ubatan seperti dorang.
Kita biasanya pilih panadol kalau demam, tapi dorang lebih suka ubat paket3.
Oleh yang sedemikian, korang dinasihatkan bawak ubat sendiri. Ubat cirit, panadol, minyak angin, vick dan lain2. Cuaca tak sama dengan Malaysia. Lagipon kita akan cepat sakit kepala bila duit kita habis semasa bershoping.. ekekkeke..

5. Kira kira convert antara MYR dan IDR
- Sebenarnya benda ni simple dan mudah. Paling senang untuk tau berapa nilai duit kita dan mereka adalah kita takpayah ambil 3 digit belakang (atau ganti dengan k) dan bahagi kepada 3. RM1 duit kita bersamaan 3000 duit dia (3k).
- Contoh : IDR 65k duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang RM22 kita.
- Contoh : IDR 285K duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang RM95 kita.
- Contoh : IDR 2K duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang 60sen duit kita. ( biasanya harga masuk tandas dan jaga parking jalan).

6. Beza masa 1jam antara Malaysia dengan Indonesia. Mereka Lewat Sejam dari kita.  Tapi perlu diingati, hanya waktu sahaja beza sejam, tapi tidak waktu solat. Contohnya : Subuh di Malaysia 5.45AM ( waktu sana 6.45AM ) ,tapi  jika  anda ingin menunaikan solat disana anda perlu set jam Malaysia anda kepada 4.30AM ( waktu sana 5.30AM).


7. Tempat wajib pergi
-RUMAH KAIN
-JALAN CIBADUYUT
-PASAR BARU
-PASAR KOSAMBI - KACANG
-FACTORY OUTLET JALAN RIAU
-COLLECTOR PARFUM
-WIN PARFUM
-SARIATER HOTSPRING
-FARMHOUSE
-FLOATING MARKET
-KAMPUNG DAUN
-RUMAH MODE
-KARTIKA SARY PASTRY
-AMANDA PASTRY
-TOKO TIGA
-D'FASHION
-KAWAH PUTIH
-TANGKUBAN PERAHU
-TRANSTUDIO
-STRAWBERRY FARM
-LADANG TEH
-DUSUN BAMBO
-RUMAH SOSEJ
-D' RANCH
DAN BANYAK LAGI.. DUDUK SEMINGGU LA KALAU NAK LAWAT SEMUA TEMPAT NI

8. Universal adaptor perlu diabawa untuk caj HP atau camera. Plug disana membulat dan terbenam. Malahan tiada suis untuk ditekan. Hakak pinjam jer dari Bob fiza. huhuhu.. Kes nak menjimat.

9. Beg kosong diperlukan untuk anda yang suka shopping. Bukannya disana tiada menjual beg, tetapi lebih baik kita bersedia. Buat apa membazir jika sudah ada. Baik guna untuk beli buah tangan atau key chain.

10. Peruntukkan sedikit Duit Indonesia untuk sedekah. Terkadang, ada ada waktu akan terdapat anak kecil minta sedekah di jalanan bahkan di tengah2 jalan yang sesak. Kesian melihat mereka. Jika terderak hati kamu untuk sedekah, lakukan la. Mereka memang betul betul memerlukan. Ada jugak anak anak yang menjual tissue. Saya tak sampai hati nak ambil tissue jualan dia. Cukup sekadar saya letakkan sedikit buatnya.



11. Keratan Imigresen
 - Masa dalam Flight nanti korang akan diberikan 1 borang Masuk indonesia. Korang boleh rujuk gambar dibawah untuk baca apa isi kandungan borang tersebut. Didalamnya juga ada larangan larangan yang perlu dipatuhi serta limit limit yang dibenarkan. Korang isi borang tersebut siap siap masa dalam Flight, nanti senang bila nak turun. Hanya Q dikaunter Imigresen dan serahkan borang semasa di Kaunter Scanning.

MUKA BELAKANG YANG PERLU KITA ISIKAN.

MUKA DEPAN YANG MENERANGKAN


12. Baju tak payah banyak
- Bagi orang yang tak cerewet, tak perlu la bawak banyak baju. Semuanya bole dibeli baru. Ianya memudah dan menjimatkan. Baju murah ada, baju mahal ada. terpulang pada selera. Tujuannya adalah supaya kita bole bawak lebih banyak barang balik dan berikan lebih ruang untuk barang tersebut.

13. Hati hati dengan penyeluk saku. Sebenarnya kat mana mana pon ada Penyelok saku. Tapi kalau di Bandung, anda perlu berhati2 apabila berada di Pasar baru. Disebabkan tempat ni popular dan murah, Maka tempat ini menjadi tumpuan orang ramai dan terlalu ramai orang dalam satu satu masa tambahan diwaktu kemuncak Sabtu dan Ahad. Jadi jangan sandang beg dibelakang dan elakkan juga daripada membawa handbag.

14. Stokin dan baju sejuk perlu dibawa bagi orang yang tidak boleh tahan sejuk. Ini kerana cuaca Di Bandung adalah sejuk dan Kering. Walaupon berjalan jauh pun, sudah untuk kita berpeluh. Bawak juga pakaian dalam secukupnya.

15. Kalau korang bershopping diawal pagi, kebiasaannya peniaga akan berikan harga PECAH TELUR atau HARGA MATI. Dimana kalau korang belum dengar perkataan n, selagi itu la korang masih boleh tawar menawar.

16. Peniaga Jalanan kebiasaannya akan ada dihadapan sesebuah hotel, tambahan pulak kalau mereka nampak ada bus di hotel tersebut. Anda masih juga bole membeli dari dorang ni. Dorang lagi murah kadang kadang. Contohnya keychain : Dekat Pasar baru IDR25k 1 jambak (10 pcs), dekat depan hotel boleh dapat IDR50k 3 jambak (30pcs)


Itu saja untuk hari ni, kalau ada teringat lagi. aku akan cuba sambung.

Tata..

Love



Friday, November 25, 2016

program jom KURUS SIHAT

Assalamualaikum WBT

Fuhhh.. 
semangat.

Dek kerana kekangan masa akibat join NM ni..terus tak sempat nak hapdate.
.

hari ni disebabkan ada perubahan besar yg berlaku.. aku gagahkan diri untuk hapdate ye.
.
Diantaranya :

1. Period yang dah berbulan bulan tak ttiba, akhirnya turun menjengah dengan sendirinya pada minggu kedua join workout dan jaga makan. Sebelum ni dah niat, nak ambil ubat untuk turunkan darah period tersebut. Alhamdulillah. diberikan peluang untuk ianya turun secara normal.

2. Badan terasa sihat dan cergas, tiada lagi rasa kemalasan untuk bangun awal pagi.

3. Sakit lutut baik secara alami tanpa sebarang ubat. Sebulan sebelum join workout ni, hakak ada terjatuh masa main badminton dengan kawan2 office. Sakitnya berlarutan hampir sebulan. tak sampai seminggu join, bersamaan dengan tiga kali WO, terus hilang sakit tu.

4. Sakit Tapak Kaki yang dipanggil "plantar fasciitis"juga baik secara alami. korang boleh google betapa hakak siksa sebab benda ini. rasa urat yang dicucuk cucuk. Alhamdulillah, tanpa gna Pamoga.. hihihihih..

5. Pakaian yang dulunya semakin sempit, kini boleh digunakan kembali. Seluar yang dulu beli sebab suka, tapi saiznya kecil akhirnya kini telah boleh digunakan.

6. Selepas habis 6 minggu, ada kawan2 mula puji apabila nampak perubahan. Maka, muka akan terus tersenyum malah hati makin gembira.

UNTUK PENGETAHUAN korang, aku sekarang sambung Next Misson 5.. target aku tetap sama. 6 kilo untuk 6 minggu, korang doakan aku ya.

Thursday, November 24, 2016

PENGALAMAN MELANCONG KE BANDUNG NOV 2016 - part 2

Assalamualaikum wbt..

Part 2..

PERINGATAN : AKU AKAN SAMBUNG DARI MASA KE MASA POSTING NI ATAS SEBAB KEKANGAN MASA DAN IDEA

Perkara perkara yang perlu anda buat sebelum.. semasa.. selepas.. jika melancong ke Bandung, Indonesi.

1. Tukar duit IDR siap siap diMalaysia kerana ianya lebih murah.
- Oct hingga Nov 2016 kadarnya lebih kurang RM325-326 bagi setiap 1JUTA IDR.
- Jika sekiranya korang terpaksa juga tukar disana. Aku suggest Money changer di dalam Pasar baru. Kalau tak silap aku terletak kat tingkat 3, betul2 dipintu masuk keluar parking aras 3. Money changer ni ambil RM330 untuk setiap 1 Juta. Dan dapat aku sahkan ianya adalah lebih murah berbanding tempat lain.



PT UNTUNG PRIMA YANG TERLETAK KAT TINGKAT 3 PASAR BARU LEBIH MURAH.

DOLARASIA MONEY CHANGER  PON MASIH BOLEH TAHAN, LEBIH RM 1 - 5 DARIPADA PASAR BARU MONEY CHANGER





2. Jika anda seorang kaki shopping, aku nasihatkan korang aktifkan pengeluaran antarabangsa. Kat sana ada maybank dan cimb jgk, merata jugak la ada. Cumanya setiap pengeluaran akan dicaj oleh pihak bank.  Depan hotel aku yg kedua pon ada 1 bangunan Maybank.
NAMPAK TAK ? SAMA JE DENGAN MAYBANK KAT MALAYSIA


3. Simkad.
-  Sudah menjadi lumrah orang sekarang, tak boleh nk move on tanpa internet kan? So aku cadangkan korang mintaknpak supir korang yg tunjukkan kedai.
Cadangan pilihan simkad aku sudah tentulah SIMPATI. MURAH DAN QUOTA BESAR DAN JUGAK LAJU. Ha, nampak tak aku promot mcm mana?
Nak tengok macam mana Simkadnya? Ni ha!!

Murah gila..
IDR68K untuk 12GB Okey?
Bersamaan dengan RM23 je weh..
Download macam macam pon masih tinggal 9GB lagi



4. Ubat
- Kita mungkin tak biasa untuk telan ubatan seperti dorang.
Kita biasanya pilih panadol kalau demam, tapi dorang lebih suka ubat paket3.
Oleh yang sedemikian, korang dinasihatkan bawak ubat sendiri. Ubat cirit, panadol, minyak angin, vick dan lain2. Cuaca tak sama dengan Malaysia. Lagipon kita akan cepat sakit kepala bila duit kita habis semasa bershoping.. ekekkeke..

5. Kira kira convert antara MYR dan IDR
- Sebenarnya benda ni simple dan mudah. Paling senang untuk tau berapa nilai duit kita dan mereka adalah kita takpayah ambil 3 digit belakang (atau ganti dengan k) dan bahagi kepada 3. RM1 duit kita bersamaan 3000 duit dia (3k).
- Contoh : IDR 65k duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang RM22 kita.
- Contoh : IDR 285K duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang RM95 kita.
- Contoh : IDR 2K duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang 60sen duit kita. ( biasanya harga masuk tandas dan jaga parking jalan).

6. Beza masa 1jam antara Malaysia dengan Indonesia. Mereka Lewat Sejam dari kita.  Tapi perlu diingati, hanya waktu sahaja beza sejam, tapi tidak waktu solat. Contohnya : Subuh di Malaysia 5.45AM ( waktu sana 6.45AM ) ,tapi  jika  anda ingin menunaikan solat disana anda perlu set jam Malaysia anda kepada 4.30AM ( waktu sana 5.30AM).


7. Tempat wajib pergi
-RUMAH KAIN
-JALAN CIBADUYUT
-PASAR BARU
-PASAR KOSAMBI - KACANG
-FACTORY OUTLET JALAN RIAU
-COLLECTOR PARFUM
-WIN PARFUM
-SARIATER HOTSPRING
-FARMHOUSE
-FLOATING MARKET
-KAMPUNG DAUN
-RUMAH MODE
-KARTIKA SARY PASTRY
-AMANDA PASTRY
-TOKO TIGA
-D'FASHION
-KAWAH PUTIH
-TANGKUBAN PERAHU
-TRANSTUDIO
-STRAWBERRY FARM
-LADANG TEH
-DUSUN BAMBO
-RUMAH SOSEJ
-D' RANCH
DAN BANYAK LAGI.. DUDUK SEMINGGU LA KALAU NAK LAWAT SEMUA TEMPAT NI

8. Universal adaptor perlu diabawa untuk caj HP atau camera. Plug disana membulat dan terbenam. Malahan tiada suis untuk ditekan. Hakak pinjam jer dari Bob fiza. huhuhu.. Kes nak menjimat.

9. Beg kosong diperlukan untuk anda yang suka shopping. Bukannya disana tiada menjual beg, tetapi lebih baik kita bersedia. Buat apa membazir jika sudah ada. Baik guna untuk beli buah tangan atau key chain.

10. Peruntukkan sedikit Duit Indonesia untuk sedekah. Terkadang, ada ada waktu akan terdapat anak kecil minta sedekah di jalanan bahkan di tengah2 jalan yang sesak. Kesian melihat mereka. Jika terderak hati kamu untuk sedekah, lakukan la. Mereka memang betul betul memerlukan. Ada jugak anak anak yang menjual tissue. Saya tak sampai hati nak ambil tissue jualan dia. Cukup sekadar saya letakkan sedikit buatnya.



11. Keratan Imigresen
 - Masa dalam Flight nanti korang akan diberikan 1 borang Masuk indonesia. Korang boleh rujuk gambar dibawah untuk baca apa isi kandungan borang tersebut. Didalamnya juga ada larangan larangan yang perlu dipatuhi serta limit limit yang dibenarkan. Korang isi borang tersebut siap siap masa dalam Flight, nanti senang bila nak turun. Hanya Q dikaunter Imigresen dan serahkan borang semasa di Kaunter Scanning.

MUKA BELAKANG YANG PERLU KITA ISIKAN.

MUKA DEPAN YANG MENERANGKAN


12. Baju tak payah banyak
- Bagi orang yang tak cerewet, tak perlu la bawak banyak baju. Semuanya bole dibeli baru. Ianya memudah dan menjimatkan. Baju murah ada, baju mahal ada. terpulang pada selera. Tujuannya adalah supaya kita bole bawak lebih banyak barang balik dan berikan lebih ruang untuk barang tersebut.

13. Hati hati dengan penyeluk saku. Sebenarnya kat mana mana pon ada Penyelok saku. Tapi kalau di Bandung, anda perlu berhati2 apabila berada di Pasar baru. Disebabkan tempat ni popular dan murah, Maka tempat ini menjadi tumpuan orang ramai dan terlalu ramai orang dalam satu satu masa tambahan diwaktu kemuncak Sabtu dan Ahad. Jadi jangan sandang beg dibelakang dan elakkan juga daripada membawa handbag.

14. Stokin dan baju sejuk perlu dibawa bagi orang yang tidak boleh tahan sejuk. Ini kerana cuaca Di Bandung adalah sejuk dan Kering. Walaupon berjalan jauh pun, sudah untuk kita berpeluh. Bawak juga pakaian dalam secukupnya.

15. Kalau korang bershopping diawal pagi, kebiasaannya peniaga akan berikan harga PECAH TELUR atau HARGA MATI. Dimana kalau korang belum dengar perkataan n, selagi itu la korang masih boleh tawar menawar.

16. Peniaga Jalanan kebiasaannya akan ada dihadapan sesebuah hotel, tambahan pulak kalau mereka nampak ada bus di hotel tersebut. Anda masih juga bole membeli dari dorang ni. Dorang lagi murah kadang kadang. Contohnya keychain : Dekat Pasar baru IDR25k 1 jambak (10 pcs), dekat depan hotel boleh dapat IDR50k 3 jambak (30pcs)


Itu saja untuk hari ni, kalau ada teringat lagi. aku akan cuba sambung.

Tata..

Love




Thursday, November 17, 2016

PENGALAMAN MELANCONG KE BANDUNG 5 - 8 NOVEMBER 2016

Assalamualaikum WBT

Baca tajuk jer pon dah tau nak cerita apa kan?



Hari Pertama

Kami tiba di Bandung petang jam 8 Pagi.  Masa bertolak di KLIA  jam 6 masih gelap tak Nampak matahari, tapi kat Bandung dah Panas  terik macam jam 12 tengah hari. Walhal baru jam 8 waktu tempatan. FYI, masa di Bandung perbezaan waktu adalah : 1 jam cepat dari Malaysia.

Nak jadi cerita, masa sebelum boarding, saya memang langsung tak teringat untuk menghubungi agent atau Pak Supir.
Memang langsung tak teringat. MAMA dan PAPA pulak masing masing tak tahan nak ke ”toilet”. Tak sempat keluar dari balai ketibaan.
Risau jadinya sebab Handphone semua takde line. Tapi nak jadi rezeki tu, keluar dari balai ketibaan Airport Bandung - Bandara Husein Sastranegara, terus ternampak  seorang pak Supir dengan plate nama TUAN ZUL XXXXX BIN SAXXX. Terus senyum syukur.
Sebab ada teringat yg Agi beritahu kami akan ditunggu oleh Supir bersama plate yang ada nama. Kami terus menyapa beliau.
Mari kita namakan dia sebagai PAK DEDI.  PAK DEDI ni adalah orang yang dipertanggungjawapkan untuk membawa kami mejelajah seluruh Bandung ni.

Sampai-sampai terus rasa nak buang air kecil. PAK DEDI tunjukkan toilet luar dari kawasan ketibaan tapi masih dalam kawasan airport.
Toiletnya bersih tak macam toilet kita d Malaysia. Mungkin kerana baru di”renovate”kot atau sememangnya sentiasa bersih.

Apabila semua da bersedia, kami mula bergerak ke tempat parking kereta Beg roda 2 buah PAK DEDI yang bawakkan.
Masa ni da mula terik.



Kami mulakan perjalanan ke KAWAH PUTIH CIWIDEY.

Kawah Putih adalah sebuah tempat wisata di Jawa Barat yang terletak di kawasan Ciwidey. Kawah putih merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan, yang unik dari kawah ini adalah airnya kadang berubah warna. Kawah ini berada pada ketinggian +2090 m dpl dibawah puncak/titik tertinggi Gunung Patuha.




NI GAMBAR AGI WHATSAPP AKU BILA AKU TANYA TEMPAT MANDI...
SAMPAI HATI KAU AGIIIIII...

MAMA CHECK TEMPERATURE AIR TU... TAK PANAS PON... CUMA JANGAN MASUK DALAM TU..

NI KAMI YANG AJET AJET ARTIS, BERGAMBAR TUTUP MUKA.
TAKOT ORANG KENAL KAMI KATANYAAA..

SELFIE KAMI ANAK BERANAK. SEBAB RAMAI SANGAT UMAT KAT SINI, KAMI SELFIE KAT TANGGA.

Masa dalam perjalanan naik tadi, PAK DEDI ada tanya jika kami mahu singgah ladang teh yang terletak berdekatan Kawah Putih. Kami ni dalam mood berholiday, jadi kami terima je semua pelawaan PAK DEDI. Lawatan Ladang Teh ni tak ada dalam Pakej kami. Kami pon tak lama pon singgah, betul betul untuk ambil gambar saja.

MAMA PAPA MALAS DAH NAK TURUN KE BAWAH TU. SEBAB AGAK MENDAKI CERUNNYA. SEMENTARA TUNGGU KAMI TURUN KE BAWAH, ADA PENJUAL TEH  DATANG. PROMOT BARANG BARANG TEH. TAPI NASI BAIK KAMI TAK BELI, SEBAB RASA TEH DARI BANDUNG NI MEMANG TAK TERTELAN. LAIN MACAM. 

NI JE KENANGAN BEREMPAT KAT TEMPAT NI. 



Dalam perjalanan turun tu, PAK DEDI tanyakan sama ada kami mahu singgah tengok kebun strawberi. Kami cakap ya boleh je dah laluan yang sama, tetapi lawatan ini tidak termasuk didalam pakej kami. Disebabkan kami ni penggemar buah buahan, kami tak kisah utk bayar tiket masuk dan timbangan buah yang dipetik.
Strawberry disini tak sebanyak ladang di Cameron Highland Malaysia..
Cuma harganya murah berbanding d Malaysia..
Sekitar 100 ribu rupiah bersamaan dengan RM30+.
Kalau di Malaysia, paling kurang pon RM40-50 keatas bergantung pada musim.


Sampai di kebun ini.. kami terus bayar tiket masuk 10RIBU RUPIAH.

KEBUN STRAWBERRY PETIK SENDIRI MR. DEDE

OLEH SEBAB CUACA PANAS, KAMI DIBERIKAN TOPI MENGKUANG SORANG SATU.. 
MUKA EXCITED PETIK DAN MAKAN BUAH..  

NI BAKUL KAMI JER, TAK TERMASUK MAMA PUNYA.  
HARGA NI 37RIBU IDR.. SEHARI JE HABIS SEMUA NYA.  DASAR HANTU BUAH.. 


Seterusnya kami teruskan perjalanan ke bandar Bandung semua, tetapi sebelum tu kami akan singgah makan dahulu. Tempat yang Agi pilih untuk kami namanya SAUNG ANDIR.
Utk orang orang yang pertama kali mencuba masakan Orang Sunda, tempat ini pastinya akan meninggalkan seribu satu kenangan.
Manakan tidak, sajian lauk yang dihidang betul2 membuka selera kami.
Tempe goreng yang sangat mengkagumkan. Lembut sangat sangat. Begitu jugak dengan Tahu nya. Enakkkk Bangat. Di sini terdapat nasi liwet dan timbel, gurame gledek, ayam brengos dan ayam brengsek. Semuanya sedap sedap. Pedas kena dengan tekak kami.
Papa pesan 2 gelas juice Avocado, pertama kali rasa terus jatuh cinta seadaanya..

NI SIGNBOARD KEDAI SAUNG ANDIR, SAYANGNYA LUPA NAK SNAP KESELURUHAN GAMBARAN KEDAI. 
BAGUS TEMPAT DI BANDUNG SEMUANYA ADA MUSOLLA.
GAMBAR RUJUKAN SEMUA KORANG BOLEH DAPATKAN DI GOOGLE OKEY..
PERSEKITARAN MENARIK. NAK MAKAN BERSILA, MAKAN BERSIMPUH, MAKAN DUDUK DI KERUSI/ MAKAN KAT TINGKAT ATAS SEMUA ADA.

JUICE AVOCADO MEREKA LEBIH KURANG MACAM INI LA. AKU LUPA SNAP SEBAB TAK SEMPAT GAMBAR DA HABIS. NI JUICE AVOCADO YG AKU BUAT SENDIRI.


MAMA DENGAN GAYA SEDAP SEDAP SEDAPNYA..
PAPA CANDID SEBENARNYA


BHAHAHAH........ SENGAJA AKU LETAK GAMBAR MENU BESAR BESAR UNTUK KORANG LIHAT DAN TELAN AIR LIUR . AKU TENGOK GAMBAR NI AJA DAH TERLIUR DAN TERINGAT INGAT. SAMPAI RASA NAK PERGI SEKARANG PON ADA. 



Setelah siap siap makan, sebelum kami meneruskan perjalanan. Jam sudah menunjukkan pukul 1, Kami decide untuk solat siap siap di SAUNG ANDIR ni. Supaya senang hati berjalan apabila solat siap- siap dan  perjalanan kami mudah. Masa ni duit tak sentuh banyak berkurang sebab makan semua termasuk dalam pakej. 


Tempat seterusnya yang kami tuju adalah RUMAH KAIN. 


Rumah Kain Jalan Kopo terletak di tepi bandung arah ke Ciwidey. Sangat sesuai lah kami singgah di sini sebab kami memang baru balik dari Kawah Putih Ciwidey. Kalau orang yang pertama kali ke rumah kain ni, akan rasa susah nak cari rumah kain Sulam Bandung ni sebab rumah kain ni terletak di dalam taman perumahan dan  kedalam sikit. Sekali tengok memang tak sangka dalam kawasan perumahan ni boleh ada pusat jualan kain sulam murah, tapi tetap ramai pengunjungnya walaupon kedainya bukan tepi-tepi jalan. Rumah ni ada lebih kurang 3 - 4 Bahagian. Bahagian Kain sulam, Bahagian kain Lace a.k.a kain pengantin, bahagian kain telekong dan jugak stor nya.


MAMA beli Kain Sulam, Telekong dan baju basahan untuk cucu nya. PAPA belikan nenek Telekong untuk hadiah birthday Nenek yg ke 75 tahun. Siap papa tempah baju siap sehari lagi kat Rumah Kain ni. Punya nak sama kaler dengan kami. Harga murah gila rasanya.  175K IDR untuk tempahan 1 set baju melayu biase termasuk pakej hantar ke hotel. kurang dari RM60.  Ha kau.. mau nya tak bakal pengantin-pengantin Malaysia  tak datang sini untuk melaram. Mudah je kan. Pilih kain, pilih design  dan ukur badan untuk saiz, keesokkan harinya, tau tau dah sampai kat hotel. siap sarung  je. Mana nak dapat sepasang baju melayu dewasa upah jahit kurang dr RM60 sekarang ni...

Masa ni aku da tak larat dah, pening. keadaan diluar Rumah Kain pulak hujan gerimis.
aku decide untuk duk luar amik angin. Masa ni Suami aku dah duk luar siap2 sebab pening kepala dia ikut aku. Sebelum duit aku merosot, baik jika sekiranya aku beransur dari rumah kain ini.



AKU NI KALAU BELI BARANG TAK RETI BELI SATU. MESTI LEBIH.
YG INI AKU PILIH SEBAB HIJAU

YANG INI SEBEB PINK UNGU

YANG INI SEBAB MAMA MINAT WARNANYA. JADI AKU BELIKAN 2 SET, SATU MAMA SATU AKU. MAMA PULAK BELIKAN UNTUK MENANTU DIA.
JADI RAYA KAMI AKAN 3 ORANG  SAMA WARNA DAN CORAK.

YANG INI JUGAK AKU BELI 2 SET. SATU MAK, SATU AKU.



Destinasi seterusnya, CIBADUYUT LEATHER.

Terletak di Jalan Cibaduyut, ianya terletak di bandar bandung di kawasan selatan bandung.  sepanjangnya terdapat beratus bahkan beribu tukang kasut dan sandal yang menjadikan jalan ini sebagai tempat pelancongan.  Kualiti barangan kulit disini agak bagus dan harganya juga bole tahan.
Kalau murah tu katanya bukan asal dari bandung, mungkin jugak dari tempat lain. Tempat ini pertama kali dirasmikan pada tahun 1989 oleh Prisiden Soeharto sebagai tempat pelancongan.

Kat sini betul betul terlupa nak ambil gambar.
level paling bawah ada segala macam jenis barangan kulit.
KASUT, WALLET, BEG, dan pelbagai aksesori pakaian.


cibaduyut bandung
GAMBAR IHSAN DARI BLOG AGI

cibaduyut bandung
GAMBAR IHSAN DARI BLOG AGI




Destinasi seterusnya dan terakhir untuk hari pertama ni 5 November 2016, Makan sebelum terus check in ke hotel.

Kami makan kat kedai yang kami terlupa take note namanya. Rasanya masih bertemakan makanan orang orang SUNDA. Menunya seperti dalam gambar.  Ayam Kampung boleh dipilih antara Panggang atau Goreng. Sudah tentu kami pilih Panggang. Sup sayur mgkin yang dalam mangkuk tu, campuran sayuran, beberapa jenis ulam, telur dadar, tauhu goreng, sambal, kangkung tumis cili. Untuk makluman, makan malam ini termasuk juga dalam pakej kami.



Menu di order oleh PAK DEDI, jadi kami cuma perlu duduk dan tunggu. Masa menunggu, kami didatangi oleh penjual barang kesihatan. Kami Dijamukan dengan air lemon berkhasiat, campuran stevia & beberapa ramuan. Setelah di Promosi, mama bersetuju membeli dengan Harga IDR140k kalau tak silap. Aku pulak beli Roll On minyak Angin & aromaterapi.

Bagi aku menu & rase di restoran ni cuma so so je la.. tak sesedap SAUNG ANDIR
cewahhh..nak jugak!!!

Masa nak masuk dalam restoran ni, aku da terpandang buah salak. Dari awal kan aku dah bagitahu, aku ni hantu buah.  Tambah tambah buah cam ni. Aku da niat, aku akan beli walaupon sebungkus.
So, bila keluar dari kedai tu, aku saja saja buat tanya harga sebungkus ( yg aku anggar 1kilo + beratnya). Penjual tu jawap IDR40k, aku mintak  kurang, dia kata da murah kak.. siang tadi jual IDR50k. haha.. kiraan harga malaysia dalam RM13 ringgit. Dimana aku rasa agak mahal walhal buah tu memang berasal dari Indonesia.

Aku bagi kata dua kat dia..aku nak sebungkus IDR30k. kalau tak dapat tak per la.. aku takkan memaksa.. Tapi tak sangka, terus dapat. Aku bayar dan terus ke kereta tanpa perlu ambil beg plastik.
Dalam kereta aku dah start makan buah tu. Sampai kat Hotel, buah tinggal 6 biji je.. tu pon nasib mama ambil masuk ke bilik dia..

Lepas tu terus PAK DEDI pandu kami pulang ke hotel. Sampai di perkarangan hotel, PAK DEDI terus uruskan urusan kemasukan kami dan berikan kami pilihan untuk katil double single atau queen.
oleh kerana aku ni suka tido berkepit, maka aku pilih katil queen.

HOTEL HYPER INN, BANDUNG.

Hotel ni hotel 2 bintang. Terletak di Paskal Hyper Square dan sangat starategi kerana berada ditengah bandar Bandung, berdekatan dengan pasar baru, dan hanya 10 minit ke Airport Bandung. Berkonsepkan hotel budjet tetapi mempunyai breakfast. Dilengkapi AC, TV, Private bilik air + Shower sejuk panas, air mineral dan juga meja serta kerusi.

Komen aku : Bilik dan peralatan okey, cuma aku tidak gembira sebab bilik kami dapat lantai bilik air nya agak kotor seperti berlumut. Makan sarapan kalau lambat, agak kurang pilihan.


Hari Kedua


Mama dan Pada sudah siap seawal jam 6. Kata PAK DEDI sarapan adalah pada jam 7. sebab tak alert dan lupa nak bertanya. Jadi kami ni pon turun jam 8 waktu malaysia. padahal sepatotnya jam 6  turun..  hahh.. bile turun komfom komfom la tunggu pelayan topup makanan..

Menu sarapan pagi pulak standard seperti hotel 2 bintang yang lain. Mee indomee, Nasi goreng, Nasi lemak  Sayur goreng, sosej, Kari , Bubur nasi, Buah  Roti bakar. kat sini la kami rasa minum air kopi yang sangat sedap dan terus menyimpan hasrat untuk beli kopi seperti ini. mereka cuma ada air kopi sahaja untuk pilihan sarapan pagi.

Masa tengah sarapan, aku dah terpandang orang jual jual kat luar hotel ni. dah tentu tentu la aku akan keluar tengok. memang style penduduk disini, mereka akan menjual sebegini diluar perkarangan Hotel. Lagi lagi bila nampak ada bus depan hotel.  Aku yang rambang mata ni beli t-shirt, tali pinggang, wallet. Husb aku beli yg sama dan juga seliper. Papa beli cincin batu dan pen berukir untuk adik2 lelaki dia.

AKU BELI 4 TALI PINGGANG, WALHAL PINGGANG ADA 1 JER. KIKKIKI.
SEMUANYA DIPERBUAT DARIPADA KULIT KAMBING. 
BETUL ATAU TIDAK AKU TAK PASTI, TAPI DIA ADA BAKAR GUNA LIGHTER DAN TAK  TERBAKAR MALAH TAK TINGGAL APA APA KESAN. 

WALLET NI PON SAMA, 3 AKU....1 HUSB AKU... DUITNYA TETAP SAMA...
GAMBAR LAIN2 DA TAKDE, SEBAB AKU DA BAGI PADA ORANG. 



So selepas selesai bersarapan & shopping depan hotel, kami naik semula keatas dan menunggu dibilik.  Sebab dah janji dengan PAK DEDI untuk mulakan perjalanan Jam 9. Tempat pertama dalam list adalah PASAR BARU yang hanya memulakan operasinya pada jam 9 pagi waktu tempatan.

PAK DEDI sampai awal pada jam 8.30 pagi.
so kami pon terus bergerak ke PASAR BARU TRADE CENTRE.
Dalam perjalanan, PAK DEDI informkan pada kami yang shopping kami akan dibantu oleh karyawan AGI, namanya TONO. Tugas TONO ni, dia akan bawakkan kita kepada kedai2 yang murah yang mengikut barang yang kita request. TONO ni juga akan tolong kita bawak semua barang yang kita beli.
Makna kata, kita betul betul seronok bershopping tanpa perlu bawak barang barang kita.  Di PASAR BARU ni, kami beli kain batik, kain pelikat, baju batik, baju tidur batik, telekong, t-shirt budak, baju budak, kurta PAPA, kain pasang, key chain, fridge magnet, handbag, beg budak budak , kasut sukan dan macam macam lagi.

Betul betul heaven shopping kat sini. Duit pun cepat surut. Tapi tak risau sebab dalam ni ada money changers yang murah. Masa yang diperuntukkan 3 jam tak cukup sebab kami habis shopping sekitar jam 2, iaitu sekitar 5jam. Nampak tak cara kami nikmati?

Terdapat Musolla di tingkat yang paling atas. Kami ambil keputusan untuk solat siap Selesai Solat, TONO bawa kami tengok tengok TANGKUBAN PERAHU dari atas PASAR BARU.
Disebabkan kami nak save duit dan masa, kami decide untuk tidak pergi. Bukan apa, nak ke sana makan masa 3 jam.

KISAH TANGKUBAN PERAHU YANG DIBUAT TUGU DI PASAR BARU.
NI DARI TEMPAT NI KITA BOLEH YANG NAMPAK TANGKUBAN PERAHU TU, TAPI KURANG BERNASIB BAIK SEBAB CUACA BERKABUS, PANDANGAN TERHALANG DAN TAK SAMPAI KE TANGKUBAN PERAHU. 


Usai solat dan menikmati permandangan. Kami turun dan terus ke kereta. Sebelum berpisah, sempat kami mengucapkan terima kasih kepada TONO atas perkhidmatannya. dan memberikan sedikit sumbangan untuk anak beliau.

Perjalanan diteruskan lagi. Tempat kedua untuk hari kedua adalah TOKO TIGA,D’FASHION,PASAR KOSAMBI. AGI susun begini sebab tempat ni sehaluan. Mula dengan PASAR KOSAMBI. Pasar ni aku yang mintak ditambahkan dalam list. Nak tau sebab apa?  KACANG BANDUNG la penyebabnya. memang sedap dan tak rugi beli. Bawa untuk kawan office, semua kata sedap.

Sekilo Harga IDR45k ke IDR50k tah kalau tak silap. Terkilan jugak sebab kami cuma beli, 2 3  kilo sahaja. Kat sana jer da habis setengah kilo. Masa kat Pasar ni, ada terjumpa kawan se Malaysia tengah borong 10 kilo kacang ni.

Selesai shopping kacang, mama tiba tiba teringin nak beli buah mangga. Di sekitar kawasan Pasar ni, terdapat banyak penjual buah mangga Harusmanis. but of course, tak seperti Harumanis yang perlis punya. Cuma harga je sangat murah dari Harumanis Perlis. beza dkt RM25.

Kami teruskan perjalanan ke TOKO TIGA dan tidak berhasrat untuk ke D'FASHION.
TOKO TIGA ni tempat jualan pakaian branded seperti  jeans. Oleh sebab kami berdua da shopping seluar jeans sebelum ni, jadinya kami cuma tengok tengok je. Papa beli 2 helai T-shirt untuk dipakai di Bandung.


SATU JE GAMBAR SEMPAT SNAP, YANG LAIN LAIN SEDANG LEKA. 
DESIGN DALAM KEDAI NI MEMANG INDAH.

NI LAGI SATU, SIAP ADA AIR TOJUNNNN...


Siap siap semua, kami teruskan perjalanan ke tiga iaitu ambil gambar di TRANSTUDIO BANDUNG.
dalam perjalanan tu, kami singgah kat D'PARFUM sebab ada salah satu outletnya yang terletak satu jalan dengan TRANSTUDIO BANDUNG.


D'PARFUM ni adalah kedai parfum olahan dimana ianya dibancuh mengikut permintaan pelanggan. Ada beratus ratus bau dan jenama. Kita tinggal pilih bau dan kuantiti sahaja. Selepas pilih, pekerja kedai akan bancuhkan. Harganya mampu milik dan berbaloi dengan penggunaannya. Cuma kami tak bole beli banyak banyak untuk naik flight. Ramai juga buyer dari Malaysia borong dan jual balik. Pengeposan melalui jalan air ( kapal laut ) juga bole diuruskan.

Nah, kita belanja gambar banyak kat D'PARFUM ni..


BERATUS JENIS BAHKAN BERIBU

BOTOL KOSONG DIPILIH MENGIKUT KUANTITI
SAIZ BERBEZA MENGIKUT KUANTITI. 

HASIL YANG TERPILIH. SORANG SEBOTOL

BOLEH PILIH DARI SENARAI LIST

MASUKKAN PATI 

TAMBAH ALCOHOL



TUANG SAMPAI LICIN


SEBELUM KEPALA SPRAY DIPASANG

HA..SIAP PAKAIKAN PENUTUP.


Masing masing dapat sorang sebotol. Siap bayar dan bungkus, teruskan perjalanan ke Transtudio.
Perjalanan kali ni memang semata mata untuk bergambar je. Kekangan masa. Paling tidak pon perlukan separuh hari untuk explore taman tema tu. Kena pulak datang hari minggu, tiket masuk agak mahal. tak berbaloi masuk tanpa menghabiskan kesemuanya. Jadi bergambar la kami disini. Kami tak habis pusing sebab mall ni terlalu besar.

TRANSTUDIO BANDUNG





PHOTOG BY PAPA

DEPAN PINTU MASUK

SEBAB ORANG ORANG SINI TAK FRIENDLY, KAMI TERPAKSA SELFIE

ME WITH HIM, ACAH ACAH EIFFEL TOWER. 

GAMBAR NI SEPATOTNYA CANTIK BERLATARBELAKANGKAN SEEKOR DINASOR.
TAPI SAYANGNYA GAMBAR YANG DITANGKAP OLEH PEREMPUAN ARAB NI DAH CROP KEPALA DINASOR TU.


Cukup setakat ini sahaja penggambaran di Transtudio.,.Cewahhh..


Seterusnya kami ke Factory Outlet Jalan Riau.

Disepanjang Jalan Riau ni terdapat pelbagai otlet dengan pelbagai jenama. Diantaranya adalah Heritage, Terminal Tas, Secret,  Calamus, Episode, Stamp, The Summit, For Men dan banyak lagi. Disebabkan cuaca hujan, kami cuma bergerak dikawasan yang berdekatan saja. Mama beli Baju Muhammad Hud kat salah 1 FO ni.

Gambar? Korang check la dalam web. Masa ni aku malas nak bawak kua HP sebab kusyuk layan si dia pilih Perfume. Kami stop shopping pon selepas hujan da mula lebat.
Seharian ni memang penat berjalan. Nasib baik hari sebelumnya dah rehat sepenuhnya.

Kami decide untuk pulang dulu dan persiapkan diri dengan solat, baru keluar semula untuk menikmati makan malam.

Kami siap siap mandi dan solat. Macam biasa, PAK DEDI tunggu dilobi hotel.
Turun turun nampak dia senyum simpul. Bermakna da ready to go la tu. Masuk kereta dia tanya untuk makan masakan padang.

Kami tiada pilihan dan tak pasti masakan padang tu mcm mana. Jadi kami accept je.

SENGAJA AKU TERBALIKAN GAMBAR UNTUK BAGI RUANG PADA SEMUA MAKANAN MASUK DAN MENUNJUKKAN DIRI MASIN MASING.
TERDAPAT LEBIH DARIPADA 12 JENIS LAUK DIHIDANGKAN . YANG KAMI HANYA MAKAN CUMA TAK LEBIH DR 7 HIDANGAN. 


Siap makan, kami besedia untuk beredar. Sebelum terlupa, masakan padang ini juga termasuk dalam pakej.
PAK DEDI sudah ready dikereta. Kami da kekenyangan dan merasa sesuai sangat untuk balik berehat dan tidur.

Ingatkan perjalanan terus balik, tapi rupanya singgah MURTABAK SAN FRANCISCO ( MSF ).
Puas sangat beratur untuk dapatkan. First time datang, jadi terpaksa la cuba jugak jugak.
Tak terungkap dengan kata kata, jadi korang tengok la gambar ni.


KAMI BELI MURTABAK AYAM, SIAP DALAM KOTAK ( GAMBAR HIASAN )

NI HA GAMBAR KENANGAN KAMI, SEMENTARA MENUNGGU NUMBER GILIRAN DIPANGGIL.

Lepas beli terus gerak balik ke hotel, dalam perjalanan memang semerbak harum bau murtabak dalam kereta. Walaupon baru lepas makan, memang terasa lapar apabila terbau MSF ni.
Tak rugi mencuba. Murtabak sapi harganya sekitar 90k IDR.

Teruskan perjalanan pulang ke hotel.


HARI KETIGA


Seperti hari kedua selepas sarapan, aku terus tercari cari penjual jalanan diluar hotel. Tujuannya untuk cari barang barang yang lebih murah. Kali ni aku cuma beli keychain 30 biji, Tshirt budak 2 Tshirt dewasa 2. Terjumpa si penjual barangan Kulit yg sama dengan semalam. Papa beli beg silang daripada penjual bernama UDIN.

Kami teruskan perjalanan ke Selatan bandung - Daerah Desa Ciater, Wilayah Kecamatan Jl Cagak  iaitu KOLAM AIR PANAS SARI ATER . Perjalanan dari hotel memakan masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sini dan terletak tidak jauh dari Wisata Tangkuban Perahu. Permandangan memang cantik apabila menghampiri ke kawasan ni. menuyusuri bukit dan hutan pine tertua, permandangan ladang sayur dan buahan, permandangan ladang teh dan sebagainya. betul betul mendamaikan.
Cuaca agak redup.

HUTAN PINE

Sesampainya kami ke KOLAM AIR PANAS SARI ATER, PAK DEDI belikan tiket masuk da parking. Ini juga termasuk dalam pakej. Tiket  masuk diserahkan kepada kami untuk kami jalan sendiri ke dalam tanpa PAK DEDI.

Disebabkan kami sampai awal dan kebetulan pada hari bekerja, maka keadaan dalam KOLAM AIR PANAS SARI ATER agak lengang.  Tak ramai tetamu. Maka kami dapat lihat begitu ramai tukang urut tukang urut berkeliaran mencari pelanggan.

Air Panas di KOLAM AIR PANAS SARI ATER ini mengalir dari sebuah sumber dari kawah aktif yang menjadi lagenda di tempat tersebut. Terdapat beberapa buah kolam yang berlainan saiz dan juga berlainan suhu. Kita juga bole mendapatkan kolam air panas private tetapi hendaklah membeli extra ticket masuk di setiap kolam2 tersebut.

Bagi kami, kami cuma ambil kolam yang free yang telah PAK DEDI persiapkan. Itu je sudah mencukupi kerana kami tak mandi pon, hanya celup celup kaki dan urut kaki sahaja.

Jum layan beberapa gambar,
MAMA DIKOLAM TERBESAR

KAMI BERDUA BERGAMBAR DIDEPAN KOLAM REKRIASI, KOLAM YANG AGAK BESAR DAN CETEK.

POSING MENGADA DARI ADINDA KEPADA KANDA

LAYAN DIRI SORANG SORANG CELUP KAKI

OUR PARENT

4 OF US

LAGI POSING MENGADA

TERMENUNG AKU MENUNGGU DEPA BERDUA DIURUT

Tukang urut ni semua kerja bergajikan komisen sahaja. kalau tak ramai maka tak banyak la komisen dorang. Urutnya pon murah sangat. 30 minit 45K IDR.


Teruskan lagi perjalanan ke Floating Market Lembang. (Jl. Grand Hotel No. 33 E Lembang)

Floating Market adalah sebuah pasar atau tempat menjual beli, ianya istimewa sebab transaksi jualbeli dilakukan diatasperahu/bot yang terapung. Tiket masuk Floating Market Lembang ini 15K IDR dan Parking sebanyak 5K IDR. tetapi jangan risau sebab tiket ini bole ditukarkan kepada secawan minuman mengikut selera kita. satu tiket untuk satu minuman.

Masuk kedalam kawasan ini begitu mengasyikkan, mana tak nya, landskap cantik sangat. Kawasan dan tandas bersih. Tak risau lapar atau dahaga sebab bole dapat macam macam jenis makanan. Kita hanya perlu tukarkan duit kepada token utk membuat sebarang pembelian.

Disebabkan kami target untuk makan tengah hari di Kampung Daun, jadi kami limitkan pembelian.
Cuma beli makanan yang betul betul kami teringin iaitu rojaknya.. Memang sedap memang marbeles. ahah. Gambar takde sebab terlupa nak snap. tau tau je tinggal lidi. Air kami tukar ikot selesa sendiri dan masing masing.

Jum layan Gambar lagi...



TARAAAAA...




NAMPAK TAK  PEDAGANG PEDAGANG DAN PERAHU PERAHU 



DALAM NI MACAM2 HIASAN ADA. TAK LUPA JUGAKK ADA TAMAN ARNAB.

WALK WALK WALK, SEBELUM SAMPAI KE AREA DAGANGAN

GOOOD.... SEJAK PANDAI SELFIE BEREMPAT

SAYUR BELAKANG TU MACAM REAL TAW. TENGOK DURIAN DIA..SEBIJIKKKK ORIGINAL VERSION


ADA MACAM MACAM POKOK, DISELANG SELI DENGAN PETAK PETAK PADI

ADA KEBUN BUAH LEMON 

LEBAT GILAAAA BUAHNYA

Teruskan lagi perjalanan, seperti yang dijanjikan... KAMPUNG DAUN.

Masih lagi di daerah Jawa barat. Kampung daun merupakan salah satu tempat makan yang sangat mempersona. Ianya terletak di Lembang-Kabupaten Bandung.

Jika kita masuk dalam kawasan KAMPUNG DAUN menhikut pintu gerbang, kita dapat lihat ramai peniaga dan pemain- pemain muzik Gamelan.  Kawasan ini dikeliligi seperti gunung dan suasana menghijau serta sejuk. Memang tenag dan best gila...

Kita cuma perlu masuk dan pilih pondok (orang sini panggil saung). ketuk buloh untuk panggil pelayan. sungguh nostalgik...


Keadaan Sekitar Wisata Kampung Daun Bandung 
Jika kita memasuki Kampung Daun di depan pintu gerbang kita akan disambut dengan ramainya para penjual souvenir dan juga makanan cemilan. Setelah masuk kedalam beberapa meter para pengunjung akan disuguhkan dengan pemandangan yang asri dengan pepohonan sehingga kondisi sekitar Kampung Daun menjadi sangat sejuk.

Disekeliling pepohonan hijau juga dibangun saung-saung tempat khusus untuk kita duduk sambil menikmati makanan yang kita pesan. Suasana malam hari di Kampung Daun akan terlihat lebih indah karena menggunakan lampu berwarna kuning dan sebagian sengaja menggunakan obor. Sekian Informasi Wisata dan Kuliner di Kampung Daun Bandung semoga bisa bermamfaat untuk para pembaca. Selamat berwisata....

Menu Makanan di Tempat Wisata Kampung Daun 

Kampung Daun menyajikan berbagai jenis makanan baik makanan tradisional khas indonesia dan juga makanan dari mancanegara. Akan tetapi karena suasana lokasi yang sangat kental akan budaya sunda maka menu makanan yang paling di favoritkan oleh para pengunjung Kampung Daun yaitu makanan khas Sunda seperti Nasi Liwet, Nasi Tutug Oncom, dan makanan sunda lainnya. Jika anda tidak menyukai makanan sunda masih banyak menu makanan umum lainnya seperti nasi goreng, mie tek-tek, aneka macam baso, iga bakar, sampai aneka macam seafood pun ada. Kalau ditotalkan semua menu yang ada di Kampung Daun bisa mencapai hampir 100 macam menu. Untuk sajian makanan dari mancanegara ada spagetti, pizza, beef barbeque, dan masih banyak lainnya. Selain makanan di Kampung Daun juga disediakan berbagai macam minuman , minuman tradisional pun ada seperti ronde, bajigur, es cendol dan lainnya. Kalau bicara soal harga makanan dan minumannya berkisar dari Rp 10.000 sampai dengan Rp 100.000 tergantung menu apa yang anda pilih.

































bersambung, korang layang la gambar sebelum aku teruskan bercerota nanti.