ASSALAMUALAIKUM WBT
Salam Jumaat, Salam Menjemput rezeki!
4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA
KINABALU OCT 2017 - Part 2
Terpanggil nak coretkan kenangan dalam blog
agar tak luput dari ingatan segala perjalanan yang kami tempuhi... Perjalanan
kami ni hasil review dr Blog lain dan kawan kawan yang share! Kita lagi suke
guna perkhidmatan yang di recommence dari pada cari sendiri!
Trip yang kita rancang hampir 10 bulan telah
berjaya!
Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017
Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax
Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax
tak dapat ikot.
Senang cerita, Trip kita ni masih
panassssss....
PEKAN RANAU > PORING HOT SPRING
> KG LUANTI FISH SPA >
DESA DAIRY FARM > MOUNT KINABALU
Bangun seawal 5.30 pagi, kesejukan melampau.
Baju 3 lapis dan berstokin. Usai Subuh berjemaah, kami keluar menikmati
permandangan tercantik ciptaan tuhan. Persekitanan Kiram's Village begitu
menawan dengan bunga bungan. Kami perhatikan segenap ruang tanaman. Cukup
Indah dan cantik bunganya.
Cadang nak makan roti canai kat cafe
Kiram's, tapi cafe bukak lambat.
terus lah bersiap dan tuju ke Ranau.
Perjalanan makan masa lebih kurang 30 minit untuk ke Ranau. Sebab tak dapat
pintas lori lori besar. Tiba di Ranau, kami sarapan di Food Court Pekan Ranau.
Sambil makan sambil riki riki Tamu Ranau kat mana. Rupenya Tamu ranau setiap
Sabtu jer.
Kecewa, sebab kami baru Khamis.
Teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring.
Bayaran Masuk RM3 dewasa.
Kat sini ada macam macam tempat. Diantaranya
taman rerama, Taman botani, Taman reflisia (RM10), Jambatan Gantung (RM3) dan
lain2.
Oleh sebab dah sampai, kami gigih jugak naik
Jambatan Gantung. Tapi menyesal jgk sebab diri ni gayat dan penakut jgk
rupenya. Jambatan Gantung paling panjang, 30 meter. Yang ini agak scary, sebab
goncangan angin nya agak kuat berbanding yg lain. Apa apa pun, syabas kepada
Mama dan mak. Gigih naik bukit sampai atas dan berjaya arungi semuanya.
Mak abah pon panjat bukit, sampai ke jambatan gantung
Very romantic!
Ahli jemaah rombongan!
Bonda ku!
Adik iparku dan muhammad hud!
Sementara tunggu turn, 6 orang je dibenarkan sekali jalan!
Platform pertama!
Rehat sebentar!
Posing jap selepas bayar tiket, sementara nak masuk ke dalam
Dalam Poring ni ada air terjun jugak!
Wanita tergigih ku!
Paling kuat!
Me with my twin!
Budak penat
Matahari da mula naik.
Muhammad hud kepenatan
Budak comel
Comel tak saye?
Pakngah dan hud
Us!
Tak bole move on. Comel sgt!
Selpie sementara tunggu anak buah mandi!
Nampak tak jambatan gantung usang?
Turun semula kebawah dan bagi 30 minit untuk
anak anak mandi manda di kolam. tapi dorang pilih untuk mandi di kolam sejuk.
Padahal tempat ni PORING HOT SPRING namanya. Tempat ni pon indah..dengan pokok
bunga dan buah buahan. Makan masa 2 jam untuk selesaikan tempat ni. dan jangan
lupa untuk bawak pakaian extra.
Jam hampir 12.00 tgh Hari.
Teruskan perjalanan mencari KG LUANTI FISH
SPA. Masih lagi dalam daerah Ranau. Dekat sini ada sebuah masjid,
jadi bolehlah menunaikan kewajiban dahulu sebelum bermain dengan ikan. TIket
masuk RM5 untuk 15 minit. boleh ditambah masanya kalau mahu. Makanan ikan 20sen
jer sepeket dan terhad kepada sorang 1 bungkus.
Ikan jinak jinak merpati
Ikan besar ni sekadar gesel2 je.. yang menggigit tu yang kecik! Nasib bukan piranha!
Cover geli!
Terjerit jerit sebenarnya..
Family kecil adik bongsu ku!
Rileks versi mama
Ikan sebesar lengan menggesel2 kaki. Kita la
yang paling kuat terjerit jerit.
Ikan kecik pulak suka gigit gigit manja
kulit kaki kita. Tapi jangan tak tau, manja manja pon ada jugak kesan
gigitan. Sayang sampai berdarah kaki dia. Ikan gigit tempat luka dia,
menyebabkan luka berdarah kembali.. cewahhh...
Tepat Jam 2 ptg , Kami bertolak ke Kundasang
semua. Sebab nak kejarkan Jam 3 ptg berada di DESA DAIRY FARM. Jam 3 adalah
masa untuk perah susu. Apa yang paling best kat sini?
1. Cuaca paling sejuk
2. Ice cream Gelato
3. Susu Fresh
4. Keindahan bukit menhijau dan persekitaran.
Gelato coklat!
Lembu tak mandi!
Orang kata lembu new zealand!
Our small family!
Niece and nephew!
Mana la blaja bt gaya cm tu
Susukan kambing!
4saat je habis sebotol!
Sepatotnya hana yang susukan. Tp dia takot plak
Sekeluarga berseronok!
Kutipan bayaran semasa masuk di pagar. RM5.
Orang agak ramai walaupon hari Khamis. Indah tempatnya, indah juga bau nya..huhu.
Ada Lembu dan ada juga Kambing. Kita bole
bagi Makan rumput dan bagi susu pada kambing dan lembu dengan membeli rumput
atau susu dari mereka. Bijak ownernya.
Hari semakin mendung, perut semakin lapar.
kami tuju ke Mount Kinabalu. Sebenarnya sebab lapar. Kami decide untuk usha
dulu visiting hour untuk kaki bukit Mount KK ni.. bila da dapat tau lambat lagi
tutupnya. Kami pon turun balik untuk makan di restoran Penataran. Betul betul
terletak kat jalan naik Mount KK tu.
Restoran ni bole dikatakan agak exclusive.
Harga nya sesuai dengan saiz hidangan. Banyak woooo.. orang kuat makan je mampu
habiskan 1 pinggan sorang sorang. 7 orang makan around RM100 jgk la..
Air lemon madu dia shedapppp.
Selesai makan terus naik semula ke kinabalu
park ni.. disebabkan dah kekenyangan dan tak larat. masing masing malas nak
turun dari van dah. kecuali bergambar di pelantar ni.. memang dapat view yang
cantik.
Dan sekurang2 nya ada la kenangannya. Oh ya.
Tiket Kinabalu park ni, bole guna tiket yang beli kat Poring tadi. Dengan
syarat, Guna dikedua dua tempat pada tarikh yang sama.
3 hari sebelum climbathon!
Papa abah abang dan hud
Abah abang adik
Us with our beloved parent!
Kami semua!
Sebelum balik ke Kiram's, kami sekali lagi
singgah di Pekan Kundasang.
Kali ni kami borong mcm mcm, daripada bahan
bahan nak buat tomyam sampai ke buah dan sayur. Petang Khamis ada pasar kat
Pekan kundasang ni. Masing masing beli selipar untuk Snorkeling esok. huhu..mcm
kat Klang takde sliper.
Sampai Kiram's rehat sambil mandi dan caj
gadget masing masing.
Esok seawal 6 Pagi kami akan check out dan
bertolak KK. Malam tu kami masak masak lagi.. Menunya ialah TOMYAM SERIBU
SOTONG. Sebab banyak gile sotong dalam tu... pelbagai sayuran. untungnya duduk
sini.. sayuran murah dan fresh. Makan malam ni jugak berselera sebab hidangan
panas panas, walhal baru beberapa jam makan kat restoran Penataran, tapi tetap
berselera. Masak sendiri kekdah nya!
10mlm , tido .... ZZZZZZ.
Nak bangun awal, masak nasi goreng woi...
Bersambung............................................................................................
Part 3 nanti....
p/s: Gambar akan di update kemudian.
Sebagai ringkasan, boleh
refer itinerary sebenar kami..
KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 - Tiba di airport
930 - Pick up kereta
1030 - Pick up 2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis /
Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point
& makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang -
beli sayuran / Buahan
1800 - Check in KIRAM
VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan + sayur
fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 - Pekan Ranau – Sarapan di
medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa
extra baju * Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC /
Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru Fish Spa
(RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 - Desa cattle dairy farm
(RM5) Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch - Restoran Penataran
1700 - Kinabalu Park (RM3 – tiket
yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang -
beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan
Goreng + Sayur
*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845 - Sampai KK - Jesselton
waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau
(RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling end
1600 - Check in NUSANTARA
1700 - leisure time + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food
market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food
*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar
Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar
Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai
Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure
Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm
Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo
Tea Farm Ranau