make it simple and nice!

Tuesday, July 31, 2012

Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C

assalamualaikum wbt semua...

diam tak diam dah masuk sebelas hari kita berpose..alhamdulillah..tak lame lagi dah tu...
ni nur rase nk buat perkongsian tentang penyakit hepatitis...

baru baru ni nur ade terbace dalam satu forum ( july 2012), yang menteri kesihatan kita, mintak bagi sesiapa yang lahir sebelum tahun 1989 untuk dapatkan vaksin atau injection untuk hepatitis B? sebabnye.... ada akta baru tahun 1989 yang mewajibkan setiap bayi yang lahir
diberikan suntikan vaksin ini... so...bermakna

ha, sesiapa saja yang lahir pada tahun sebelumnya... dikatogorikan sebagai tak mendapat suntikan vaksin hepa B  ni...

so, nur pon amik keputusan untuk korek korek cerita pasal penyakit ni..

Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C

Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)
Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C.


Hepatitis A Hepatitis A adalah penyakit hepatitis /yang tidak menimbulkan kesan penyakit yang besar. Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari. Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.

Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat.

Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
Hepatitis B pula adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS. Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing, air mata dan pelbagai. Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin.

Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatoo, acupunture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi.
Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama. Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di nyah kuman dan dicuci bersih.
Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa.

Hepatitis B
Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3] Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;
  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.
Tanda-tanda jangkitan
Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
  • mangsa kelihatan kekuningan
  • kencing gelap
  • najis keputihan
  • hati membengkak
    Jenis ujian yang boleh dilakukan
    • Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
    • Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain-lain
pilihan rawatan:

     

    1. Steroid : (prednisolone)
    2. Azathioprine
    3. Interferon

       
Hepatitis CHepatitis C jarang didengari merupakan penyakit bawaan darah. 85 peratus mereka yang terdedah dengan virus ini akan menghidapi penyakit. Satu daripada 5 antara mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat. Risikonya mengalami barah hati meningkat sebanyak 5 peratus selepas 20 tahun dan 4 peratus setahun bila hati mengalami parut.
Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C. Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti.

Antara cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti. Malah perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan. Kebersihan alatan tatoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan.

Bahaya jangkitan juga datang melalui berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui mengidap hepatitis C. Walau pun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi. Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko. Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani.
Belum ada vaksin lagi untuk mencegah hepatitis C. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis. Elakkan berkongsi alatan mandi seperti berus gigi, pencukur dan tuala dengan mana-mana individu. Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu.

Elakkan amalan seks bebas. Jangan bertukar-tukar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain.
Dapatkan suntikan vaksin terutamanya hepatitis B. Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan. Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali.

Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.

mudah aje kita nak elak, kita mampu...kita perlu pergi screening health kite.
tak mustahil la kalau kite ni jadi pembawa penyakit ni..

Pencegahan hepatitis B

Secara pasif
  1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
  2. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
  3. Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan

 

Secara aktif

Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
  1. 3 kali suntikan, selamat secara umumnya
  2. dapatkan booster selepas 5 tahun

sumber :: sini / sini

No comments:

Post a Comment