make it simple and nice!

Thursday, November 24, 2016

PENGALAMAN MELANCONG KE BANDUNG NOV 2016 - part 2

Assalamualaikum wbt..

Part 2..

PERINGATAN : AKU AKAN SAMBUNG DARI MASA KE MASA POSTING NI ATAS SEBAB KEKANGAN MASA DAN IDEA

Perkara perkara yang perlu anda buat sebelum.. semasa.. selepas.. jika melancong ke Bandung, Indonesi.

1. Tukar duit IDR siap siap diMalaysia kerana ianya lebih murah.
- Oct hingga Nov 2016 kadarnya lebih kurang RM325-326 bagi setiap 1JUTA IDR.
- Jika sekiranya korang terpaksa juga tukar disana. Aku suggest Money changer di dalam Pasar baru. Kalau tak silap aku terletak kat tingkat 3, betul2 dipintu masuk keluar parking aras 3. Money changer ni ambil RM330 untuk setiap 1 Juta. Dan dapat aku sahkan ianya adalah lebih murah berbanding tempat lain.



PT UNTUNG PRIMA YANG TERLETAK KAT TINGKAT 3 PASAR BARU LEBIH MURAH.

DOLARASIA MONEY CHANGER  PON MASIH BOLEH TAHAN, LEBIH RM 1 - 5 DARIPADA PASAR BARU MONEY CHANGER





2. Jika anda seorang kaki shopping, aku nasihatkan korang aktifkan pengeluaran antarabangsa. Kat sana ada maybank dan cimb jgk, merata jugak la ada. Cumanya setiap pengeluaran akan dicaj oleh pihak bank.  Depan hotel aku yg kedua pon ada 1 bangunan Maybank.
NAMPAK TAK ? SAMA JE DENGAN MAYBANK KAT MALAYSIA


3. Simkad.
-  Sudah menjadi lumrah orang sekarang, tak boleh nk move on tanpa internet kan? So aku cadangkan korang mintaknpak supir korang yg tunjukkan kedai.
Cadangan pilihan simkad aku sudah tentulah SIMPATI. MURAH DAN QUOTA BESAR DAN JUGAK LAJU. Ha, nampak tak aku promot mcm mana?
Nak tengok macam mana Simkadnya? Ni ha!!

Murah gila..
IDR68K untuk 12GB Okey?
Bersamaan dengan RM23 je weh..
Download macam macam pon masih tinggal 9GB lagi



4. Ubat
- Kita mungkin tak biasa untuk telan ubatan seperti dorang.
Kita biasanya pilih panadol kalau demam, tapi dorang lebih suka ubat paket3.
Oleh yang sedemikian, korang dinasihatkan bawak ubat sendiri. Ubat cirit, panadol, minyak angin, vick dan lain2. Cuaca tak sama dengan Malaysia. Lagipon kita akan cepat sakit kepala bila duit kita habis semasa bershoping.. ekekkeke..

5. Kira kira convert antara MYR dan IDR
- Sebenarnya benda ni simple dan mudah. Paling senang untuk tau berapa nilai duit kita dan mereka adalah kita takpayah ambil 3 digit belakang (atau ganti dengan k) dan bahagi kepada 3. RM1 duit kita bersamaan 3000 duit dia (3k).
- Contoh : IDR 65k duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang RM22 kita.
- Contoh : IDR 285K duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang RM95 kita.
- Contoh : IDR 2K duit dia. Bahagi 3.. lebih kurang 60sen duit kita. ( biasanya harga masuk tandas dan jaga parking jalan).

6. Beza masa 1jam antara Malaysia dengan Indonesia. Mereka Lewat Sejam dari kita.  Tapi perlu diingati, hanya waktu sahaja beza sejam, tapi tidak waktu solat. Contohnya : Subuh di Malaysia 5.45AM ( waktu sana 6.45AM ) ,tapi  jika  anda ingin menunaikan solat disana anda perlu set jam Malaysia anda kepada 4.30AM ( waktu sana 5.30AM).


7. Tempat wajib pergi
-RUMAH KAIN
-JALAN CIBADUYUT
-PASAR BARU
-PASAR KOSAMBI - KACANG
-FACTORY OUTLET JALAN RIAU
-COLLECTOR PARFUM
-WIN PARFUM
-SARIATER HOTSPRING
-FARMHOUSE
-FLOATING MARKET
-KAMPUNG DAUN
-RUMAH MODE
-KARTIKA SARY PASTRY
-AMANDA PASTRY
-TOKO TIGA
-D'FASHION
-KAWAH PUTIH
-TANGKUBAN PERAHU
-TRANSTUDIO
-STRAWBERRY FARM
-LADANG TEH
-DUSUN BAMBO
-RUMAH SOSEJ
-D' RANCH
DAN BANYAK LAGI.. DUDUK SEMINGGU LA KALAU NAK LAWAT SEMUA TEMPAT NI

8. Universal adaptor perlu diabawa untuk caj HP atau camera. Plug disana membulat dan terbenam. Malahan tiada suis untuk ditekan. Hakak pinjam jer dari Bob fiza. huhuhu.. Kes nak menjimat.

9. Beg kosong diperlukan untuk anda yang suka shopping. Bukannya disana tiada menjual beg, tetapi lebih baik kita bersedia. Buat apa membazir jika sudah ada. Baik guna untuk beli buah tangan atau key chain.

10. Peruntukkan sedikit Duit Indonesia untuk sedekah. Terkadang, ada ada waktu akan terdapat anak kecil minta sedekah di jalanan bahkan di tengah2 jalan yang sesak. Kesian melihat mereka. Jika terderak hati kamu untuk sedekah, lakukan la. Mereka memang betul betul memerlukan. Ada jugak anak anak yang menjual tissue. Saya tak sampai hati nak ambil tissue jualan dia. Cukup sekadar saya letakkan sedikit buatnya.



11. Keratan Imigresen
 - Masa dalam Flight nanti korang akan diberikan 1 borang Masuk indonesia. Korang boleh rujuk gambar dibawah untuk baca apa isi kandungan borang tersebut. Didalamnya juga ada larangan larangan yang perlu dipatuhi serta limit limit yang dibenarkan. Korang isi borang tersebut siap siap masa dalam Flight, nanti senang bila nak turun. Hanya Q dikaunter Imigresen dan serahkan borang semasa di Kaunter Scanning.

MUKA BELAKANG YANG PERLU KITA ISIKAN.

MUKA DEPAN YANG MENERANGKAN


12. Baju tak payah banyak
- Bagi orang yang tak cerewet, tak perlu la bawak banyak baju. Semuanya bole dibeli baru. Ianya memudah dan menjimatkan. Baju murah ada, baju mahal ada. terpulang pada selera. Tujuannya adalah supaya kita bole bawak lebih banyak barang balik dan berikan lebih ruang untuk barang tersebut.

13. Hati hati dengan penyeluk saku. Sebenarnya kat mana mana pon ada Penyelok saku. Tapi kalau di Bandung, anda perlu berhati2 apabila berada di Pasar baru. Disebabkan tempat ni popular dan murah, Maka tempat ini menjadi tumpuan orang ramai dan terlalu ramai orang dalam satu satu masa tambahan diwaktu kemuncak Sabtu dan Ahad. Jadi jangan sandang beg dibelakang dan elakkan juga daripada membawa handbag.

14. Stokin dan baju sejuk perlu dibawa bagi orang yang tidak boleh tahan sejuk. Ini kerana cuaca Di Bandung adalah sejuk dan Kering. Walaupon berjalan jauh pun, sudah untuk kita berpeluh. Bawak juga pakaian dalam secukupnya.

15. Kalau korang bershopping diawal pagi, kebiasaannya peniaga akan berikan harga PECAH TELUR atau HARGA MATI. Dimana kalau korang belum dengar perkataan n, selagi itu la korang masih boleh tawar menawar.

16. Peniaga Jalanan kebiasaannya akan ada dihadapan sesebuah hotel, tambahan pulak kalau mereka nampak ada bus di hotel tersebut. Anda masih juga bole membeli dari dorang ni. Dorang lagi murah kadang kadang. Contohnya keychain : Dekat Pasar baru IDR25k 1 jambak (10 pcs), dekat depan hotel boleh dapat IDR50k 3 jambak (30pcs)


Itu saja untuk hari ni, kalau ada teringat lagi. aku akan cuba sambung.

Tata..

Love




No comments:

Post a Comment