ASSALAMUALAIKUM WBT
Salam Jumaat, Salam Menjemput rezeki!
Terpanggil nak coretkan kenangan dalam blog
agar tak luput dari ingatan segala perjalanan yang kami tempuhi... Perjalanan
kami ni hasil review dr Blog lain dan kawan kawan yang share! Kita lagi suke
guna perkhidmatan yang di recommences dari pada cari sendiri!
Trip yang kita rancang hampir 10 bulan telah
berjaya!
4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA
KINABALU OCT 2017 - Part 4
Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017
Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax
Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax
tak dapat ikot.
Senang cerita, Trip kita ni masih
panassssss....
SARAPAN DI OCENIA > PASAR KRAFTANGAN >
PASAR BILIS > PASAR BUAH > PASAR SAYUR > CHECK OUT > JAMILAH
JEWELLERY > LOKAN BAKAR > MASJID BANDARAYA > MUSEUM SABAH > KKIA
Hari Ke Empat dimulakan dengan bersarapan di
Water front berdekatan dengan Marina Court iaitu D’Ocenia food court rasanya.
Awal pagi tu Cuma satu dua kedai je yang buka. Selebihnya masih tutup. Kami
parking di kawasan lapang dan jalan jalan di waterfront Ocenia tu..
permandangan cantik, kapal kapal dan boat persiaran bersadai. Makanan tersedia
sama jer macam yang ada kat tempat asal kita. Maggi goreng, mee goreng, nasi
goreng, bihun goreng. Yang penting semuanya not bad la rasanya, memang bole
makan habis.
16 orang makan RM90+.
Disebabkan nak check out jam 11 Pagi, Kami
decide untuk tuju ke Pasar Pasar yang ada d KK ni. Kasi keluar peluh dan busuk.
Huhuhu.. Pasar Filipina aka Pasar Kraftangan, Pasar Buah, Pasar sayuran. Memang
rambang mata oi bila masuk ke pasar Kraftangan. Beli Brooch, gelang, keychain,
fridge magnet, dan butang baju melayu. Ecah siap beli Beg kain, comel sangat.
Tawar menawar sampai dapat harga RM25.. uhuhuh.
Kami cari jugak t-shirt untuk buat kenangan, tapi takda yang berkenan dihati
dan harga agak mahal la jgk. Tshirt Budak paling murah RM15-30.
Sebelahnya terdapat PASAR BUAH yang semata
buah. Macam macam buah ada, tapi…… Ipar ada masuk dalam pasar ni untuk cari
buah salak dan buah lemak manis. Tapi tak jumpa la pulak. Durian banyak lah.
Manggis pon ada, tp harga tak masuk akal. RM30 sekilo.. sape tau kenapa mahal?
Sebelahnya lagi terdapat PASAR BILIS. Haaaa……
ini la yang menusuk kalbu…Pasar ni banyak ikan bilis, udang kering, ikan
kering, ikan masin, pelbagai makanan sabah dan pelbagai binatang laut yg
pelik seperti gamat dan kuda laut.
Sempat la beli beberapa kilo ikan bilis dan udang kering yang kawan kirim.
Penjual tu siapkan packing dalam kotak berserta tangkai… huhuhu..
pas tu beli Amplang buat jajan kudap kudap.
Nak habiskan masa, kami menyusur ke PASAR KERING yang terletak bersebelahan dengan PASAR
IKAN. Dalam ni kami masuk sebab masih meneruskan misi mencari buah lemak manis
dan buah salak. Lain yang cari lain yang beli. Kuih Kapit laa, kek roll laa,
buah limau laa, asam masin la. Haa…macam macam nak dibelinya. Sha ada beli buah
LIPOSU. Buah hutan dari Sabah. Personality nya adalah rambai. Tapi berpewatakan
seperti tampoi. Haahah. Masam yaaaaa amat. Dah la tamak, beli banyak! Sampai
sekarang dok jadi tukun tiruan dalan peti ais.
Selesai semua, kami terpaksa balik homestay
untuk check out. Ye la kan, takkan nak balik dengan baju busuk2 ye tak?
Dah semua pasar diterjahnya.
Usai check out jam 11.15 pagi, terus tuju ke
JAMILAH JEWELLERY.
Terletak di shop lot berhampiran pasar pasar
yang kami pergi tadi. Dari homestay pon senang jer jumpanya. Actually Jamilah
ni kedai Pilihan mama, tapi sekarang agak exclusive sikit kedai nya menjadikan
harganya juga exclusive tetapi mewah dikelas nya. Disebabkan tak puas hati
sebab tak dapat apa yang dicari, adik ipar decide untuk repeat shopping kat
Pasar Kraftangan. Hujan pon kami redah. Asal dapat apa yang diingini.
Kan sepatutnya masa pergi ada LOKAN dan
MUZIUM kan dalam itinery, dan disebabkan terlepas jalan. Ini la saatnya. Kita
repeat sampai jadi. So plan kita jadikan juga biar jangan ada aktiviti yang
terlepas. Kita realisasikan impian untuk mencuba LOKAN BAKAR.
Hari terakhir kami disini, Hujan selebat lebatnya. Tetap kami redah.
LOKAN ni terletak di Jalan Sulaman, Daerah
Tuaran. Bole google Politeknik atau pon Ganyang Seafood. Pilih saja mana mana
kedai yang korang suka, sepanjang jalan penuh kedainya. Kami pilih kedai SUDI
MAMPIR. Antara yang ada dijual di kedai2 ni adalah LOKAN BAKAR, JELLY KELAPA,
KELAPA SEJUK, KELAPA BAKAR DAN JAGUNG BAKAR. Setiap kedai mungkin berbeza
resepi nya. Lokan juga terdapat beberapa saiz dan harga berbeza. Menu lain
berbeza, LOKAN boleh dimakan dengan nasi putih atau makan dengan pencicahnya.
Ada yang order nasi goreng. Haikal pergi beli Jagung Bakar. Satu perbezaan Jagung bakar disini adalah
jagung dibakar bersama kulit luar, So Jagungnya bersih tanpa kesan hitam2.
Kami minum air kelapa sejuk dan jelly kelapa sorang satu.
Air kelapa sejuk RM5
Puding kelapa RM6
LOKAN saiz M selonggok RM10, kami ambik 4
longgok.
Nasi goreng pelbagai harga.
Bertolak balik ke KK dan mengharapkan supaya
sempat untuk singgah ke muzium sebelum check in beg di KKIA. Namun yang lebih
penting berpeluang solat d Masjid Bandaraya ( Masjid atas Air). Asalnya nak
cari Masjid Negeri / Masjid Likas. Tapi terjumpa ini yang paling cepat. Lagipon
tertarik sebab dibina atas air dan ramai sangat pelancong yang minat dengan masjid
ni. Masjid di besar dan
masa ni ada sedikit penambahbaikan sedang dijalankan.
Jam menunjukkan 3.45 petang. Sebab firasat
kata masih sempat untuk singgah Muzium jadi kita ikot firasat, singgah 30 minit
kat MUZIUM SABAH. Bayaran RM3 dewasa.
Seronok tengok tulang ikan paus. Besaq gila baq ang! Muzium ni ada banyak
cabang, tapi kami sempat tengok beberapa jer. Masih hujan gerimis. Nak santai santai
balik ke KKIA tu.
Selesai sudah semua trip dan tempat yang
dirancang. Terus tuju ke KKIA untuk FX balik.
Masih hujan gerimis. FX sepatotnya 7.30
malam tapi tergendala sebab KLIA congested and cuaca tak berapa baik. Masa ni
suara da semakin hilang. Badan pon semakin lesu. Kepenatan telah dirasai. Sampai
KLIA around 11.30 malam. Tunggu luggage dan bertolak balik ke KLANG.
TAMAT
p/s: Gambar akan di update kemudian.
Sebagai ringkasan, boleh
refer itinerary sebenar kami..
KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 - Tiba di airport
930 - Pick up kereta
1030 - Pick up 2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis /
Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point
& makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang -
beli sayuran / Buahan
1800 - Check in KIRAM
VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan + sayur
fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 - Pekan Ranau – Sarapan di
medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa
extra baju * Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC /
Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru Fish Spa
(RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 - Desa cattle dairy farm
(RM5) Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch - Restoran Penataran
1700 - Kinabalu Park (RM3 – tiket
yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang -
beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan
Goreng + Sayur
*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845 - Sampai KK - Jesselton
waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau
(RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling end
1600 - Check in NUSANTARA
1700 - leisure time + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food
market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food
*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar
Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar
Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai
Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure
Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm
Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo
Tea Farm Ranau
No comments:
Post a Comment