Hai
Assalamualaikum WBT..
Hari
ni hari Positif bagi diriku...
Ceritaku.....
Setelah
hampir 6 bulan ( bermula bulan March 2017 ) berulang alik, turun naik ke
Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Akhirnya, 9 September 2017 aku diberikan tarikh
“lamaran” dan peluang untuk menjalani IUI pertamaku...
Latar
Belakang Procedure :
Setelah
menjalani kesemua ujian saringan kesihatan berkaitan kesuburan untuk suami dan
isteri, akhirnya Pakar memberitahu akan beri peluang untuk kami start IUI.
Berikut adalah rentetan :
25th Aug
2017 – Period hari pertama, Telephone Klinik untuk temujanji TVS
26th Aug
2017 – Start Makan Clomid
6th Sept
2017 – TVS Scan untuk mengesan dan mengukur saiz telur isteri. 10malam inject
Gonadotrophin Chorionic di klinik swasta. Katanya ini untuk proses telur
menetas.. EH.. mcm ayam plak..
8th Sept
2017 – IUI procedure : 9.15AM Suami mengeluarkan benih, benih diSpin untuk
saringan. 11.45AM Procedure bermula dan tamat kira-kira 20 minit.
25th Sept
2017 – Period Turun menandakan bukan rezekiku, dan IUI tidak Berjaya.. KEEP
POSITIVE!
INFO
berkaitan IUI
IntraUterine
Insemination – IUI -
Petikan dari Blog Doctor Sharifah
Apakah IUI dan bagaimana ia berfungsi?
Sesetengah pasangan mengalami masalah untuk
hamil dan telah mencuba berbagai kaedah untuk mengandung. Pasangan ini
memerlukan bantuan untuk hamil. Satu dari kaedah atau pilihan rawatan yang
mungkin dicadangkan oleh doktor ialah kaedah IUI. Kaedah ini melibatkan
prosedur makmal untuk memisahkan sperma bergerak pantas dari sperma lebih
perlahan atau tidak bergerak. Sperma yang bergerak pantas kemudiannya
disalur-masuk terus ke dalam rahim wanita melalui satu catheter halus melepasi
pintu rahim atau serviks pada masa ovulasi hampir berlaku.
Siapakah
yang sesuai untuk menjalani kaedah IUI?
Doktor
akan mencadangkan kaedah IUI jika :
1.
terdapat kemandulan yang tidak dapat dijelaskan (unexplained infertility)
2. tiada masalah ovulasi – telur sihat berkembang tanpa ubat atau dengan ubat subur
2. tiada masalah ovulasi – telur sihat berkembang tanpa ubat atau dengan ubat subur
3.
pasangan lelaki anda mengalami mati pucuk atau ejakulasi
pra-matang
4.
Sperma lelaki tidak terlalu bermasalah (terlalu kurang atau rendah kualiti)
Syarat syarat kaedah IUI
Satu
dari syarat utama sebelum kaedah IUI dicadangkan, wanita itu wajib mempunyai
salur fallopion ayng sihat dan tidak tersumbat. Ujian patensi tiub harus
dilakukan dan ia akan menentukan status patensi salur fallopian. Patensi tiub
fallopian boleh dinilai dan ditentukan oleh tiga jenis ujian iaitu:
1. Hysterosalphingogram (HCG):
Ujian Xray dimana dye contrast di suntik masuk kedalam rahim melalui vagina
dan Xray akan diambil pada masa yang sama. Pemandangan Xray akan
menunjukkkan samaada aliran dye tadi dapat melalui salur fallopian dan
keluar ke dalam abdomen dengan cepat. Ujian ini juga boleh menentukan sama
bentuk dalaman rahim itu normal atau tidak dan boleh mengesan ‘polyp’ didalam
rahim
2. Hysterosonogram: Ujian ini
menggunakan cecair atau bendalir yang di suntik terus kedalam rahim dan
menggunakan ultrasound untuk mengkaji pergerakkan bendalir didalam rahim
3. Diagnostic laparoscopy dan Dye. Dengan
laparoskopi, pemandangan terus pelvis boleh diperolehi dengan memasukkan
teleskop ke dalam abdomen.
Apabila
pelvis dan tiub sihat, dye atau bendalir yang disuntik kedalam rahim bebas
secara spontan melalui kedua-dua saluran. Tidak patut ada gangguan yang mungkin
menghalang telur daripada mendapat akses kepada tiub terus ke ovari atau dari
ovari balik kedalam rahim.
Bagaimanakah
kaedah IUI dijalankan?
1.
Peringkat persediaan telur (wanita)
IUI
boleh dilakukan samada bersama sama dengan penggunaan ubat kesuburan untuk
meningkatkan pengeluaran telur atau tidak. Biasanya doktor pakar akan
menggunakan ubat kesuburan seperti Clomiphene Citrate atau suntikan Follicle
Stimulating hormone (FSH). Antara risiko penggunaan ubat ini adalah
mengandung lebih dari satu, dan syndrome superovulasi ovari (Ovarian
hyperstimulation syndrome).
Sebagi
langkah persediaan, ubat subur akan diberikan bermula dari hari kedua haid
sehingga hari ke tujuh atau kadang kadang hingga hari kesepuluh begantung
kepada respon. Ujian ultrasound untuk mengikuti perkembangan telur akan dibuat
setiap hari bermula pada hari ke 10 atau ke 12. Apabila telur telah membesar
sehingga lebih dari 1.8 cm, suntikkan LH (OVidrel) atau hCG akan diberikan
untuk mencetuskan ovulasi. Wanita itu bersedia untuk kaedah IUI selepas 36-40
jam dari suntikkan tadi.
2.
Penyediaan Sperma (lelaki)
Langkah 1. Anda akan diminta untuk
menghasilkan sampel sperma pada harirawatan IUI berlaku.
Langkah
2. Sperma akan dibasuh untuk membuang cecair di
sekeliling mereka dan sperma yang berkembang
pesat dipisahkan keluar.
Langkah
3. Sperma yang pantas bergerak diletakkan di
dalam tiub kecil (tiub) dan telah sedia untuk dimasukkan ke
dalam rahim.
3.
Proses IUI
Langkah 1: Alat spekulum (alat khas untuk
membuka dinding faraj) akan dimasukkan kedalam faraj untuk membolehkan serviks
atau pintu rahim dilihat dengan jelas.
Langkah
2. Satu tiub kecil (lembut, tiub fleksibel, tomcat
catheter) kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim anda
melalui serviks dan sperma yang telah disediakan tadi di masukkan terus
kedalam rahim melalui tiub ini.
Keseluruhan
proses mengambil masa hanya beberapa minit. Prosedur ini boleh boleh
menyebabkab rasa kurang selesa dan menyakitkan seperti senggugut tetapi hanya
sementara.
Langkah
3. Anda mungkin ingin untuk berehat untuk masa yang singkat
(20-30 minit) sebelum pulang ke rumah
Apakah
kadar atau peluang kejayaan dengan IUI?
Ia adalah sukar untuk menilai kadar kejayaan
untuk IUI kerana kejayaan bergantung kepada punca kemandulan dan sama ada ubat
kesuburan digunakan untuk merangsang pengeluaran telur.
Secara
umumnya mengikut sesetengah kajian kadar kejayaan (kelahiran bayi) mengikut
umur adalah dilaporkan seperti berikut
16 %
untuk wanita yang berusia di bawah 35
11.0% bagi wanita berusia antara 35-39
4.7% bagi wanita berusia antara 40-42
1.2% bagi wanita berusia antara 43-44
11.0% bagi wanita berusia antara 35-39
4.7% bagi wanita berusia antara 40-42
1.2% bagi wanita berusia antara 43-44
Lebih
muda wanita berkenaan lebih tinggilah peluangnya untuk berjaya hamil. Kadar
kejayaan juga meningkat dengan bilangan IUI yang seterusnya secara consecutive.
No comments:
Post a Comment