make it simple and nice!

Friday, October 20, 2017

4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU OCT 2017 - Part 2

ASSALAMUALAIKUM WBT


Salam Jumaat, Salam Menjemput rezeki!

 4D3N SABAH TRIP : KUNDASANG DAN KOTA KINABALU  OCT 2017 - Part 2

Terpanggil nak coretkan kenangan dalam blog agar tak luput dari ingatan segala perjalanan yang kami tempuhi... Perjalanan kami ni hasil review dr Blog lain dan kawan kawan yang share! Kita lagi suke guna perkhidmatan yang di recommence dari pada cari sendiri!
Trip yang kita rancang hampir 10 bulan telah berjaya!


 Tarikh : 11 Oct - 14 Oct 2017

Masa ni tiket murah : RM 150 Return / Pax

Rancangan asal : 18 Pax tapi end up 2 pax tak dapat ikot.

Senang cerita, Trip kita ni masih panassssss....


PEKAN RANAU > PORING HOT SPRING > KG LUANTI FISH SPA >
DESA DAIRY FARM > MOUNT KINABALU

Bangun seawal 5.30 pagi, kesejukan melampau. Baju 3 lapis dan berstokin. Usai Subuh berjemaah, kami keluar menikmati permandangan tercantik ciptaan tuhan. Persekitanan Kiram's Village begitu menawan dengan bunga bungan.  Kami perhatikan segenap ruang tanaman. Cukup Indah dan cantik bunganya. 

Cadang nak makan roti canai kat cafe Kiram's, tapi cafe bukak lambat.
terus lah bersiap dan tuju ke Ranau. Perjalanan makan masa lebih kurang 30 minit untuk ke Ranau. Sebab tak dapat pintas lori lori besar. Tiba di Ranau, kami sarapan di Food Court Pekan Ranau. Sambil makan sambil riki riki Tamu Ranau kat mana. Rupenya Tamu ranau setiap Sabtu jer.
Kecewa, sebab kami baru Khamis. 

Teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Bayaran Masuk RM3 dewasa. 
Kat sini ada macam macam tempat. Diantaranya taman rerama, Taman botani, Taman reflisia (RM10), Jambatan Gantung (RM3) dan lain2.
Oleh sebab dah sampai, kami gigih jugak naik Jambatan Gantung. Tapi menyesal jgk sebab diri ni gayat dan penakut jgk rupenya. Jambatan Gantung paling panjang, 30 meter. Yang ini agak scary, sebab goncangan angin nya agak kuat berbanding yg lain. Apa apa pun, syabas kepada Mama dan mak. Gigih naik bukit sampai atas dan berjaya arungi semuanya.
Mak abah pon panjat bukit, sampai ke jambatan gantung

Very romantic!



Ahli jemaah rombongan!

Bonda ku!

Adik iparku dan muhammad hud!

Sementara tunggu turn, 6 orang je dibenarkan sekali jalan!

Platform pertama!



Rehat sebentar!

Posing jap selepas bayar tiket, sementara nak masuk ke dalam  

Dalam Poring ni ada air terjun jugak!


Wanita tergigih ku!

Paling kuat!

Me with my twin!

Budak penat

Matahari da mula naik. 
Muhammad hud kepenatan

Budak comel

Comel tak saye?

Pakngah dan hud

Us!

Tak bole move on. Comel sgt!

Selpie sementara tunggu anak buah mandi!

Nampak tak jambatan gantung usang?

Turun semula kebawah dan bagi 30 minit untuk anak anak mandi manda di kolam. tapi dorang pilih untuk mandi di kolam sejuk. Padahal tempat ni PORING HOT SPRING namanya. Tempat ni pon indah..dengan pokok bunga dan buah buahan. Makan masa 2 jam untuk selesaikan tempat ni. dan jangan lupa untuk bawak pakaian extra. 

Jam hampir 12.00 tgh Hari. 

Teruskan perjalanan mencari KG LUANTI FISH SPA. Masih lagi dalam daerah Ranau.  Dekat sini ada sebuah masjid, jadi bolehlah menunaikan kewajiban dahulu sebelum bermain dengan ikan. TIket masuk RM5 untuk 15 minit. boleh ditambah masanya kalau mahu. Makanan ikan 20sen jer sepeket dan terhad kepada sorang 1 bungkus.
Ikan jinak jinak merpati

Ikan besar ni sekadar gesel2 je.. yang menggigit tu yang kecik! Nasib bukan piranha!

Cover geli!
Terjerit jerit sebenarnya.. 

Family kecil adik bongsu ku!

Rileks versi mama


Ikan sebesar lengan menggesel2 kaki. Kita la yang paling kuat terjerit jerit.
Ikan kecik pulak suka gigit gigit manja kulit kaki kita. Tapi jangan tak tau, manja manja pon ada jugak kesan  gigitan. Sayang sampai berdarah kaki dia. Ikan gigit tempat luka dia, menyebabkan luka berdarah kembali.. cewahhh... 

Tepat Jam 2 ptg , Kami bertolak ke Kundasang semua. Sebab nak kejarkan Jam 3 ptg berada di DESA DAIRY FARM. Jam 3 adalah masa untuk perah susu. Apa yang paling best kat sini?
1. Cuaca paling sejuk
2. Ice cream Gelato
3. Susu Fresh
4. Keindahan bukit menhijau dan persekitaran.
Gelato coklat!

Lembu tak mandi!
Orang kata lembu new zealand!

Our small family!

Niece and nephew!



Mana la blaja bt gaya cm tu


Susukan kambing!

4saat je habis sebotol!

Sepatotnya hana yang susukan. Tp dia takot plak

Sekeluarga berseronok!

Kutipan bayaran semasa masuk di pagar. RM5. Orang agak ramai walaupon hari Khamis. Indah tempatnya, indah juga bau nya..huhu.
Ada Lembu dan ada juga Kambing. Kita bole bagi Makan rumput dan bagi susu pada kambing dan lembu dengan membeli rumput atau susu dari mereka.  Bijak ownernya. 

Hari semakin mendung, perut semakin lapar. kami tuju ke Mount Kinabalu. Sebenarnya sebab lapar. Kami decide untuk usha dulu visiting hour untuk kaki bukit Mount KK ni.. bila da dapat tau lambat lagi tutupnya. Kami pon turun balik untuk makan di restoran Penataran. Betul betul terletak kat jalan naik Mount KK tu.

Restoran ni bole dikatakan agak exclusive. Harga nya sesuai dengan saiz hidangan. Banyak woooo.. orang kuat makan je mampu habiskan 1 pinggan sorang sorang. 7 orang makan around RM100 jgk la.. 
Air lemon madu dia shedapppp.

Selesai makan terus naik semula ke kinabalu park ni.. disebabkan dah kekenyangan dan tak larat. masing masing malas nak turun dari van dah. kecuali bergambar di pelantar ni.. memang dapat view yang cantik. 
Dan sekurang2 nya ada la kenangannya. Oh ya. Tiket Kinabalu park ni, bole guna tiket yang beli kat Poring tadi. Dengan syarat, Guna dikedua dua tempat pada tarikh yang sama.
3 hari sebelum climbathon!

Papa abah abang dan hud

Abah abang adik

Us with our beloved parent!

Kami semua!

Sebelum balik ke Kiram's, kami sekali lagi singgah di Pekan Kundasang. 
Kali ni kami borong mcm mcm, daripada bahan bahan nak buat tomyam sampai ke buah dan sayur. Petang Khamis ada pasar kat Pekan kundasang ni. Masing masing beli selipar untuk Snorkeling esok. huhu..mcm kat Klang takde sliper.

Sampai Kiram's rehat sambil mandi dan caj gadget masing masing.
Esok seawal 6 Pagi kami akan check out dan bertolak KK. Malam tu kami masak masak lagi.. Menunya ialah TOMYAM SERIBU SOTONG. Sebab banyak gile sotong dalam tu... pelbagai sayuran. untungnya duduk sini.. sayuran murah dan fresh. Makan malam ni jugak berselera sebab hidangan panas panas, walhal baru beberapa jam makan kat restoran Penataran, tapi tetap berselera. Masak sendiri kekdah nya!

10mlm , tido   .... ZZZZZZ.
Nak bangun awal, masak nasi goreng woi...




Bersambung............................................................................................ 
Part 3 nanti....

p/s: Gambar akan di update kemudian.


Sebagai ringkasan, boleh refer itinerary sebenar kami..

KEJADIAN SEBENAR
*RABU- 11/10*
900 -  Tiba di airport
930  - Pick up kereta
1030  - Pick up  2nd trip
1100 – Singgah beli Ketam / Ikan 2 3 jenis / Sotong + Beras
1130 - Bertolak ke Kundasang
1500 - Rumah terbalik (RM12.70 / RM6.25)
1530 - Jambatan tamparuli
1630 - Pekan Nabalu – Nabalu lockout point & makan lunch
1715 - Bertolak ke Kundasang
1815 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
1800  -  Check in KIRAM VILLAGE
2000 – Dinner – BBQ ikan  + sayur fresh
*KHAMIS- 12/10*
730 – Tuju ke Ranau
800 -  Pekan Ranau – Sarapan di medan ( Tamu Ranau Sabtu sahaja)
1000 - Poring Hot Spring (RM3) - * bawa extra baju *  Kolam Air Panas/ Butterfly Farm/ Poring Orchid CC / Tropical Garden (RM10) / Poring Canopy Walk (RM3)
1300 - Kg Luanti Baru  Fish Spa (RM5)
1400 – Bertolak balik ke Kundasang
1500 -  Desa cattle dairy farm (RM5)  Gelato Ice cream & fresh Milk
1630 – Lunch  - Restoran Penataran
1700  - Kinabalu Park (RM3 – tiket yg sama dengan Poring ) / Botanical Garden / Nature Gallery
1800 – Singgah peKan Kundasang  - beli sayuran / Buahan
2030 - Dinner – Tomyam Sotong + Ikan Goreng  + Sayur

*JUMAAT -13/10*
445 – Masak Nasi goreng bekalan island Hoping
600 - check out to KK
845  - Sampai KK - Jesselton waterfront Jeti
900 - Snorkelling – Taman laut / 3 pulau (RM60) Sapi – Mamutik – Manukan + Gaya(FOC)
1000 – Taman Laut TAR Park (RM3)
1500 - Snorkelling   end
1600 - Check  in NUSANTARA
1700 - leisure time  + makan
1900 - Pasar malam Kampung air
1945 – Pasar malam Sinsuran
2030 - Todak waterfront/ Night food market/ocean seafood village For Dinner –ummi & fam food

*SABTU- 14/10*
730 – Breakfast Kedai
800 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
930 – balik kemas barang
1100 – Check out
1130 – Jamilah  
1200 - Pasar kraftangan / Pasar Buah / Pasar Bilis
1400 – Lokan Bakar + Puding kelapa – Gerai Sudi Mampir
1500 - Solat – Masjid bandaraya KK – Likas
1600 - muzium negeri sabah (RM2)
1730 – Makan kat TOdak
1930 – Bertolak ke KKIA - Departure

Tak dapat G :
Intan restoran kundasang
Strawberry farm


Memang tak plan nk G :
Tips of Borneo
Tea Farm Ranau







No comments:

Post a Comment