Hai Assalamualaikum WBT..
Hari ni hari Positif bagi diriku...
Ceritaku.....
Setelah hampir 6 bulan ( bermula bulan March 2017 )
berulang alik, turun naik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Akhirnya, 9
September 2017 aku diberikan tarikh “lamaran” dan peluang untuk menjalani IUI
pertamaku...
Latar Belakang Procedure :
Setelah menjalani kesemua ujian saringan kesihatan
berkaitan kesuburan untuk suami dan isteri, akhirnya Pakar memberitahu akan
beri peluang untuk kami start IUI. Berikut adalah rentetan :
25th Aug 2017 – Period hari pertama,
Telephone Klinik untuk temujanji TVS
26th Aug 2017 – Start Makan Clomid
6th Sept 2017 – TVS Scan untuk
mengesan dan mengukur saiz telur isteri. 10malam inject Gonadotrophin Chorionic
di klinik swasta. Katanya ini untuk proses telur menetas.. EH.. mcm ayam plak..
8th Sept 2017 – IUI procedure : 9.15AM
Suami mengeluarkan benih, benih diSpin untuk saringan. 11.45AM Procedure
bermula dan tamat kira-kira 20 minit.
25th Sept 2017 – Period Turun
menandakan bukan rezekiku, dan IUI tidak Berjaya.. KEEP POSITIVE!
INFO berkaitan IUI
IntraUterine Insemination – IUI -
Petikan dari Blog Doctor Sharifah
Apakah IUI dan bagaimana ia
berfungsi?
Sesetengah pasangan mengalami
masalah untuk hamil dan telah mencuba berbagai kaedah untuk mengandung.
Pasangan ini memerlukan bantuan untuk hamil. Satu dari kaedah atau pilihan
rawatan yang mungkin dicadangkan oleh doktor ialah kaedah IUI. Kaedah ini melibatkan
prosedur makmal untuk memisahkan sperma bergerak pantas dari sperma lebih
perlahan atau tidak bergerak. Sperma yang bergerak pantas kemudiannya
disalur-masuk terus ke dalam rahim wanita melalui satu catheter halus melepasi
pintu rahim atau serviks pada masa ovulasi hampir berlaku.
Siapakah yang sesuai untuk menjalani kaedah IUI?
Doktor akan mencadangkan kaedah IUI jika :
1. terdapat kemandulan yang tidak dapat
dijelaskan (unexplained infertility)
2. tiada masalah ovulasi – telur sihat berkembang tanpa ubat atau dengan ubat subur
2. tiada masalah ovulasi – telur sihat berkembang tanpa ubat atau dengan ubat subur
3. pasangan
lelaki anda mengalami mati pucuk atau ejakulasi pra-matang
4. Sperma lelaki tidak terlalu bermasalah (terlalu
kurang atau rendah kualiti)
Syarat syarat kaedah IUI
Satu dari syarat utama sebelum kaedah IUI dicadangkan,
wanita itu wajib mempunyai salur fallopion ayng sihat dan tidak tersumbat.
Ujian patensi tiub harus dilakukan dan ia akan menentukan status patensi salur
fallopian. Patensi tiub fallopian boleh dinilai dan ditentukan oleh tiga jenis
ujian iaitu:
1. Hysterosalphingogram
(HCG): Ujian Xray dimana dye contrast di suntik masuk kedalam rahim melalui
vagina dan Xray akan diambil pada masa yang sama. Pemandangan Xray akan
menunjukkkan samaada aliran dye tadi dapat melalui salur fallopian dan
keluar ke dalam abdomen dengan cepat. Ujian ini juga boleh menentukan sama
bentuk dalaman rahim itu normal atau tidak dan boleh mengesan ‘polyp’ didalam
rahim
2. Hysterosonogram: Ujian
ini menggunakan cecair atau bendalir yang di suntik terus kedalam rahim dan
menggunakan ultrasound untuk mengkaji pergerakkan bendalir didalam rahim
3. Diagnostic laparoscopy
& dye: Dengan laparoskopi, pemandangan terus pelvis boleh diperolehi
dengan memasukkan teleskop ke dalam abdomen.
Apabila pelvis dan tiub sihat, dye atau bendalir yang
disuntik kedalam rahim bebas secara spontan melalui kedua-dua saluran. Tidak
patut ada gangguan yang mungkin menghalang telur daripada mendapat akses kepada
tiub terus ke ovari atau dari ovari balik kedalam rahim.
Bagaimanakah kaedah IUI dijalankan?
1. Peringkat persediaan telur (wanita)
IUI boleh dilakukan samada bersama sama dengan
penggunaan ubat kesuburan untuk meningkatkan pengeluaran telur atau tidak.
Biasanya doktor pakar akan menggunakan ubat kesuburan seperti Clomiphene
Citrate atau suntikan Follicle Stimulating hormone (FSH). Antara risiko
penggunaan ubat ini adalah mengandung lebih dari satu, dan syndrome
superovulasi ovari (Ovarian hyperstimulation syndrome).
Sebagi langkah persediaan, ubat subur akan diberikan
bermula dari hari kedua haid sehingga hari ke tujuh atau kadang kadang hingga
hari kesepuluh begantung kepada respon. Ujian ultrasound untuk mengikuti
perkembangan telur akan dibuat setiap hari bermula pada hari ke 10 atau ke 12.
Apabila telur telah membesar sehingga lebih dari 1.8 cm, suntikkan LH (OVidrel)
atau hCG akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Wanita itu bersedia untuk
kaedah IUI selepas 36-40 jam dari suntikkan tadi.
2. Penyediaan Sperma (lelaki)
Langkah 1. Anda akan
diminta untuk menghasilkan sampel sperma pada harirawatan
IUI berlaku.
Langkah 2. Sperma akan dibasuh untuk
membuang cecair di sekeliling mereka dan sperma yang
berkembang pesat dipisahkan keluar.
Langkah 3. Sperma yang pantas
bergerak diletakkan di dalam tiub kecil (tiub) dan telah sedia
untuk dimasukkan ke dalam rahim.
3. Proses IUI
Langkah 1: Alat spekulum (alat
khas untuk membuka dinding faraj) akan dimasukkan kedalam faraj untuk
membolehkan serviks atau pintu rahim dilihat dengan jelas.
Langkah 2. Satu tiub kecil
(lembut, tiub fleksibel, tomcat catheter) kemudiannya dimasukkan ke dalam
rahim anda melalui serviks dan sperma yang telah disediakan tadi di
masukkan terus kedalam rahim melalui tiub ini.
Keseluruhan proses mengambil masa hanya beberapa
minit. Prosedur ini boleh boleh menyebabkab rasa kurang selesa dan menyakitkan
seperti senggugut tetapi hanya sementara.
Langkah 3. Anda mungkin ingin untuk berehat
untuk masa yang singkat (20-30 minit) sebelum pulang ke rumah
Apakah kadar atau peluang kejayaan dengan IUI?
Ia adalah sukar untuk menilai
kadar kejayaan untuk IUI kerana kejayaan bergantung kepada punca kemandulan dan
sama ada ubat kesuburan digunakan untuk merangsang pengeluaran telur.
Secara umumnya mengikut sesetengah kajian kadar
kejayaan (kelahiran bayi) mengikut umur adalah dilaporkan seperti berikut
16 % untuk wanita yang berusia di bawah 35
11.0% bagi wanita berusia antara 35-39
4.7% bagi wanita berusia antara 40-42
1.2% bagi wanita berusia antara 43-44
11.0% bagi wanita berusia antara 35-39
4.7% bagi wanita berusia antara 40-42
1.2% bagi wanita berusia antara 43-44
Lebih muda wanita berkenaan lebih tinggilah peluangnya
untuk berjaya hamil. Kadar kejayaan juga meningkat dengan bilangan IUI yang
seterusnya secara consecutive.
No comments:
Post a Comment