ASSALAMUALAIKUM WBT
Salam Jumaat, Salam Menjemput rezeki!
SHA Terpanggil nak coretkan kenangan dalam
blog agar tak luput dari ingatan segala perjalanan yang kami tempuhi...
Perjalanan kami ni hasil review dr Blog lain dan kawan kawan yang share! Kita
lagi suke guna perkhidmatan yang di recommence dari pada cari sendiri!
Trip yang kita rancang hampir 10 bulan telah
berjaya!
Yahoo……………
Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017
Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax
Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax
tak dapat ikot.
Senang cerita, Trip kita ni masih
panassssss....
Oleh sebab kami ramai, Flight (FX) kami
terpaksa dibahagi kepada 2 FX. FX pertama jam 6.25 pagi manakala FX kedua jam
7.50 pagi. Kami yang dari Klang ni bertolak seawal 3.40 pagi sehening pagi.
Sampai di KLIA2 pun dah dekat pukul 4.30.
Masa tu agak kelam kabut sikit sebab FX jam 6.25 pagi tapi 4.50 pagi
dorang da umumkan panggilan terakhir untuk FX kami ni. Hati risau sebab Syg dan
Haikal masih belum sampai KLIA2. Dorang buat tugasan menghantar kereta.
Betul2 last minit, 4.50 pagi ++
dorang akhirnya lepas jugak masuk kedalam, kami dari awal sampai da masuk dalam
siap siap dah. Masa dorang nak masuk tu, kawalan agak rapi, tak macam masa kami
masuk beberapa minit sebelum tu.
Boarding in FX jam 5.50 pagi. Siap siap
naik, siap keluarkan bantal busuk untuk sambung tido. huhuhu.. Tepat Jam 6.25
pagi, FX berlepas. 1 je nak cakap, Red Velvet dalam Air Asia FX memang terbaik!
Sedapppppp sangat.
8.50 pagi kami touch Down KKIA. Sebelum
pergi dah inform kami sampai jam 9. Tapi pekerja kereta sewa ingat kami sampai
jam 9.30 pagi. Ape ape pon ANAQLU CAR RENTAL memang boleh
dipertimbangkan. Sape yang nak no contact, mai PM me. Sementara Urvan kami
lepak dalam KKIA jer, tapi bila Urvan dah sampai. Kami pulak yang tak jumpa
jalan keluar.
Mula mula ingat nak jalan jalan cari barang
barang dulu. Tapi pikirkan FX kedua jangka sampai jam 10.50 pagi... terus tak
jadi, kami isi minyak je dulu...
Seusai FX kedua sampai, kami susun susun beg dan teruskan perjalanan ke Bandar KK. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang!
Seusai FX kedua sampai, kami susun susun beg dan teruskan perjalanan ke Bandar KK. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang!
Ada sebab kenapa kena singgah KK...
Kami tak singgah makan tengah hari sebab
kami masing masing dah makan masa dalam FX.
So kami decide untuk singgah beli barang
basah dan beras! Pasar Basah ini terletak kat berdekatan pasar Kraftangan. Sume
barang ni untuk kegunaan kami masa di Kundasang nanti.
Apa yang kami beli?
2 kilo Ketam RM30
2 kilo Kembung RM10
2 kilo Sotong RM30
2.7 kilo Jenahak RM40
Ada yang bakar, ada yang goreng, dan ada
yang rebus.
Kami teruskan perjalanan ke Kundasang,
rancangan awal MASJID, MUZIUM , LOKAN ; RUMAH TERBALIK , KUNDASANG. Tapi Allah SWT sebaik2 perancang. GPS gagal berfungsi
dengan baik, terlepas Masjid, Muzium dan Lokan. Singgah betul betul kat Rumah
Terbalik ( Tamparuli ) je.
Still small family!
My love mama!
Tarikan terbaru rumah terbalik!
Jamban terbalik!
Sesi penerangan sebelum tour trip masuk dalam rumah ni! Masa ni akan diceritakan latar belakang penubuhan.
Panas lit lit.
Rumah terbalik sekarang harganya da naik
sikir. Dewasa RM12.70.
Sebab? Dorang dah tambah beberapa aksesori
terbalik kat sana seperti Taman Bunga terbalik dan Tandas terbalik di luar
perkarangan Rumah tersebut. RUmah ni dapat award yang pertama dia ASIA.
Actually tak banyak benda menarik dalam rumah ni. Dorang juga ada bukak 3D wonder
Muzium. Yang ni kami tak masuk sebab harganya agak mahal.
Perjalanan diteruskan. Dan disebabkan cuaca
terik, kami hanya mampu tengok Jambatan Tamparuli dari dalam Urvan sahaja. Jauh
sangat nak meniti sungai tu.
Perjalanan ke Kundasang memakan masa hampir
2 jam. Gerimis Mengundang bila menghampiri kundasang.
Lebih kurang Jam 3.50 Petang, kami singgah
sebentar di Pekan Nabalu. Takda ape yang menarik kat sana. Mungkin hari rabu
bukan hari jualan sayuran kot. Kami isi perut di kedai makan berhampiran Pekan
Nabalu. Harus diingatkan, Anda mesti berjaga jaga dengan keadaan kedai disana.
NO PORK SERVE tidak bermakna halal! Telitikan betul2, sebab ini cuma petanda
takde PORK, tp bukan petanda kedai Islam/Muslim.
Perjalanan di teruskan. Ekon urvan dimatikan
untuk jimatkan tenaga urvan untuk memanjat bukit! Lagi pon kesejukan dah mula
menusuk ke jiwa.
Sempat kami membeli belah buah buahan dan
sayuran segar kat tepi jalan on the way dari Pekan Nabalu tadi. Sayangnya
Cilinya langsung tak pedas dan kat sana takde bawang besar merah tau!
Tiba di Pekan Kundasang, cuaca semakin sejuk
dan gerimis makin kuat. Singgah sekali lagi untuk beli jajan, habuan makan
makan sebelum makan malam. Ada limau, ada Salak, ada buah lemak manis, ada
strawberry ada limau barli.. semua kami beli.
Mak abah my sayang!
Kebanyakan bulatan round about akan menentukan keadaan tempatnya!
Homestay kami nama Kiram's Village. Check in
pon dah jam 5.30 ptg kalau tak silap.
1 malam RM350 jer. Puas hati sangat sangat.
4 Bilik dengan dapur dan ruang tamu yang selesa. Water heater ada. Tak
perlukan kipas ,apatah lagi ekon. Suhu petang pon dah 20 darjah celcius.
Bayangkan kesejukan nya apabila ekon kami kat Klang pon cuma buka 25 darjah C.
ini kan pula 20.
Berehat rehat sambil makan jajan. Menunggu
malam tiba. kat sini kul 6 da gelap dah.
Malam tu kami BBQ ikan Jenahak, Goreng Ketam
dan masak sayur buncis dengan cendawan. Fuhhhh, terangkat, dikala sejuk
membadai badan. Masak simple jer tapi seleraaaaa... Terangkat habis. Sampai tak
larat dah nak makan Sotong bakar.
Usai kami siap makan, sedang elok kami
menonton TV, tiba tiba BLACKOUT WEI..
Riki riki, puncanya tiang elektrik kat depan
jalan Desa Dairy Farm tumbang dan terbakar.
Untuk malam ni, semua tido awal. Kebanyakkan
nya tak dapat caj HP. nasib baik HP kita full dan Power bank jugak full.
Bersambung............................................................................................
Part 2 nanti....
p/s: Gambar akan di update kemudian.
Sebagai ringkasan, boleh
refer itinerary sebenar kami..
KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 - Tiba di airport
930 - Pick up kereta
1030 - Pick up 2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis /
Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point
& makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang -
beli sayuran / Buahan
1800 - Check in KIRAM
VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan + sayur
fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 - Pekan Ranau – Sarapan di
medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa
extra baju * Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC /
Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru Fish Spa
(RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 - Desa cattle dairy farm
(RM5) Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch - Restoran Penataran
1700 - Kinabalu Park (RM3 – tiket
yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang -
beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan
Goreng + Sayur
*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845 - Sampai KK - Jesselton
waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau
(RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling end
1600 - Check in NUSANTARA
1700 - leisure time + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food
market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food
*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar
Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar
Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai
Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure
Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm
Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo
Tea Farm Ranau
No comments:
Post a Comment