ASSALAMUALAIKUM
WBT
Salam
Menjemput rezeki!
4D3N SABAH
TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU OCT 2017 -
Tarikh : 11
Oct - 14 Oct 2017
Masa ni tiket
murah : RM 150 Return / Pax
Rancangan
asal : 18 Pax tapi end up 2 pax tak dapat ikot.
SEDIKIT TIPS TIPS
BERGUNA SEBELUM / SEPANJANG DISANA:
1. Pastikan semua penginapan & transport telah ditempah awal.
Survey keadaan penginapan seperti kedai runcit dan kedai makan terdekat, Jumlah
minyak yang diperlukan untuk KK -
KUNDASANG – RANAU dan kelengkapan penginapan/tersedia.
2. Bawak extra baju jika mahu ke Poring Hot Spring, tidak semestinya
mandi air panas jer. Dekat Poring jugak ada kolam air sejuk.
3. Cuba elakkan kedai bersignboard “NO PORK SERVE”. Memang takde PORK
tapi masih lagi bukan muslim shop. Ingat tu ye. Halalan Toyyiba!
4. Kalau mahu masak sendiri, pastikan pilihan kita Cuma muslim owner
punya penginapan. Dikhuatiri takot percampuran bekas. Halalan Toyyiba! Singgah la
beli seafood untuk bawak ke kundasang. Boleh BBQ bole berstimboat dan bertomyam
bagai!
5. Buat budjet and costing, inshaallah, anda akan mendapat percutian
yang sangat selesa.
6. Study tempat tempat yang anda nak tuju, masa operasi dan
sebagainya . Penting juga study Map tau. Jimatkan kos dan masa. Takde lah dua
tiga kali pusing. Anda sedia maklum, dari satu tempat ke tempat yang lain agak
jauh ye.
7. Ada satu ketika nanti, phone takde coverage, Baik internet baik
GPS ataupon GSM. Berjagalah, takot jadi macam kami, tak tahu mana nak tuju
sedangkan ada halatuju!
8. Harga barangan berbeza kat sana dengan semenanjung. Barang basic
keperluan tu lebih elok bawak sendiri. Kalau semua nak dibeli. Kopak! Taapi………
Sabah banyak 99 Speedmart, rasa macam dok kat tempat sendiri. 99 speedmart kan
murah!
9. Kalau membeli, amalkan konsep bertanya!
10.
Pasar Malam Kampung Air lebih murah
barangannya!
Itu saja
setakat ni, kalau ingat lagi, nanti kami update lagi.
Sebagai
ringkasan, boleh refer itinerary sebenar kami..
KEJADIAN
SEBENAR
*RABU- 11/10*
900
- Tiba di airport
930 -
Pick up kereta
1030 -
Pick up 2nd trip
1100 –
Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis / Sotong + Beras
1130 -
Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah
terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 -
Jambatan tamparuli
1630 - Pekan
Nabalu – Nabalu lockout point & makan lunch
1715 -
Bertolak ke Kundasang
1815 –
Singgah peKan Kundasang - beli sayuran / Buahan
1800 - Check
in KIRAM VILLAGE
2000 – Dinner
– BBQ ikan + sayur fresh
*KHAMIS-
12/10*
730 – Tuju ke
Ranau
800
- Pekan Ranau – Sarapan di medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring
Hot Spring (RM3) - * bawa extra baju * Kolam Air Panas/ Butterfly
Farm/ Poring Orchid CC / Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg
Luanti Baru Fish Spa (RM5)
1400 –
Bertolak balik ke Kundasang
1500
- Desa cattle dairy farm (RM5) Gelato Ice cream &
fresh Milk
1630 –
Lunch - Restoran Penataran
1700 -
Kinabalu Park (RM3 – tiket yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature
Gallery
1800 –
Singgah peKan Kundasang - beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner
– Tomyam Sotong + Ikan Goreng + Sayur
*JUMAAT
-13/10*
445 – Masak
Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check
out to KK
845 -
Sampai KK - Jesselton waterfront Jeti
900 -
Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman
Laut TAR Park (RM3)
1500 -
Snorkelling end
1600 -
Check in NUSANTARA
1700 -
leisure time + makan
1900 - Pasar
malam Kampung air
1945 – Pasar
malam Sinsuran
2030 - Todak
waterfront/ Night food market/ocean seafood village For Dinner –ummi &
fam food
*SABTU-
14/10*
730 –
Breakfast Kedai
800 - Pasar
kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
930 – balik
kemas barang
1100 – Check
out
1130 –
Jamilah
1200 - Pasar
kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
1400 – Lokan
Bakar + Puding kelapa – Gerai Sudi Mampir
1500 - Solat
– Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium
negeri sabah (RM2)
1730 – Makan
kat TOdak
1930 –
Bertolak ke KKIA - Departure
Tak dapat G :
Intan
restoran kundasang
Strawberry
farm
Tea Farm
Ranau
Memang tak
plan nk G :
Tips of
Borneo
No comments:
Post a Comment