assalamualaikum wbt semua....
erm...dah malam ni baru ade mase nak hapdet blog nur ni...
perkongsian untuk malam ni....ha.....
baru baru ni nur selalu bace kisah misteri kat satu forum ni..... byk gile cerita seram kat stu.... tp skrg ni...nur xnak cerita kisah seram... nur nak cerita satu kisah yang nur rase sume bile bace... nur rase mcm suweet suweet gitu certa tu....
tgk tajuk nye dah tau ape ceritanye... nur tak pandai bercerita...
jadi nur copy paste jer cerita nye kat sini yep... jangan marah yer....
KISAH LAGENDA ASAL USUL BUAH NAGA
Masihkah kengkawan ingat tentang janji ilah ingin berkongsi kisah lagenda mistik mengenai buah naga....pasti ada dikalangan kengkawan yang meminati rasa buah naga....dan pasti ada tertanya -tanya kenapa rupa dan bentuk buah naga seperti begitu..dan kenapa isinya berwarna merah ungu dan putih walaupun kulitnya seolah 2 sama bentuk dan warna iaitu merah . merah sama dan kuning.
begini kisahnya..
Pada zaman dahulukala,dunia ghaib dan dunia manusia boleh berhubung dgn mudah ..malah ada diantara mereka yang dapat berhubung , malah berkahwin dengan rakyat dari dunia luar iaitu dunia ghaib atau lebih dikenali dunia kayangan...dimana pada masa ini jarak dunia kayangan dengan dunia manusia tidak lah terlalu jauh seperti masa sekarang...
salah satu daripadanya mengenai kisah seorang puteri kayangan yang telah jatuh cinta dengan seorang pemuda daripada dunia manusia. dan paling ironinya puteri ini adalah daripada keturunan naga...tetapi ada tragedi sedih yang berlaku..kesan drpd percintaan sejati mereka.....dan sahabat semua inilah kisah cinta naga yang tak pernah diceritakan di dunia manusia tetapi sangat gah dikalangan dunia ghaib...( Bismillahirohmannirrohim ...Wahai angin..sampaikan pesananku kepada hamba Allah disana..kisah yang ilah titipkan ini buat sahabatku disini...ikhlas hanya untuk dibuat teladan dan panduan)
Begini kisahnya:
Disalah satu kerajaan kayangan , dimana diketuai oleh maharaja yang mempunyai kuasa sakti naga yang sangat gagah dan perkasa..negara dan rakyatnya hidup ,aman dan makmur didalam tanah jajahannya. Maharaja tersebut mempunyai sembilan puteri yang sangat rupawan dan setiap mereka mempunyai keistimewaan masing-masing..dan antara sembilan beradik ini, puteri bongsu yang paling jelita dikalangan mereka...
Maharaja amat menyayangi puteri-puterinya terutama yang paling bongsu kerana puteri bongsu bukan sahaja rupawan tetapi bijak dan tangkas dalam ilmu peperangan dan cekap sebagai seorang pemimpin. Bukan itu sahaja, puteri bongsu juga mempunyai haruman yang unik dan sangat wangi dan akan bertambah kuat pada waktu malam. dan barangsiapa yang terbau haruman tersebut nescaya akan akan jatuh cinta dan kasih kepadanya ..ditambah dengan paras rupa yang rupawan..bisa mengoncang hati yang memandang.
Demi mengelakkan , perkara yang buruk maharaja telah menitahkan puteri bongsunya memakai pakaian dibuat daripada sisik kulit naga emas untuk menyembunyikan haruman tersebut kecuali diistana sahaja boleh dibuka.
Sehinggalah,tiba masanya puteri bongsu menamatkan zaman bujangnya dan maharaja telah memilih jodohnya dengan salah seorang putera kayangan , namun tuan puteri menolak lamaran putera kayangan tersebut sehingga membuatkan maharaja murka lalu dibuangnya tuan puteri ke dunia manusia .manakala, putera kayangan tersebut tidak putus asa dan cuba mencari kembali puteri bongsu di dunia manusia tetapi gagal.
di dunia manusia inilah tuan puteri bongsu telah menjumpai cinta sejati, dimana dia telah ditemui pengsan di tepi sungai dengan hilang ingatan oleh sepasang suami isteri lalu dijadikan anak angkat di sebuah kampung kecil. dan disini bibit percintaannya bermula.
pakaian yang dibuat daripada sisik emas bila tiba didunia manusia telah mengecil dan telah menjadi satu sisik sahaja dan melekat di tengah dahinya, bila dilihat seperti batu berbentuk sisik berwarna emas akan memancar2 bila terkena cahaya matahari..semakin panas semakin bercahaya sisik emas kecil yang melekat didahinya....dan selagi dia belum memiliki anak selagi itulah sisik emas itu melekat, dan selagi itulah kesemua rakyat kayangan keturunan naga termasuk putera kayangan tersebut tidak akan dapat mengesannya melalui haruman badannya kerana ditutupi oleh sisik naga tersebut.
dipendekkan cerita , tuan puteri akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya, tanpa diketahui yang baginda adalah waris takhta kerajaan kayangan naga. Manakala maharaja pada masa ini , sudah meningkat usia dan mulai menyesali tindakannya menhalau puteri bongsu daripda kayangan dan mulai cuba mencari kembali tuan puteri tetapi gagal..puas dicuba kesemuanya kuasa sakti mencari bau haruman badan anakandanya namun gagal,
manakala , didunia manusia , cinta tuan puteri dan suaminya semakin kukuh apabila tuan puteri mulai mengandung, dan dalam tempoh mengandung itu, sedikit demi sedikit sisik emas yang melekat ditengah dahinya mulai retak , dan pada masa ini sedikit demi sedikit tuan puteri mulai mengingati asal-usulnya. Ini membuatkan tuan puteri semakin sedih dan sayu kerana mulai marasakan kehadiran naga yang sentiasa terbang pada waktu malam mencarinya , namun gagal kerana harumannya gagal dikesan oleh naga tersebut.
dalam tempoh itu juga ,puteri bongsu perlahan2 mengasah kuasa saktinya sedikit demi sedikit ,demi keselamatan anak yg bakal lahir dan suami tercinta..waima puteri bongsu juga mulai bersedia berperang dengan ayahandanya sekiranya maharaja mengancam keselamatan suaminya dan anaknya nanti.
manakala suaminya masih tidak mengetahui , yang isterinya adalah keturunan naga kayangan , setiap hari selepas pulang mencari rezeki , si suami melayan tuan puteri dengan penuh kasih sayang, semua kerja rumah dilakukan terutama bila tuan puteri sudah sarat mengandung.
masa melahirkan sudah tiba, pada malam itu, petir dan kilat sabung -menyabung diluar semasa saat melahirkan sudah tiba, saat anak yang dikandung keluar daripada perut dan mulai menangis kuat, saat itu sisik emas yang sudah retak itu terus pecah berkecai dan berpusing di udara dengan laju....sambil mengeluarkan cahaya api keemasan dan terus terbang ke langit dan hilang begitu sahaja....terus haruman badannya yang selama ini tersembunyi mulai keluar sehingga memenuhi kawasan yang berhampiran.
pasa saat ini juga, tetiba kedengaran bunyi ngauman yang sangat kuat serta bebola api berterbangan disebalik awan, terus diserahkan bayi yang baru lahir itu kepada suaminya, dan bersedia menhadapi kemungkinan yang berlaku. Ini adalah kerana bunyi ngauman dan bola api tersebut datang daripada mulut naga maharaja..iaitu ayahandanya yang berjaya mengesannya melalui harumannya.
bila maharaja naga semakin hampir mendekati terus maharaja terbang mengelilingi dikawsan rumah tuan puteri sambil disaksikan oleh suami, terkejut bukan kepalang sisuami melihat naga yang sangat besar dengan sisik emas berkilauan terbang berlegar2...lantas ditanya oleh tuan puteri, akan berubahkah cintanya sekiranya dia bukan manusia, terus dijawabnya suami cintanya kepada tuan puteri sangat agung dan bukan berdasarkan rupa.
dengan titisan airmata, terus tuan puteri berkata"kanda lihatlah sebentar nanti akan diketahui siapa adinda dan diluar itu adalah ayahanda adinda, terima kasih kerana memberikan peluang adinda menikmati cinta sejati walaupun sekejap sahaja. .yakinlah cinta adinda hanya untuk kanda....setelah selesai bercakap terus tuan outeri menggunakan kuasa saktinya menukarkan dirinya menjadi seekor naga yang sangat besar dengan diekornya terdapat cahaya berbentuk bintang warna merah ungu...
pabila maharaja melihat tuan puteri terus dititahnya tuan puteri pulang ke kayangan , namun begitu tuan puteri enggan dengan alasan suah menemui cinta sejatinya . Maharaja menjadi semakin murka bila melihat cinta sejati anakandanya adalah datang drpd dunia manusia dan dicubanya melontarkan api kerarah suami dan anaknya, namun berjaya dihalang oleh tuan puteri bongsu.
Tindakan puteri bongsu semakin menyemarakkan kemarahan maharaja, lantas menyerang ke arah tuan puteri bongsu, maka berlaku pergaduhan hebat diantara anak dan bapa selama tujuh hari tujuh malam dilangit. Sementara, sisuami dan anaknya setia mengekori daripada bawah , melihat dengan linangan air mata. Kasih dan cinta sisuami tidak berubah walaupun tuan puteri sudah bertukar rupa..semakin mendalam cintanya bila melihat bukti cinta tuan puteri kepadanya iaitu wajah anaknya yang baru lahir dengan kulit putih gebu sepertinya dan rambut kuning keemasan seperti tuan puteri..
tetapi akhirnya tuan puteri bongsu gagal dalam pertarungan sengit dengan maharaja naga, air matanya yang gugur memenuhi gaung yang dalam sehingga menjadi kolam yang penuh,merayu2 puteri bongsu kepada ayahandanya agar melepaskannya demi kasih dan cintanya kepada suami dan anaknya, namun tidak diendahkan oleh maharaja naga. sehinggalah si suami berteriak di bawah dengan mengatakan dia sanggup berbuat apa saja demi cintanya terhadap tuan puteri bongsu waima nyawanya tergadai .
Bila mendengar kata2 suami anakandanya, terus maharaja terdiam dan akhirnya mengakui cintanya terhadap anaknya memang ikhlas, namun begitu, diterangkan kepada sisuami bahawa keturunan naga tidak boleh bersatu dengan manusia, akan memudaratkan dunia manusia dan dunianya, terutama sekiranya ada zuriat dengan manusia , perlu dipisahkan dengan segera .
dan hatinya semakin sayu dan lembut, bila melihat sisuami bersusah payah memanjat badan naga anakandanya dengan dikendongnya anak yg baru lahir tanpa rasa takut melihat rupa paras tuan puteri yang sudah bertukar rupa.Malah bila sudah tiba dimuka naga anakandanya, terus sisuami mencium wajah isterinya tercinta bertalu2 tanpa rasa takut an segan.
melihat itu, terus maharaja berkata sambil bergenang air matanya "anakandaku, ada satu cara kesaktian yang membolehkan anakanda bersama dengan suami dan bayi anakanda tetapi bukan sebagai manusia dan bukan sebagai naga, sebaliknya akan menjadi sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia alam ghaib dan dunia manusia.....dan sanggupkah anakanda dan kamu wahai manusia menerima sebarang kesan yg menimpa. lantas dengan gembira mereka menjawab mereka sanggup menghadapi asalkan mereka terus bersama walau apa bentuk sekalipun .
terus maharaja berkata"anakanda ambilah tiga sisik emas ayahanda, kemudia dibakar dengan apimu, kemudiannya dihancurkan dengan kukumu, kemudian baca mentera saktimu itu dan dicampurkan dengan air kemudiannya diberikan minum kepada suamimu dan anakmu...setelah itu bakinya anakanda minum..."terus berhenti berkata maharaja kerana sebak didada ..kemudiannya disambung dengan linangan air mata " kemudian anakanda ambil satu lagi sisik emas ayahanda ini dan hiris bahagian ekormu sehingga cahaya api diekormu hilang .....sanggupkah anakanda berbuat begitu" ujat maharaja dengan linangan air mata....terus tuan puteri menangis dan mengangguk tanda sanggup....
lantas tuan puteri melakukan syarat yang diberikan , hancuran serbuk sisik emas menjadi warna kuning bila dicampurkan dgn air, diberikan anaknya dahulu minum, kemudiannya diberikan suaminya dan setelkah itu bakinya diminumnya....selepas itu terus tuan puteri menhiriskan bahagian ekornya sehingga cahaya api diekornya padam. serentak itu terus bahagian ekornya putus sehingga mengeluarkan darah berwarna merah ungu, sementara suami nya tetiba rasa kesakitan yang amat sangat didadanya dan pandangan nya kabur.
sisuami cuba mendekati tuan puteri, tetapi hanya sempat menyentuh ekornya sahaja dan warna darah tersebut terkena sedikit .
sementara maharaja hanya melihat dengan air mata berlinang...diambilnya bahagian atas tuan puteri dibawa pulang ke dunianya dan sementara bahagian ekor tuan puteri ditanam berhampiran kubur suami anaknya.
dan sungguh menakjubkan ....setiap kubur tesebut mengeluarkan pokok berdaun menyerupai seperti ekor naga ...dimana bunganya akan mekar sekali sahaja pada waktu malam dgn mengeluarkan bau yang sgt harum...setelah itu akan diganti dengan buah berkulit seperti sisik .....dan inilah buah naga....sehingga kini mereka kekal bersama....dan memberikan manfaat kepada dunia alam ghaib dan dunia manusia.....
tuan puteri bertukar menjadi buah naga berwarna merah ungu, sisuami berwarna putih tetapi kulitnya berwarna merah kerana tersentuh darah tuan puteri..sementara anaknya berwarna putih dengan kulit kuning...
tetapi keturunan naga dilarang memakan buah naga buat selama2nya...
dan sehingga kini pokok naga subur berbuah selagi ditanam dikawasan yang panas dgn cahaya matahari.
THE ENDS...
sekadar berkongsi cerita kalau tak percaya ..tidak mengapa ..ilah tidak berkecil hati
******* petikan dari cari FOrum : pengalaman misteri VI ilahkhatibrani