make it simple and nice!

Thursday, June 21, 2018

Sedih sangat!

Throwback kejadian semalam...

Assalamualaikum WBT.


Lately ni kerap sangat bangun malam, untuk buang air kecil.
Posisi katil plak tak membantu sangat... rasa susah nk turun naik..

Pikir Pikir banyak kali la jugak...
nak alihkan posisi katil supaya senang aku nak turun naik katil tengah tengah malam kalau nak kencing. Badan dan memboyot.

Si hitam manis tengah sibuk nonton TV la...
Panggil dia kejap, suh tolong tarik dan alihkan katil sesama.

Dia datang...

S: kenapa?
I : nak alihkan katil sikit
S: tak muat la.....
I : kita try la dulu.

bebel sedas dua...

S : kenapa tak tukar je tempat tido dengan abang?
I : (buat dono, sebab tempat dia aircond tak fokus direct )

kami pon start tarik sikit sikit.. aku satu penjuru, dia satu penjuru...

Tiba Tiba....


kaki aku tersepit bawah katil.
mula mula aku gelak gelak dulu...
bagitau kaki tersepit.
muka dia serius.
dia dengar, dia terus tarik semula..
rupanya lagi teruk kaki terseret...

dari gelak gelak tadi... 
dah bertukar pada nangis..
lepas tu dia mula gelak gelak. 
walhal baru jap tadi, cakap takkan nangis sebab taknak dia marah.

dengan air mata tu..
tarik semula katil ke posisi asal.
tahan sakit.
dia pon keluar sambung tengok TV.

aku off lampu, naik katil..
terus tido..


sekarang ni susah sikit nak lelapkan mata
tunggu dia masuk bilik, tapi dekat 12.30 mlm pon tak muncul.

tahan pedih bekas tersepit
last last tertido..


tak sedar pukul berapa dia masuk,
tapi tersedar dia gosok kaki tersepit tu, walaupon tak kena pada tempat sebenar yg tersepit tu.
sekurang2nya tau yang dia ada perasaan kasihan dan bersalah pada kejadian tersepit tu..

sedih jugak la...
dia jarang tunjuk perasaan kasihan dan kasih sayang dia..
tapi sejak nak dapat HZ...
banyak perubahan positif dia..

alhamdulillah..
syukur sangat.
   
mami HZ
~ sekadar meluahkan ~

Monday, January 15, 2018

MONEY CHANGER MURAH - LEMBAH KLANG

Salam January 2018..
Entry pertama dengan mood yang lebih baik!


Okey, kali ni aku nak cerita pasal jalan jalan cari Money Changer.

Hasil daripada pembacaan dari blog blog yang ada, majoriti kata Mid Valley rate cantik.
Ini adalah kerana Mid Valley adalah tempat tumpuan pelancong.

So semalam, kami terjah Mid Valley.

Punya la ramai umat manusia.. sampai nak berjalan pon laga baju..

Hasil tinjauan semalam telah mentafsir kan bahawasanya MID VALLEY + THE GARDEN mempunyai money changer yang termurah.

Tarikh Tinjauan : 14 January 2017
Tempat : Mid Valley dan The Gardens

Ikot susunan tau dan kat bawah tu ada gambar beberapa rate yang diambil.

1. Syarikat MS Ziaudeen Sdn Bhd - The Gardens
2. MV Forex
3. My Money Monster
4. Lucky - Ni yang aku beli semalam, pasal malas nak Q berjela jela panjang nya.

persiapan nak ke negara atok dalam gambar ni..


Ni ha.. Syarikat MS Ziaudeen Sdn Bhd - The Gardens. 
1 Juta Dong - RM178.30

MV Forex
1 Juta Dong - RM178.50

Tapi tak lalu nak beratur panjang, melainkan beli matawang yang mahal, impact besar.
Takat modal aku 1K tu je, aku Q kat Lucky Money changer. Jimat masa beratur, Jimat masa untuk  duit parking.

Lucky Money changer.
1 Juta Dong - RM179.50

Masa dapat rate SM Ziau, kami dah pon membeli. so kita berhuhuhu je la..
pastu dapat idea PM GROUP PEMBURU TIKET MURAH KAT Facebook.
Beliau pon bersetuju upload rate demikian, dan beberapa rakan FB yang lain turut memberikan rate harga. So aku senaraikan diantara rate yang terbaik!

Ni pon termudah juga : Galaxy Pacific Sdn Bhd. - IOI Puchong.
1 Juta Dong - RM178.50


IOI Mall Puchong.
1 Juta Dong - RM179.00

Aeon Mall Shah Alam
1 Juta Dong - RM180.00

Sebelum ke Mid Valley semalam, aku sempat singgah tanya rate Merchantrade Meru Klang.
Harga 1 Juta Dong = RM180.50, cuma nya dia tak ada stock Dong. Kena Order dan dalam quantity yang banyak.


# tinjauan aku merujuk kepada DONG.
# paling Murah 1Juta = RM178.30
# paling Mahal 1 Juta = RM181
# kebanyakkan mereka berikan Dong dalam Note 200000.


okey, itu saja untuk pagi ni...
adoussss...
sekian...

15-Jan-2018
9.51AM
Office

Tuesday, October 24, 2017

TRIP SABAH 2017 - 95 % IKOT PENJADUALAN

Betul betul perancangan kami dipermudahkan!

*RABU- 11/10*
910 - Tiba di airport - tepat
930 - Pick up kereta - tepat
1000 - cari bahan sementara tunggu 1 trip lagi  - Tepat ( fully seafood )
1100 – Pickup 2nd group - tepat
1130 – Lunch – Anjung Perdana Tanjung Aru – masih kenyang! Makan dalam Plane
1300 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas – terlepas GPS meragam!repeat hari-4
1330 - muzium negeri sabah (RM2) – terlepas GPS meragam!repeat hari-4
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – terlepas GPS meragam!repeat hari-4
1430 - Bertolak ke Kundasang - Tepat
1500 - Rumah terbalik (RM10.60 / RM5.30) - Tepat (new Price announce)
1530 - Jambatan tamparuli - Tepat
1630 - Pekan Nabalu – beli bahan masakan / sayur - Tepat
1800   - Check in KIRAM VILLAGE - Tepat
2000 – Dinner - masak/luar – Tepat ( Siap BBQ IKAN BESAR)

*KHAMIS- 12/10*
630  - Mula - Breakfast Luar  - Tepat ( 7.30 AM gerak )
800 -  Ladang the / Pekan Kundasang  ** *pastikan singgah cari bahan * ** miss
900 - Kg Luanti  Fish Spa (RM2) – Tepat (12.30 pm)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - ** extra baju, extra rm ** - Tepat
1100 - Canopy Walkway (RM3) - Tepat
1500 -  Desa cattle dairy farm (RM5) - Target kul 3 ( perah susu ) - Tepat
1600  - Memorial War  Museum (RM2) – miss (tak sempat)
1700  - Kinabalu Park (RM3) / Botanical Garden / Nature Gallery - Tepat
1900 - Dinner – masak – Tepat (TOMYAM SEJUTA SOTONG MAKAN PANAS)

*JUMAAT -13/10*
600 - Breakfast & check out to KK ( masak bekalan untuk pulau ) - Tepat
830 - Target sampai KK - Jesselton waterfront – Tepat (8.45PM- jammed)
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60) - Tepat
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3) - Tepat
1530 - Snorkelling   end- Tepat
1600 - Check  in NUSANTARA - Tepat
1700 - leisure time – Tepat ( makan dan round building)
1930 - Pasar Filipina / Pasar krafttangan / Night food market - Tepat (8.30mlm)
1945 – Pasar malam Kampung air - Tepat
2000- Todak waterfront/ocean seafood village  For Dinner - Tepat

*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai - Tepat
930 - Pasar Filipina / Pasar krafttangan - Tepat
1100 – balik kemas barang – Tepat ( 10.00pg)
1200 – Check out – Tepat (11.00 pg)
1230 – lunch (masih kenyang)
1300 – Sinsuran – Manik murah
1300 – Pasar Buah Buahan Tempatan - Tepat
Leisure  - Hard Rock CafĂ© (not plan)
Leisure  - Tanjung aru (not plan)


1930 – Departure

IUI PERTAMA KU / MY FIRST IUI

Hai Assalamualaikum WBT..

Hari ni hari Positif bagi diriku...


Ceritaku.....

Setelah hampir 6 bulan ( bermula bulan March 2017 ) berulang alik, turun naik ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Akhirnya, 9 September 2017 aku diberikan tarikh “lamaran” dan peluang untuk menjalani IUI pertamaku...

Latar Belakang Procedure :

Setelah menjalani kesemua ujian saringan kesihatan berkaitan kesuburan untuk suami dan isteri, akhirnya Pakar memberitahu akan beri peluang untuk kami start IUI. Berikut adalah rentetan :

25th Aug 2017 – Period hari pertama, Telephone Klinik untuk temujanji TVS
26th Aug 2017 – Start Makan Clomid
6th Sept 2017 – TVS Scan untuk mengesan dan mengukur saiz telur isteri. 10malam inject Gonadotrophin Chorionic di klinik swasta. Katanya ini untuk proses telur menetas.. EH.. mcm ayam plak..
8th Sept 2017 – IUI procedure : 9.15AM Suami mengeluarkan benih, benih diSpin untuk saringan. 11.45AM Procedure bermula dan tamat kira-kira 20 minit.
25th Sept 2017 – Period Turun menandakan bukan rezekiku, dan IUI tidak Berjaya.. KEEP POSITIVE!





INFO berkaitan IUI

IntraUterine Insemination –  IUI - Petikan dari Blog Doctor Sharifah

Apakah IUI  dan bagaimana ia berfungsi?
Sesetengah pasangan mengalami masalah untuk hamil dan telah mencuba berbagai kaedah untuk mengandung. Pasangan ini memerlukan bantuan untuk hamil. Satu dari kaedah atau pilihan rawatan yang mungkin dicadangkan oleh doktor ialah kaedah IUI. Kaedah ini melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma bergerak pantas dari sperma lebih perlahan atau tidak bergerak.  Sperma yang bergerak pantas kemudiannya disalur-masuk terus ke dalam rahim wanita melalui satu catheter halus melepasi pintu rahim atau serviks pada masa ovulasi hampir berlaku.
 Siapakah yang sesuai untuk menjalani kaedah IUI?
Doktor akan mencadangkan kaedah IUI jika :
1.  terdapat kemandulan yang tidak dapat dijelaskan (unexplained infertility)
2.  tiada masalah ovulasi – telur sihat berkembang tanpa ubat atau dengan ubat subur
3.  pasangan lelaki anda mengalami mati pucuk atau ejakulasi pra-matang
4. Sperma lelaki tidak terlalu bermasalah (terlalu kurang atau rendah kualiti)
Syarat syarat kaedah IUI
Satu dari syarat utama sebelum kaedah IUI dicadangkan, wanita itu wajib mempunyai salur fallopion ayng sihat dan tidak tersumbat. Ujian patensi tiub harus dilakukan dan ia akan menentukan status patensi salur fallopian. Patensi tiub fallopian boleh dinilai dan ditentukan oleh tiga jenis ujian iaitu:
1.  Hysterosalphingogram (HCG): Ujian Xray dimana dye contrast di suntik masuk kedalam rahim melalui vagina dan  Xray akan diambil pada masa yang sama. Pemandangan Xray akan menunjukkkan  samaada aliran dye tadi dapat melalui salur fallopian dan keluar ke dalam abdomen dengan cepat. Ujian ini juga boleh menentukan sama bentuk dalaman rahim itu normal atau tidak dan boleh mengesan ‘polyp’ didalam rahim
2. Hysterosonogram: Ujian ini menggunakan cecair atau bendalir yang di suntik terus kedalam rahim dan menggunakan ultrasound untuk mengkaji pergerakkan bendalir didalam rahim
3. Diagnostic laparoscopy dan Dye. Dengan laparoskopi, pemandangan terus pelvis boleh diperolehi dengan memasukkan teleskop ke dalam abdomen.
Apabila pelvis dan tiub sihat, dye atau bendalir yang disuntik kedalam rahim bebas secara spontan melalui kedua-dua saluran. Tidak patut ada gangguan yang mungkin menghalang telur daripada mendapat akses kepada tiub terus ke ovari atau dari ovari balik kedalam rahim.
Bagaimanakah kaedah IUI dijalankan?
1. Peringkat persediaan telur (wanita)
IUI boleh dilakukan samada bersama sama dengan penggunaan ubat kesuburan untuk meningkatkan pengeluaran telur atau tidak. Biasanya doktor pakar akan menggunakan ubat kesuburan seperti Clomiphene Citrate atau suntikan Follicle Stimulating hormone (FSH).  Antara risiko penggunaan ubat ini adalah mengandung lebih dari satu, dan syndrome superovulasi ovari (Ovarian hyperstimulation syndrome).
Sebagi langkah persediaan, ubat subur akan diberikan bermula dari hari kedua haid sehingga hari ke tujuh atau kadang kadang hingga hari kesepuluh begantung kepada respon. Ujian ultrasound untuk mengikuti perkembangan telur akan dibuat setiap hari bermula pada hari ke 10 atau ke 12. Apabila telur telah membesar sehingga lebih dari 1.8 cm, suntikkan LH (OVidrel) atau hCG akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi. Wanita itu bersedia untuk kaedah IUI selepas 36-40 jam dari suntikkan tadi.
2. Penyediaan Sperma (lelaki)
Langkah 1. Anda akan diminta untuk menghasilkan sampel sperma pada harirawatan IUI berlaku.
Langkah 2. Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di sekeliling mereka dan sperma yang berkembang pesat dipisahkan keluar.
Langkah 3. Sperma yang pantas bergerak diletakkan di dalam tiub kecil (tiub) dan telah sedia untuk dimasukkan ke dalam rahim.
3.  Proses IUI
Langkah 1: Alat spekulum (alat khas untuk membuka dinding faraj) akan dimasukkan kedalam faraj untuk membolehkan serviks atau pintu rahim dilihat dengan jelas.
Langkah 2. Satu tiub kecil (lembut, tiub fleksibel, tomcat catheter) kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim anda melalui serviks dan sperma yang telah disediakan tadi di masukkan terus kedalam rahim melalui tiub ini.
Keseluruhan proses mengambil masa hanya beberapa minit. Prosedur ini boleh boleh menyebabkab rasa kurang selesa dan menyakitkan seperti senggugut tetapi hanya sementara.
Langkah 3. Anda mungkin ingin untuk berehat untuk masa yang singkat (20-30 minit) sebelum pulang ke rumah
Apakah kadar atau peluang kejayaan dengan IUI?
Ia adalah sukar untuk menilai kadar kejayaan untuk IUI kerana kejayaan bergantung kepada punca kemandulan dan sama ada ubat kesuburan digunakan untuk merangsang pengeluaran telur.
Secara umumnya mengikut sesetengah kajian kadar kejayaan (kelahiran bayi) mengikut umur adalah dilaporkan seperti berikut
16 % untuk wanita yang berusia di bawah 35
11.0% bagi wanita berusia antara 35-39
4.7% bagi wanita berusia antara 40-42
1.2% bagi wanita berusia antara 43-44
Lebih muda wanita berkenaan lebih tinggilah peluangnya untuk berjaya hamil. Kadar kejayaan juga meningkat dengan bilangan IUI yang seterusnya secara consecutive.



Monday, October 23, 2017

4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU - Perkara Penting

ASSALAMUALAIKUM WBT


Salam Menjemput rezeki!

4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU  OCT 2017 -

Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017

Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax

Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax tak dapat ikot.

SEDIKIT TIPS TIPS BERGUNA SEBELUM / SEPANJANG DISANA:

1.   Pastikan semua penginapan & transport telah ditempah awal. Survey keadaan penginapan seperti kedai runcit dan kedai makan terdekat, Jumlah minyak yang diperlukan untuk KK  - KUNDASANG – RANAU dan kelengkapan penginapan/tersedia.
2.  Bawak extra baju jika mahu ke Poring Hot Spring, tidak semestinya mandi air panas jer. Dekat Poring jugak ada kolam air sejuk.
3.  Cuba elakkan kedai bersignboard “NO PORK SERVE”. Memang takde PORK tapi masih lagi bukan muslim shop. Ingat tu ye. Halalan Toyyiba!
4.  Kalau mahu masak sendiri, pastikan pilihan kita Cuma muslim owner punya penginapan. Dikhuatiri takot percampuran bekas. Halalan Toyyiba! Singgah la beli seafood untuk bawak ke kundasang. Boleh BBQ bole berstimboat dan bertomyam bagai!
5.  Buat budjet and costing, inshaallah, anda akan mendapat percutian yang sangat selesa.
6.  Study tempat tempat yang anda nak tuju, masa operasi dan sebagainya . Penting juga study Map tau. Jimatkan kos dan masa. Takde lah dua tiga kali pusing. Anda sedia maklum, dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh ye.
7.  Ada satu ketika nanti, phone takde coverage, Baik internet baik GPS ataupon GSM. Berjagalah, takot jadi macam kami, tak tahu mana nak tuju sedangkan ada halatuju!
8.  Harga barangan berbeza kat sana dengan semenanjung. Barang basic keperluan tu lebih elok bawak sendiri. Kalau semua nak dibeli. Kopak! Taapi……… Sabah banyak 99 Speedmart, rasa macam dok kat tempat sendiri. 99 speedmart kan murah!
9.  Kalau membeli, amalkan konsep bertanya!
10.             Pasar Malam Kampung Air lebih murah barangannya!


Itu saja setakat ni, kalau ingat lagi, nanti kami update lagi.


Sebagai ringkasan, boleh refer itinerary sebenar kami..

KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 -  Tiba di airport
930  - Pick up kereta
1030  - Pick up  2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis / Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point & makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
1800  -  Check in KIRAM VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan  + sayur fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 -  Pekan Ranau – Sarapan di medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa extra baju *  Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC / Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru  Fish Spa (RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 -  Desa cattle dairy farm (RM5)  Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch  - Restoran Penataran
1700  - Kinabalu Park (RM3 – tiket yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan Goreng  + Sayur

*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845  - Sampai KK - Jesselton waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling   end
1600 - Check  in NUSANTARA
1700 - leisure time  + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food

*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah  
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure

Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm
Tea Farm Ranau

Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo






Friday, October 20, 2017

4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU OCT 2017 - Part 4

ASSALAMUALAIKUM WBT


Salam Jumaat, Salam Menjemput rezeki!

Terpanggil nak coretkan kenangan dalam blog agar tak luput dari ingatan segala perjalanan yang kami tempuhi... Perjalanan kami ni hasil review dr Blog lain dan kawan kawan yang share! Kita lagi suke guna perkhidmatan yang di recommences dari pada cari sendiri!
Trip yang kita rancang hampir 10 bulan telah berjaya!

 4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU  OCT 2017 - Part 4

Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017

Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax

Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax tak dapat ikot.

Senang cerita, Trip kita ni masih panassssss....

SARAPAN DI OCENIA > PASAR KRAFTANGAN > PASAR BILIS > PASAR BUAH > PASAR SAYUR > CHECK OUT > JAMILAH JEWELLERY > LOKAN BAKAR > MASJID BANDARAYA > MUSEUM SABAH > KKIA

Hari Ke Empat dimulakan dengan bersarapan di Water front berdekatan dengan Marina Court iaitu D’Ocenia food court rasanya. Awal pagi tu Cuma satu dua kedai je yang buka. Selebihnya masih tutup. Kami parking di kawasan lapang dan jalan jalan di waterfront Ocenia tu.. permandangan cantik, kapal kapal dan boat persiaran bersadai. Makanan tersedia sama jer macam yang ada kat tempat asal kita. Maggi goreng, mee goreng, nasi goreng, bihun goreng. Yang penting semuanya not bad la rasanya, memang bole makan habis. 
16 orang makan RM90+.

Disebabkan nak check out jam 11 Pagi, Kami decide untuk tuju ke Pasar Pasar yang ada d KK ni. Kasi keluar peluh dan busuk. Huhuhu.. Pasar Filipina aka Pasar Kraftangan, Pasar Buah, Pasar sayuran. Memang rambang mata oi bila masuk ke pasar Kraftangan. Beli Brooch, gelang, keychain, fridge magnet, dan butang baju melayu. Ecah siap beli Beg kain, comel sangat. Tawar menawar sampai dapat harga RM25.. uhuhuh. Kami cari jugak t-shirt untuk buat kenangan, tapi takda yang berkenan dihati dan harga agak mahal la jgk. Tshirt Budak paling murah RM15-30.

Sebelahnya terdapat PASAR BUAH yang semata buah. Macam macam buah ada, tapi…… Ipar ada masuk dalam pasar ni untuk cari buah salak dan buah lemak manis. Tapi tak jumpa la pulak. Durian banyak lah. Manggis pon ada, tp harga tak masuk akal. RM30 sekilo.. sape tau kenapa mahal?


Sebelahnya lagi terdapat PASAR BILIS. Haaaa…… ini la yang menusuk kalbu…Pasar ni banyak ikan bilis, udang kering, ikan kering,  ikan masin, pelbagai makanan sabah dan pelbagai binatang laut yg pelik seperti gamat dan  kuda laut. Sempat la beli beberapa kilo ikan bilis dan udang kering yang kawan kirim. Penjual tu siapkan packing dalam kotak berserta tangkai… huhuhu.. pas tu beli Amplang buat jajan kudap kudap.

Nak habiskan masa, kami menyusur ke PASAR  KERING yang terletak bersebelahan dengan PASAR IKAN. Dalam ni kami masuk sebab masih meneruskan misi mencari buah lemak manis dan buah salak. Lain yang cari lain yang beli. Kuih Kapit laa, kek roll laa, buah limau laa, asam masin la. Haa…macam macam nak dibelinya. Sha ada beli buah LIPOSU. Buah hutan dari Sabah. Personality nya adalah rambai. Tapi berpewatakan seperti tampoi. Haahah. Masam yaaaaa amat. Dah la tamak, beli banyak! Sampai sekarang dok jadi tukun tiruan dalan peti ais.

Selesai semua, kami terpaksa balik homestay untuk check out. Ye la kan, takkan nak balik dengan baju busuk2 ye tak? Dah semua pasar diterjahnya.

Usai check out jam 11.15 pagi, terus tuju ke JAMILAH JEWELLERY.
Terletak di shop lot berhampiran pasar pasar yang kami pergi tadi. Dari homestay pon senang jer jumpanya. Actually Jamilah ni kedai Pilihan mama, tapi sekarang agak exclusive sikit kedai nya menjadikan harganya juga exclusive tetapi mewah dikelas nya. Disebabkan tak puas hati sebab tak dapat apa yang dicari, adik ipar decide untuk repeat shopping kat Pasar Kraftangan. Hujan pon kami redah. Asal dapat apa yang diingini.

Kan sepatutnya masa pergi ada LOKAN dan MUZIUM kan dalam itinery, dan disebabkan terlepas jalan. Ini la saatnya. Kita repeat sampai jadi. So plan kita jadikan juga biar jangan ada aktiviti yang terlepas. Kita realisasikan impian untuk mencuba LOKAN BAKAR. Hari terakhir kami disini, Hujan selebat lebatnya. Tetap kami redah.

LOKAN ni terletak di Jalan Sulaman, Daerah Tuaran. Bole google Politeknik atau pon Ganyang Seafood. Pilih saja mana mana kedai yang korang suka, sepanjang jalan penuh kedainya. Kami pilih kedai SUDI MAMPIR. Antara yang ada dijual di kedai2 ni adalah LOKAN BAKAR, JELLY KELAPA, KELAPA SEJUK, KELAPA BAKAR DAN JAGUNG BAKAR. Setiap kedai mungkin berbeza resepi nya. Lokan juga terdapat beberapa saiz dan harga berbeza. Menu lain berbeza, LOKAN boleh dimakan dengan nasi putih atau makan dengan pencicahnya. Ada yang order nasi goreng. Haikal pergi beli Jagung Bakar.  Satu perbezaan Jagung bakar disini adalah jagung dibakar bersama kulit luar, So Jagungnya bersih tanpa kesan hitam2. Kami minum air kelapa sejuk dan jelly kelapa sorang satu.

Air kelapa sejuk RM5
Puding kelapa RM6
LOKAN saiz M selonggok RM10, kami ambik 4 longgok.
Nasi goreng pelbagai harga.

Bertolak balik ke KK dan mengharapkan supaya sempat untuk singgah ke muzium sebelum check in beg di KKIA. Namun yang lebih penting berpeluang solat d Masjid Bandaraya ( Masjid atas Air). Asalnya nak cari Masjid Negeri / Masjid Likas. Tapi terjumpa ini yang paling cepat. Lagipon tertarik sebab dibina atas air dan ramai sangat pelancong yang minat dengan masjid ni. Masjid di besar dan masa ni ada sedikit penambahbaikan sedang dijalankan.

Jam menunjukkan 3.45 petang. Sebab firasat kata masih sempat untuk singgah Muzium jadi kita ikot firasat, singgah 30 minit kat MUZIUM SABAH. Bayaran RM3 dewasa. Seronok tengok tulang ikan paus. Besaq gila baq ang! Muzium ni ada banyak cabang, tapi kami sempat tengok beberapa jer. Masih hujan gerimis. Nak santai santai balik ke KKIA tu.

Selesai sudah semua trip dan tempat yang dirancang. Terus tuju ke KKIA untuk FX balik.
Masih hujan gerimis. FX sepatotnya 7.30 malam tapi tergendala sebab KLIA congested and cuaca tak berapa baik. Masa ni suara da semakin hilang. Badan pon semakin lesu. Kepenatan telah dirasai. Sampai KLIA around 11.30 malam. Tunggu luggage dan bertolak balik ke KLANG.


TAMAT

p/s: Gambar akan di update kemudian.


Sebagai ringkasan, boleh refer itinerary sebenar kami..

KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 -  Tiba di airport
930  - Pick up kereta
1030  - Pick up  2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis / Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point & makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
1800  -  Check in KIRAM VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan  + sayur fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 -  Pekan Ranau – Sarapan di medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa extra baju *  Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC / Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru  Fish Spa (RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 -  Desa cattle dairy farm (RM5)  Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch  - Restoran Penataran
1700  - Kinabalu Park (RM3 – tiket yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan Goreng  + Sayur

*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845  - Sampai KK - Jesselton waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling   end
1600 - Check  in NUSANTARA
1700 - leisure time  + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food

*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah  
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure

Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm


Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo
Tea Farm Ranau

4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU OCT 2017 - Part 3

ASSALAMUALAIKUM WBT


Salam Jumaat, Salam Menjemput rezeki!

 4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU  OCT 2017 - Part 3

Terpanggil nak coretkan kenangan dalam blog agar tak luput dari ingatan segala perjalanan yang kami tempuhi... Perjalanan kami ni hasil review dr Blog lain dan kawan kawan yang share! Kita lagi suke guna perkhidmatan yang di recommence dari pada cari sendiri!
Trip yang kita rancang hampir 10 bulan telah berjaya!


 Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017

Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax

Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax tak dapat ikot.

Senang cerita, Trip kita ni masih panassssss....


KK > ISLAND HOPING > PULAU GAYA > PULAU MAMUTIK > PULAU MANUKAN > PULAU SAPI > LEISURE > PASAR MALAM KAMPUNG AIR > PASAR MALAM SINSURAN > TODAK WATERFRONT ( UMMI & FAMILY SEAFOOD)


Bangun seawal 4.30 pagi, masih lagi kesejukan melampau. Memikirkan nasi goreng yang penting dan kesejukan tile didapur. Ke Dapur untuk menyediakan Nasi Goreng bekalan untuk island hoping nanti bersama mak sayang. Seperti yang telah diingatkan berkali kali, makanan kat pulau amatlah mahal dan kebersihan blm tentu terjamin.  Jadi kami sepakat untuk menyediakan makanan sendiri buat alas perut, asal jangan lapar sangat dah la..

Perjalanan ke KK memakan masa hampir 2 jam 45 minit akibat kesesakan.  Tak nak singgah mana mana dah sebab perjanjian dengan En.Haris ( penyelaras urusan island hoping) adalah jam 9 pagi di Jetty Jesselton. Kami sampai tepat2 jam 9 pagi. Parking dan tinggalkan van di tempat letak kereta berbayar disebelah Jesselton’s Point Jetty.

Lepas settle kan payment baki untuk semua. Kami terus tuju ke boat yang dikhaskan untuk kami. Sebab kami kan ramai, 16 orang. Kami dapat boat full. Perjalanan betul betul mencabar. Tak pernah naik boat selaju ini. Memang gentar. Siap bole corner baring lagi boatman ni. Siap mandikan kami dengan air laut la kiranya. Masin bila masuk mulut, pedih bila kena mata!

Pulau Pertama adalah Pulau Gaya.
PUlau ni terdapat sekolah atas air. Campur campur 2 sekolah rendah dan menengah terdapat lebih kurang 1000 pelajar. Uniknya sekolah di Pulau Gaya ini, mereka ada padang tenggelam timbul untuk. Kata boatman nya lah, betul atau tidak, walluhualam.
Selain itu, terdapat sebuah rumah dibina dalam kawasan ini, iaitu rumah pengusaha boat. Ia nya satu satunya rumah yang tidak boleh dipindahkan. Pulau Gaya juga ada hotelnya/tempat bermalamnya yang tersendiri.

Seterusnya  adalah Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
RM3 bayaran masuk untuk ketiga tiga pulau. Tiket yang sama boleh digunakan untuk kesemua pulau2 ini. Persamaan pulau pulau ini adalah kejernihan air dan kecantikan ikan ikan nya.
Actually, ada je nasi goreng. Adik Ipar ada beli di pulau Mamutik untuk anak anak dia, sedap juga. Harga pon okey, RM8 kalau tak silap.

Mandi sepuas puasnya, skodeng ikan semahu mahunya.
Kami ada mintak budak budak perempuan yang kami jumpe untuk tangkapkan gambar, tapi mungkin takde rezeki. Sampai sekarang gambar tersebut kami belum terima. Walhal kami ade terjumpa dorang 2 3 kali selepas keluar dari pulau tu. So untuk Island Hoping ni memang tak banyak gambar untuk kenangan.

Island Hoping tamat sekitar jam 3.30 petang.

Memang penat dan seronok. Tangan sampai berbelang, muke merah. Dengan tak pakai sunblocknya. Usung beg untuk check in homestay KK.
Untuk Homestay KK ni pulak, kami pilih NUSANTARA MATTWADIEN tah betul tah tidak ejaannya. Rumah Perfect – 10 pax punya katil dan barang , Cuma satu satunya kekurangannya adalah facility building. Lift Rosak Jahanam dah sebulan pun masih tak diperbetulkn. Masih bersyukur walaupon lift tinggal 1 tapi liftnya pulak sempit. 4 5 orang basuk je, da bunyikkkkkk. Jadi kami ber’16’ni termasuk bag, 4 trip la semuanya.

Petang tu, Leisure time, sapa nak mandi, sapa nak tido , nak makan maggi, nak minum air, nak keluar makan, nak pusing bangunan sume boleh. Dengan syarat malam lepas magrib lebih kurang jam 7 malam, dah ready untuk keluar jalan jalan dan makan seafood.

Siap solat jemaah, kami sume turun. Persinggahan pertama adalah PASAR MALAM KAMPUNG AIR. Awal kami sampai, peniaga baru nak susun susun barang niaga. Kami ambik kesempatan ini untuk bodek harga “pecah telur ”. Kat sini kerongsang murah. Sayang beli pepium. Hai entahlah, kat mana mana percutian pun, sayang akan setia membeli pepium. Kita yang perempuan lain beli brooch dan rantai mutiara. Anak anak buah beli cap & belt. Simpan sikit duit untuk shopping esok. Huhuhuhu..


Dari Pasar Malam Kampung Air, kita bergerak ke Sinsuran. Tapi tak jumpa, alih alih terus parking berdekatan dengan Waterfront. Tempat makan seafood. Hasil Review, kami dapat dua kedai. Haji manja dan ummi seafood. Tapi sebabkan Haji Manja full space untuk kami yang ramai ni. Jadi kami pilih Ummi & family food.

2 kg Sotong mix sotong lebar dan sotong panjang -  dicelup tepung
2.7 kg 3 ekor Ikan besar  -  dibakar dan dimasak sweet sour
1.5 kg tiram masak sup halia
2 kg Udang gemuk di masak butterprawn
Kalian ikan masin
Air tembikai 1 jug
Ais Kosong 1 jug
Air Kelapa
14 Nasi

Hasilnya : Separuh dari sotong tak termakan, dan juga sekor ikan.
(Sila teka harga)

Usai makan dan nak pulang ke van. Terlalu satu kawasan deretan orang menjual durian. Range harga RM15 – 30. Katanya durian dari Ranau. Memang masa kami di Ranau, kami usha pokok pokok dorang penuh buah.

11mlm , tido   .... ZZZZZZ.
Nak teruskan perjuangan hari terakhir esok!


Bersambung............................................................................................ 
Part 4 nanti...
Part yang terakhir

p/s: Gambar akan di update kemudian.


Sebagai ringkasan, boleh refer itinerary sebenar kami..

KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 -  Tiba di airport
930  - Pick up kereta
1030  - Pick up  2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis / Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point & makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
1800  -  Check in KIRAM VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan  + sayur fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 -  Pekan Ranau – Sarapan di medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa extra baju *  Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC / Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru  Fish Spa (RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 -  Desa cattle dairy farm (RM5)  Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch  - Restoran Penataran
1700  - Kinabalu Park (RM3 – tiket yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan Goreng  + Sayur

*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845  - Sampai KK - Jesselton waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling   end
1600 - Check  in NUSANTARA
1700 - leisure time  + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food

*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah  
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure

Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm


Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo
Tea Farm Ranau